Thursday, May 13, 2010

Driveshaft Cover

gambor Spider Journal



Alahai, sedar xsedar dh bpe hari gua x on nk post blog dek kerana bz. Kali ni gua nk sembang psl driveshaft cover. Apa jadahnya driveshaft tu? Ok, driveshaft tu alat yg menghubungkan enjin dgn tayar, yg membawa tenaga drpd enjin untuk nak gerakkan tayar. Sesapa ada ayat yg cun, blh tlg gua explain. Kalau cek kat google pun ayat lebih kurang la jugak. Gua nk sembang psl cover getah yg ada kat driveshaft tu. Cover tu teramatlah penting. Bagi mengelakkan benda2 yg tak diingini masuk dlm tu yg menjadikan kereta lu org akan dtg la penyakit lain plak. Ramai org tak perasan atau pun xpernah amik tau sbb benda tersorok. Kena dok usha2 bru la nampak.

Alkisahnya nak dijadikan cerita, gua ni jenis kalau 1 hari cuti tu mmg gua suka dok usha2 luar dlm keta gua. Sebabnya kita dpt tau benda2 yg patut kena repair. Kalau benda tak penting, mungkin blh tunggu ckup bulan atau bila ada sen. Tp kalau benda2 yg melibatkan part2 yg penting, mmg kena immediate ganti. Gua punye jenis, tak suka time nk travel jauh2, barula terhegeh2 nk cek keta. Gua punya style, start enjin jalan. Oleh sebab tu, bile ada masa lapang, gua akan belek2 keta supaya gua dpt tau apa masalah keta supaya senang bile time nk travel. Lg 1, gua kalau boleh, ckup tak suka breakdown tgh jalan. Mmg la org ckp malang tak berbau. Tp kalau kita alert gua yakin xde hal. Kalau bujang xpe, tp kalau yg dh ada anak bini? Kesian tgk keta breakdown tgh jalan dgn ank isteri berpanas tggu org dtg tlg. Kalau yg ok, xpe. Tp kalau yg jenis cekik darah? Sure ratus2 terbang. So, gua seboleh2 nak elakkan breakdown tgh jalan atau tepi highway. Apapun kita hanya merancang. So far selama keta yg gua pakai, Alhamdulillah la mmg xpernah breakdown kat highway. Sbb gua akan cek habis2 bila ada mase lapang.


Ok, critanya hritu gua terperasan la pulak cover driveshaft cover sblh kanan tu koyak. Tp sebelum tu nk kasitau, biasanya driveshaft cover ni ada 4. Means dr kiri sampai la kanan ada 4 cover. 2 untuk yg dekat dgn tayar kiri kanan dan 2 lagi yg dkt dgn gear box sama gak kiri kanan. Yg gua maksudkan cover koyak tu yg sblh kanan dkt dgn gearbox. Yg kiri&kanan dkt tayar tu dlu gua dh ganti gak sblm tu. Gua tgk 1 kali sudah koyak. Gua pun pegi bengkel tanya untuk mintak ganti sbb gua tools xckup. Kalau wiring kecik2 mungkin xde hal. Lepas ganti, gua balik. Xsampai seminggu gua saja cek2, ayyaakk..tgk yg sblh kiri plak la koyak. yg kat gearbox jugak pulak tu. Pulak tu gua baru terperasan 1 lg cover steering rack gua sblh kanan sudah koyak jugak! Tepuk dahi gua tgk. Mcm2 hal. Gua tak prasan lgsung sbb bila steering lurus, mmg nampak mcm cun je cover tu. Tp kalau kita pusingkan kiri atau kanan, nampak la koyak. Waduh2..So, gua pun pe la ganti 2 benda tu. Memandangkan yg sblh kiri punye cover tu dkt dgn gearbos, so time dia bukak tu kluarla minyak gearbox. Kena la pau lagi gua sbb minyak gearbox kena tambah. Bermakna skg ni keempat2 cover gua baru. So puashati la sket. Lama la tahannya. Xde la gua riso.

cover kat steering rack. ada kiri kanan

Mcm entry yg gua sembang masa awal2 dlu, selalu tgk apa yg pomen bikin kat kereta lu org. Sbb kita blh blajar apa yg patut kita tau. Ok, berbalik pd driveshaft td, kat hujung driveshaft tu dia ada cm roller utk memusing dipanggil "spider journal". ada org kata CV joint. Gua pun confius. Lps masukn menatang alah tu, untuk kasi ikat jgn bagi tanggal, dia ada clip atas tu. Clip tu dia panggil "snap ring". Lu org blh bayangkan tak, dia dh siap2 pasang cover, dh nak masukkan driveshaft tu tiba2 gua terperasan yg snap ring tu dia tak pasang! Gua punya la hati panas, kasi sound itu pomen. Benda cm tu walaupun kecik, penting. Kalau la gua tgh2 rembat tiba2 tanggal, tak ke naya. So, pesanan gua rajin2 la tgk2 kalau pomen bikin keta lu org. jangan main tinggal je. tak tau apa dia bikin. tau2 kena byr beratus2. Benda dlm enjin takkan nampak melainkan lu org punye keta problem baru tau apa dh jadi. Kesimpulannya..berhati2 serta alert. Sbb tu keta lu org jugak. apapun, tgk la gamba2 yg berkenaan. Chiow!


steering rack cover yg warna biru tu

8 comments:

animous said...

drive shaft cover tu boleh tukar ke.. ke kena tukar CV joint skali... brape rege ye.. syaa pun pakai keter ni gak.. saga magma 8 valve.. tapi dh tukar enjin iswara la.

gua said...

driveshaft cover tu blh tukar kalau dh koyak.. tp kalau ada modal nk tukar cv joint tu lg bagus. kalau lu alert, nampak jek koyak kecik trus tukar so that cv joint xyah tukar. once koyak dh besar, bila pasir byk masuk so cv tu mmg kne tukar. murah je bro...

Anonymous said...

boleh gtau fungsi ball joint,lower arm,upper arm,absorber mounting x????

gua said...

ok bro, insyaAllah ada mse nnti gua buat entry psl tu.

Anonymous said...

bro nak tanye sikit.sya pkai saga aeroback thun'91. bila bawak kereta dekat highway lebih 100km kereta membuang ke sebelah kanan secare tiba2. ape punce nye?

Gua said...

Campbell atau ada stgh org panggil chamber dh lari. Biasa klu keta lama org akn tukar. Sbijik dlm RM20-30..cek yg ekonomi dulu baru yg mahal. Contoh alignment&balancing. Ada stgh kdai jual campbell tu smpi RM40. Pdhal skru bodo je&ada kdai jual brg harga lain,adjust campbell lain harga..so watchout

faiz norman said...

pengalaman saya yg ciput ni. pernah jadi macam ni. masalah saya dulu lower arm punya getah dah teruk. mmg rasa menarik ke kanan bila bawak. nak check lower arm rosak, jack tayar depan goncang tayar, tgk ad x free.

faiz norman said...

pengalaman saya yg ciput ni. pernah jadi macam ni. masalah saya dulu lower arm punya getah dah teruk. mmg rasa menarik ke kanan bila bawak. nak check lower arm rosak, jack tayar depan goncang tayar, tgk ad x free.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails