Thursday, September 29, 2011

Survey


Salam...

Gua nk mintak survey sket la dr lu org psl blog gua ni..harap blh bg kerjasama pd pelawat2 blog gua. blh click kt link bwh ni utk isi survey form. Tq



Harap blh bg manfaat kepada pemilik2 saga serta pemilik kereta. Tq


Monday, September 26, 2011

Panduan Tekanan Angin Tayar

Angin pd tayar keta lu org memainkn peranan jugak dlm pemanduan. Sbb tu lu org kne pastikan angin sentiasa ckup&kurangnya angin pd kereta lu org blh mengundang bahaya. Ni gua dpt kt stesen minyak mase gua nk pam tu hari. Ikut pd enjin lu org then refer pd table tu.

Ada sesetengah expert bgtau gua kalau nk pam tayar jgn bg seragam empat2 tayar tu.contohnya 2bijik tayar blakang lu pam 220kpa, utk 2bjik dpn lak lu pam 200kpa. Sbb? Kereta lu org bile speed dpn dia akn menjunam sket so that pemanduan akn lancar.kira aerodynamic gitu..apapn xsalah cuba. Yg penting jgn pam lebih dr yg dicadangkan. Slamat mencuba!

Thursday, September 15, 2011

Soalan Pengguna Saga...




Ada soalan dr pengguna saga bertanya:

mr.maweh: adakah enjin akan saga sy (4G15)akn tmbah pickup klo tukar plug cam NGK iridium ngn cable plug untuk racing? kwn sy cdgkan sy tukar clutch super touring 1.6..ble xlen x bro?

Untuk spark plug NGK Iridium klu pakai ada beza sbb api lebih kuat. Banyak ke sket bergantung jugak pd performance engine. xblh la ckp pakai plak ni jek enjin mesti power. untuk penerangan lebih lanjut blh tgk video ni:



Untuk info lebih lanjut berkenaan spark plug ni, blh layari web nih:




Ok, utk clutch super touring, gua sarankn tukar skli flywheel klu nk sedap&utk rasa beza. Klu ikut pengalaman gua&juga penerangan2 dr pomen2 yg expert, clutch ni rse beza dia bkn time start enjin trus rembat je. Kita akn rasa pickup dia contohnya time nk memotong atau mse nk tukar ke top gear. Klu nk tukar clutch tp nk pakai standard flywheel 1.5 saga pn blh. just bwk p engineering, dia akn tebuk lubang pd flywheel utk bg pickup sket. Blh refer pd pomen2 yg expert. Ada sesetengah kes mcm kereta gua, flywheel super touring xblh msuk so that kne pakai flywheel asal&pi hantar kt engineering. So, utk soalan td klu lu bikin flywheel, masuk clucth super touring&pakai spark plug iridium bru la ckup power..oh lupa plak. klu dh pakai spark plug power, cable plug jgn lupa ganti jugak k...Cheers!


Monday, September 12, 2011

Self Servicing&oil treatment for your car


Selamat Hari Raya! ok, kali ni gua nk sembang pasal "self servicing". maknanya lu org servis kereta lu sndr. Basic servicing ni biasanya merangkumi tukar minyak hitam, oil filter. ada jugak jenis kalau bwk kt pomen, bila kita kabor kt dia servis keta dia akn tukar minyak hitam&oil filter, tukar plug, cek bateri dan sebagainya. Terpulang pd masing2..Memandangkan lu org servis sendiri keta lu, ada baiknya lu org cek&tau sndr tahap kemampuan kereta lu org bg mengelakkan breakdown time tgh syok beraya. Apa yg lu org perlukan utk service minyak hitam? Tgk bwh:

Untuk servis minyak hitam, lu org kena ada spanar size 17, pembukak oil filter (yg gua xtau pejadah nama dia), minyak hitam dan oil filter. Jgn lu org beli minyak hitam, tp xbeli oil filter plak! sbb ada member gua pernah tukar minyak hitam, tp xpernah tukar oil filter. jgn terkejut...Ok, yg kaler cam oren2 sket tu ada lah oil treatment. Gua nk rekemen sket pd spe2 keta yg old school, ada leaking sket then blh cuba minyak ni. Enjin pn ringan, asap putih pun tarak. Kalau jenis yg kaki long distance, blh guna jugak.


Minyak ni nama "abro smoke stop". Gua dh lama pakai. kalau enjin yg jenis ada leaking sket2, mmg blh guna. Sebagai langkah penjimatan utk keta lu org dr overhaul, ada baiknya secara ekonomi guna minyak ni dlu. Tp kalau enjin dh teruk tahap gaban, dan lu org pun ada bajet baik overhaul terus. Minyak ni senang cari kat jusco. Tmpt lain gua xpernah jumpa plak. Kalau lu orang rajin blh p survey. Ok berbalik pd service td, guna spanar 17 tu utk bukak skru kt oil sump (cam dlm gambar tu).

Oil sump tu kedudukan dia betul2 kt bwh enjin lu org tu&oil filter plak terletak dpn dia. (ni gua sembang pasal saga&yg seangkatan dengannya k. Tp sblm tu pastikan ada bekas utk tadah minyak tu. OK, lps dh kluarkan minyak tu, bukak plak oil filter guna pembukak dia cam dlm gambar yg kt ats tadi. Then biarkan kjp dlm 5minit kasi minyak kluar.

Lps minyak sume dh kuar, kasi lap sket guna kain kt kawasan tu&pasang balik skru td. Untuk oil filter plak, sblm pasang lu orang celup sket jari&sapu pd keliling kawasan dlm oil filter tu. Then kasi pasang. Siap pasang, kasi amik minyak dan tuang sket dlm seliter camtu. JANGAN TUANG SEMUA. Pastu masukkan oil treatment td kasik habis..

Selesai tuang oil treatment td, tuang lagi minyak hitam. Tujuannya utk elakkan minyak dr terlebih kalau kita isi minyak hitam tu banyak sgt awal2. Lps tambah minyak hitam td, cek tgk level ok ke tak. kalau terlampau minimum sgt. tgh2 ok. kalau over maximum plak enjin berat. so pandai2 la bajet k..

Lps cek tgk level minyak tu, then blh start enjin. Perhati balik kt skru&oil filter yg lu org psang tu ada x leaking. kalau ada leaking means lu org pasang xckup ketat. Kalau xde leaking..you are ready to go! By the way, sblm start enjin tu ada baiknya lu org rajin2kan tangan cek air bateri (kalau pakai air), minyak brake, air tangki radiator&minyak power steering (kalau pakai). Benda2 basic ni lu org kne cek stiap kali tukar minyak hitam. Once lu dh cek, insyaAllah xde masalah bila kunci lu putar je, blh trus jalan. Slamat!

Tips: Oil filter nk ikat xperlu ketat2 sgt. agak2 je. Lg bagus ikat guna kuat kederat tangan je sbb bila enjin panas, getah pd oil filter&thread tu akan mengembang menjadikan oil filter tu jd ketat. So kalau pasang awal2 dh bg ketat, bila panas dia jd lagi ketat&boleh rosakkan oil filter skaligus blh bg leaking pd oil filter tersebut. Thank you...

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya


Salam aidilfitri kpd smua pembaca blog kelabprotonsaga serta follower2. Kalau gua ada salah silap, terkasar bahasa ke gua mintak mahap banyak2. Mana la tau gua terlepas cakap ke ape ke. Untuk yang sentiasa ikut perkembangan blog gua ni, gua ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat, idea&apa juga masalah ttg kenderaan yg kita guna seharian.

Untuk yg blk dr kampung memandu utk start smula kje berhati2&jgn lupa untuk periksa kereta lu org sebelum gerak bg mengelakkan dr 'breakdown' tepi highway. Skli lg,gua mintak mahap walaupun terlewat wat entry sbb bz giler.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails