Saturday, May 1, 2010

Aircond

Aircond layout utk pemahaman lu org

Benda pertama sekali yg gua sentuh pd kereta gua tu adalah aircond. Ya, aircond adalah salah 1 benda penting yang bg gua semua kereta MESTI ada. Diulangi, MESTI. sebabnya? Ada sesetengah org tak kisah kalau kereta mereka takde penghawa dingin lebih2 lagi kebanyakannya org2 veteran. Tapi aircond ni penting bila time hujan. Sapa yg larat nak dok mengelap kabus kat cermin time2 hujan lebat dek oii? Lu org sanggup ke? Bahaya dh satu hal, kena plak jalan sesak blh mengundang kemalangan. So, aircond la gua pegang dlu. Mula2 gua ni jenis tak suka sgt nk amik port psl part2 kereta ni sbb bg gua leceh&terlalu complicated utk fhm. Tapi persepsi gua jd berbeza bilamana gua dh start amik alih keta yg gua kena pakai hampir setiap hari. Gua dok pk2 apa sbnrnya yg buatkan aircond keta gua ni tak pernah sejuk langsung. Dahla blower slow gile, tak sejuk pulak tu. Gua tak puas hati, gua bwk bengkel. Terbang RM200 gua kena servis aircond. Semua tu termasuklah servis blower, ganti tabung, servis penapis dan baru la masuk gas smula.


ni kipas kedua yg gua ganti. kipas pertama ada 4 bilah je


Lepas siap, gua masih lagi tak puas hati. Masih jugak masalah yg sama jadik. Dlm hati gua dh dok maki2 pomen yg bikin keta gua tu. Gua bawak pi bengkel lain 2minggu lps tu (sbb tgh kering). Lps diperiksa, dikatanya pulak kipas aircond yg gua pakai local. Sbb tu tak blh nk sejukkan condenser gua. Tukar la kipas yg dikatakan "ori" tu dengan bayaran RM50. Tp masih jugak gua tak puas hati. Boleh sejuk dlm sminggu dua. tu pun xde la sejuk mcm keta baru. tp ada la beza sket dr yg sebelum ni. Sakit hati dah 1 hal, duit terbang pun 1 kes jugak! Lama sket pd tu, gua teringat 1 pomen aircond ni. Gua try la tanya, boleh ke aircond keta gua tu mau bikin sejuk&power blower dia mcm iswara. Kalau boleh "ngam" iswara punye blower, kasi sumbat je. Gua bayar. Dia ckp "xngam" nk sumbat blower iswara, tp blh bikin kasi ok aircond. Gua pulak kebetulan byk kje luar. So gua pun mintak tlg la bapak gua hantarkan kereta esoknya. Pastu bapak gua balik umah sbb katanya 1 hari keta kena tinggal bengkel. Gua diam. Nak tau jugak sejauh mana power nye pomen tu.


Petang...gua balik tgk2 keta dh ada kat umah. Gua tgh resit terkejut beruk gua. Dia tukar blower yg dulu gua pernah tukar, servis cm biasa gua pernah bikin dulu. Arrghh..syial! kena RM200...Gua hati panas. Tp apa mau bikin?? benda dh jd de..Seminggu gua menyumpah2 pomen tu. Moral of the story; Tiap kali kalau mau hantar kereta repair, setkan masa yg kita btul2 free. yg paling penting "TUNGGU" & tgk apa yg pomen tu bikin. Itu yg gua buat tiap kali p bengkel sampai la skg ni. Gua mmg cukup2 tension bile kenangkan psl aircond. Kdg2 terbayang2 bile naik keta member2 especially yg keta baru aircond dorg mmg power. Mmg ler doh..keta baru. tentu la aircond bagus...hehe. Tp gua masih tak puas hati!! Mmg tak dinafikan, kalau kita duduk depan boleh rasa aircond tu. Tp apa jd kalau kita duduk belakang? Gua dh pernah try dh, suruh bini gua drive dan gua dok blakang . Mmg xrasa sgt. Kalau rasa pn sket2 je, tu pun bukak full. Lu org bygkan betapa azabnya kalau tgh jammed, panas pulak tu. Gua pernah alami. Mmg perit sey!!


Ada sorg budak masa gua tgh lepak2 borak tetiba lak blh sembang psl aircond. Dia kata ada sorg mmg pomen power psl aircond. Kat KL. Mmg dia specialist bab2 aircond. Gua pun apa lagi, dgn pantas p survey esoknya. Jumpa je kedai tu, gua dtg esoknya sbb masa gua survey tu naik motor je. Tghari gua sampai dlm kul 12.30 punye la ramai makhluk. Gua tunggu lama gile, dlm kul 4 baru la gua dilayan. Mmg kedai dia sentiasa penuh. So gua pun yakin la sket kali ni sure pueh hati. Gua pun cite kat pomen tu masalah gua:


- Aircond tak sejuk

- Selalu cut off belum sempat sejuk even bukak full cooler especially time jln sesak


Habis sume dia kasi barai. Dia ckp sama gua yg aircond mmg akan cut off secara automatik bile terlampau panas utk elakkan kompresor rosak. Ada 1 soket dkt dgn tabung gas tu yg akan bertindak sebagai cut off bila condenser tak dpt disejukkan. Ok, lu org perasankan kipas sebelah radiator tu. Kipas aircond tu bertindak utk menyejukkan condenser. Search kat google kalau xtau pe tu condenser..hehehe. Berbalik pd pomen tu. Gua tgk setiap benda yg dia bikin. Pertama sekali kompresor gua dia kasi bukak. Dia servis. Cuci pkai air. Lps servis, dia bgtau gua yg kompresor gua ok. Xde bocor..Feewwhh..lega. Selamat!! Benda kedua yg detect kipas condenser gua yg dulu gua ganti tu. Dia kata kena tukar yg banyak blade. So dia tukar kipas wira yg ada 7 bilah. Sblm ni 5 je. So, dengan siapnye kerja2 tersbut terbanglah lagi duit gua RM180. Lps pd tu, ok la sket sbb motor kipas tu pun dh bertukar dengan harga Rm120. Original Japan katanya. Boleh laaa...Tp still tak boleh cover kalau jalan sesak, kalau panas terik.

kipas wira ganti. motor dia still pakai yg asal


Nak dijadikan cerita, gua outstation. Pergi ok, xde mslh. Time balik tu boleh la pulak dlm kurang 10KM nk sampai umah tetiba aircond keta gua jd panas smcm. Xde rse sejuk langsung. Dgn blower2 skali panas. Nasib baik dh dekat dgn umah beb. Sampai umah, gua letak2 barang pastu gua kuar balik trus p bengkel dkt area umah gua. sampai2 je bengkel hidup balik la pulak kipas aircond gua!! hampeh btul. Pomen cek, kata mungkin kompresor dh nk kong. Aduhai, gua dh berkira2 masak oo kalau kompresor problem. Maklumla, gua selagi blh economy, mmg economy habis sbb gua ni pun bukannya byk duit. Balik umah gua dh berkira2 dh bpe bjet nk ganti mentang alah tu. Dlm masa yg sama, gua pun dok layan la internet psl aircond ni. Ada la sorg mamat ni post kat web dia kata kena tmbh kipas kalau nk bg aircond sejuk. Gua pun dok usha la kat mana ada jual kipas2 aircond second yg blh gua projekkan. Dptla sbijik kipas aircond wira dgn harga RM30. So gua pun kasi modified sendiri, blakang kasi bwk kedai dia wiring je. Ada la dlm RM20. Kalau nk suruh dorg buat, dh tentu upah lagi. hehehe..So gua bikin 1 suis manual. Bermakna, kalau jalan sesak, baru pasang. Kalau jalan highway, tak perlu pasang kipas yg kedua tu. So far skg ni ok la kalau nk bandingkan dgn yg dulu2. Cuma dia lmbt sket la nk sejuk. Xde la bagus mcm aircond keta baru2. Tp eksperimen gua ni kira berjaya la. Atleast gua blajar sesuatu tentang kereta gua. Jadi kesimpulannya senang; condenser perlu sentiasa sejuk bagi memastikan aircond dlm kenderaan sejuk&berfungsi dengan baik.


anak panah tu tunjuk kipas tmbahan yg gua modified.


Kalau lu org perasan, kenapa tiap kali kalau kita p kedai aircond utk cek, pomen dh standby bwk air & curahkan kat condensor? sbb nak bg sejuk. Bila cuaca panas, cara terbaik nk bg aircond sejuk dengan mencurahkan air pd condenser. Bila condensor basah, kipas akan sedut angin sejuk. Jadi akan sejuklah aircond lu org. Gua buat benda yg sama especially kalau long distance. Kereta jenis mcm kita ni, kena extra concern, extra care. Bila extra care, akan datang la performance walau standard mana pun keta kita. Sblm gua terlupa, "resisitor" pun slh satu punya blh jd kan aircond lu org tak sejuk. Apa tu resistor? ala, cooler yg kat panel aircond tu. Kalau dh longgar, dia blh jd tak stabil&akan cpt cut off sblm tiba waktunya. So kena cek. Apa pun, gud luck. Cargas!

7 comments:

badriz said...

respekk bro. . .cmne bro mod kan masuk kipas 2nd tuh? mmg genius laa bro

gua said...

first, cri dlu kipas aircond wira. lg byk blade lg bagus. pastu ukur ler kasi bukak fender dpn tu. then klu xde grinder, kasi bwk bengkel kwn2 ke pinjam jap potong keliling bahagian tepi supaya jd nipis. so that kipas tu akn dekat dgn condenser. klu nk msuk gitu je pn blh, tp jauh dgn condenser kurang berkesan. lg1, gua beli penyambung getah air wiper tu, then tarik p condeser. agk2 klu pnas sgt which kipas pn xblh support (terutama bila passenger ramai dlm keta), then blh tarik air wiper kasi basah sket itu condenser. tp so far jarang la gua guna yg tu..

Anonymous said...

tolong.. keta saya bml saga 1.3. kalo enjin keta berasap jer time x gerak (enjin hidup) esp. time jem cner? temp jadi naik semacam. bila gerak ok jer. mintak org tgkkn dia ckp kipas keta rosak x leh baiki kedai biasa kena p proton service... dekat raya cam ni x tahu laa harga. agak brapa kena standby?

Gua said...

Bkn kipas rosak.tp motor dia yg problem...kipas mana blh rosak der. Bkn proton servis ada warranty ke?ada 2benda klu melibat kn motor kipas.1) fius 2) motor tu sndr. Klu fius murah sket.klu motor pn actually xmahal mana. Tp klu jmpa yg kaki ketuk mmg sakit ler

kazekage wan said...

Assalam bro.. kereta sy ada problem aircond.. bila berjalan, aircond sejuk.. bila berhenti, dia jadi panas.. tu masalah kipas aircond ke cane.. tq broo..

gua said...

Motor kipas dah nk kong. Bila kondenser xblh disejukkn aircond jd panas.

*jgn lupa like&share page "kelabprotonsagaofficial"

jeff45272 1989 said...

Terbaik bro ..aku bab aircond ni x pernah anta kedai ..buat sendiri je ..cume letak minyak n gas di kedai ..sbb xde barang2 ..huhu..aircond mmg penting ..kalau balik kg dari terengganu ke klang aircond mmg on je x buke tingkap dh ..sbb x merokok ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails