Friday, April 30, 2010

sejarah permulaan kereta gua

keta standard. time ni kena outstation masuk site mmg kotor gile


Ok, kali ni gua nk sembang psl kereta gua ni. Actually, kereta ni bapak gua punye. skg ni dia dh tak pegang lagi semenjak keta baru dah ada. So keta buruk ni dia passing la kat gua. Katanya keta tu takde power steering, susah dia nk bawak sbb tak larat. Al-maklum la org veteren. Oh ya, lupa gua nk bgtau yg keta ni bapak gua beli secondhand. Tu pun rekemen dr kawan dia since masa tu mmg keta lama bapak gua pakai dah teruk giler. So harga yg dia beli masa tu RM5,550. Tp gua mmg kesian gila kat bapak gua sbb kena tipu. Tu la dia kalau dah nama melayu tu, mmg tak sah kalau nk belit kaum sendiri. Bapak gua plak beli sbb percaya dgn kata2 kawan. Asal tgk luaran ok, terus rembat. Tak nak check dulu. Tau je la org lama. Senang la org amik kesempatan! Kaiwak btul. Gua kalau jumpa itu org, mmg gua kasi basuh cukup2.

Masa baru parking kat umah gua lps bapak gua amik, gua tgk biasa je. Mmg nampak ok. sport rim mmg takde, radio xde. warna dah out. mmg senang kata keta jenis bawak jalan dekat2 je boleh la. Lu org bygkan gua sandar kat blakang keta tu boleh kedalam body dia. Mmg dh tahap gaban dh teruk! Dlm minggu tu jugak gua tgk bapak gua bawak pi bengkel, letak sport rim 14" siap dgn tayar baru. repair apa2 yg patut. habis jugak la dkt RM1000. Then bapak gua pun dh tak larat nk maintain sbb makin lama makin berjangkit2. Dari satu masalah ke satu masalah. So dia biarkan je. Pakai pun kadang2, tu pun takat bwk dekat2. paling jauh pun ke bandar. Adalah dlm 20km. Dlm hati gua dok maki2 mamat penipu yg jual keta kat bapak gua. Lu dah lanyak cukup2 dh jahanam, lu jual kat org kata bagus. Kalau la gua ada time tu.....

kat tempat keje kena masuk site guna keta sendiri

Lepas bapak gua tak larat nak maintain keta tu, gua pun sikit2 la berbekalkan modal gua pun amik alih. Kalau lu org tgk spring dpn tu mmg tinggi. Kalau corner, mmg sure tak stabil punye. Tapi kalau lu org tgk btul2 gmbar bwh ni, mmg gua dh potong. Tak banyak pun, sket je dlm

1½ cmtu la. Blakang mmg gua tak usik langsung sbb absorber dh mmg lembut gile. Harap pd spring je. Sbb tu gua tak berani nk potong..


gambar time keta dh cuci sket

Ok, kalau lu tgk spoiler blakang tu baru pasang. Tu spoiler member gua bg (gamabr keta masa entry gua mula2). Dia kata tertanggal masa tgh rembat. Tau je la turbo dh tentu la tanggal. So dia bg gua. Credit to him. Actually spoiler tu mmg design sama mcm iswara punye kalau tgk, tp fiber made. gua tak pernah plak siasat mana dia dpt spoiler tu. Bile dh pasang tgk cun plak, drpd togel je. Baik letak something. Cuma yg jd msalahnya bonet gua jd berat. Gua sampai skg ni masih tak dpt lagi penyelesaian cmne nk bg bonet gua tu ok. Bila bukak, kena la letak kayu supaya dia tak jatuh..hehehe. So, untuk entry yg akan dtg gua akan story mory lebih lanjut psl benda lain plak. Chiow!!

salam 1 malaysia!

Assalamualaikum wbt&salam sejahtera kepada semua.

Tujuan gua create blog ni adalah untuk mencari, mengumpul serta berkongsi maklumat serta teknologi pd pemilik2 kereta proton saga. Bukan BLM atau iswara, tetapi proton saga ciptaan Malaysia yg pertama. Tak kira la megavalve ke, magma ke, orient ke. Bila dah berada di dalam kategori proton saga tu jugak termasuk la yg standard ataupun yg dh diubahsuai mcm yg kat atas tu. Actually gambar tu bukan kereta gua, tp kereta kawan gua yg telah diubahsuai enjinnya kepada VR4. Gua teringin jugak la nk modify tp almaklum la, skg ni ekonomoney. so pakai je la standrd. So gua akan cerita la sikit demi sikit tentang keta gua yg telah gua bikin mengikut kemampuan poket gua. kereta standard sahaja ye. Apapun, gua mmg berbangga dengan kereta ciptaan model pertama ni sbb bg gua mmg bagus dr segi ketahanan body (pendapat gua la). So mybe kwn2 kat luar sana tu ada pendapat masing2 setelah lama menggunakan kenderaan "old school" yg makin lama menjadi perhatian pada masa kini.

Ok la, untuk tak mengecilkan ruang lingkup kita kepada proton saga je, kepada pemilik2 iswara kat luar sana pun blh berkongsi pendapat bersama2 kami sbb iswara dengan saga tak jauh beza mcm jin dengan mambang (bak kata P.Ramlee). so apa shj pendapat anda kita akan kongsikan dan mungkin akan tambah kan ilmu kita, kalau tak banyak pun sket la. Kurang2 kita tau yg kenderaan yg kita guna seharian tu apa juga sakit dia kita akan dpt detect dan cepat selamatkan bg mengelakkan berjangkit kepada sakit yang lain. Al maklumla, kereta lama mcm2 penyakit yg akan dtg. Jadi untuk mengekalkan kesihatan mcm manusia, kita perlukan perhatian yang lebih bagi memastikan yg kenderaan kita tidak mempunyai masalah lebih2 lagi bila melibatkan long distance.

Gua terpanggil nk bikin blog ni sbb gua dh byk merayau2 ke serata semenanjung. So gua jumpa bermcm2 ubahsuai yg dilakukan pd kereta proton saga. kalau bab kaler tu toksah cerita la. tu belum lagi tgk dlm enjin. Menjadikan gua makin berminat nk tau banyak benda pasal model ni. Ada kelebihan&kelemahan pd jentera ni yg menjadikan pihak proton memperbaiki sedikit demi sedikit dan akhirnya lahirlah banyak model2 yg lain. So untuk pos yg akan dtg, gua akan ceritakan sikit2 tentang kereta gua. Mana tau akan dtg kita blh buat konvoi mcm yg lain2 buat untuk ke mana2 destinasi ke ye tak? So, cargas!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails