Tuesday, October 7, 2014

Timing belt


Lama gua x post sbb bz travel. Bygkn dr KL naik ke kemaman turun kuantan blk KL. Esok plk baik lg ke keratong trus ke kuantan blk KL smula. Dpt plk call ke perlis. Mmg merayap kje gua. Dr utara ke selatan ke pantai timur. 
Seingat gua; start dr bapak gua pkai keta buruk tu 2005 dia tukar timing belt. Lps tu gua pkai mmg xpnh gua tukar..langsung. 1) meter standard saga dlu mmg milage dia problem. Jd mmg ssh nk kira brapa perjalanan gua. 2) bila dh tukar digital meter, gua masih teragak2 brapa sbnrnya milage gua. 
So gua main blasah pkai. Fikirkn yg bapak gua tukar belting dlu mgkn blh blasah smpai 100ribu km. (biasanya cmtu kn?) so lps bertahun2 gua pkai travel sana sini, gua tergerak nak tukar timing belt since dh agk lama x pernah buka pn. Mcm biasa, gua akn beli brg kt spare part. Klu psg siap kt kdai termasuk brg yg pomen order kebiasaannya mahal sket. Itu pn ada 2pilihan. Nak belting yg biasa blh pegi 60ribu km atau yg blh pegi 100ribu km. 
gua prefer utk beli sndr belting set original mitsubishi. Maximum milage 100ribu km. upah pasang kdai je. So ble pomen bukak rupanya belting lama tu belting cap ayam brand "mitsuboshi" yg gua rasa blh pergi maximum 60/70ribu km shj. Lu tgk sndr mcmana belting lps hampir 10thn jgk la tak tukar. Alhamdulillah Nasib baik tak putus time tgh driving. Klu putus tgh travel confirm kne overhaul keta. 
Apapn jgn ikut mcm gua. Cukup time tukar belting. Klu blh cari yg original. Jgn amik risiko. Elok2 modal 3/4 rat skali problem blh jd 2/3riban. So mcm biasa, minyak hitam pilihan gua mmg maintain FPO. Pd gua minyak ni mmg jaga enjin lu especially keta2 jnis old school mcm kita ni.. Blh tgk entry2 gua psl minyak ni mcmana testimonial atas kereta gua sndr. Pd gua mmg lg terbaek dr minyak biasa. 


Tuesday, June 24, 2014

Terima kasih

Slm semua..terima kasih pada yg sudi dtg ke KarNival Automobil 2014. Terima kasih juga kpd pengunjung2 di booth DriveM7 kerana support produk. In shaa Allah kita akan berjumpa lagi.. 


















Tuesday, June 17, 2014

KarNival Automobil 2014

Salam semua. Jom ramai2 ke KarNival Automobil 2014. Anda berpeluang bertemu dgn duta DriveM7 Aaron Aziz disana. Ada pelbagai aktiviti diadakan. Boleh singgah di booth DriveM7 untuk beli barangan serta minuman produk keluaran DriveM7. Jumpa disana!

Tarikh: 20-22 June 2014
Lokasi : Alamanda, Putrajaya
Masa: 10pagi - 10malam

Tuesday, June 3, 2014

For sales

Slm all..terpaksa melepaskan buah hati kesayangan. Ada sesapa berminat? Kereta xde mslh. Blh tgk previous post mcmana enjin keta bersih. Pkai minyak pn semi-synthetic. Enjin 1.5cc. Takat nk travel jauh2 xde mslh. Alternator baru, compressor baru. Cuma kaburator je kurg cantek. Tp xde efek pd performance enjin pn. Bukak harga 6k (nego). Serious buyer only. Reason nk jual sbb ada 3bijik model yg sama.. Sesapa berminat blh email khairi.traswaja@gmail.com



Friday, May 23, 2014

Festival Belia Putrajaya 2014

Kepada semua pengunjung2 boleh datang ke booth DriveM7 untuk hilangkan dahaga. Ada bermacam2 aktiviti serta barangan dijual disini. Festival Belia Putrajaya 2014 ini dianjurkan oleh Kementerian Belia&Sukan. Bermula dari 23-5-2014 hingga 25-5-2014. Jom!!






Tuesday, May 6, 2014

Alternator VR4 / Mirage

Slm. Ada sbijik alternator VR4 nk letgo. Baru barai dr sbuah enjin. Sesuai utk enjin VR4, mirage atau seangkatan dengannya. Brg masih cantik seperti dlm gambar. 

Sunday, March 16, 2014

respon tentang digital meter

Gua pernah post pasal digital meter dulu dan gua banyak terima email serta comment tanya pasal digital meter yg susah nak dapat. Atas sebab rare nak dapat, gua tak berminat nak jual sbb gua masih lagi sayang kat meter yang sepanjang gua pakai alhamdulillah tak pernah ada masalah. tak dinafikan ada sesetengah pembaca2 blog yg email gua nk beli meter gua dengan harga yang tinggi. mintak maaf, bukan gua tak nak jual. gua masih lagi berminat nak guna dan tahun lepas gua dapat sebijik saga model yang sama pun gua salin digital meter ke kereta yang baru dapat tu. blh tgk kat sini plak.
Gua belum lagi nk jual meter yang gua pakai sbb skrg sudah ada kat kereta 1 lagi. Kalau akan datang gua xtau lah. Untuk cari meter2 yang jenis rare mcam tu, lu org kena rajin merayau kedai halfcut area lu org atau outsource dalam internet. kadang2 benda yg kita nak mmg ssh dapat. Ada apa2 pertanyaan blh lontarkan ke email atau komen. So good luck!!




Wednesday, March 12, 2014

minyak fast power oil

Gua pernah post psl minyak fast power oil (FPO) dulu. blh tgk kt sini. Sblm ni gua byk eksperimen minyak kereta untuk test performance kereta. Dlm byk2 minyak yg gua pernah try, ini yg terbaek gua rasa&experience. Psl apa? Minyak ni ada kelebihan dari minyak2 lain yg pernah gua guna. Selain jaga enjin, minyak ni blh cuci dalaman enjin kasi bersih kalau rajin pkai&maintain. Dengar mcm tak logik. Tp bila dh guna baru tau. kalau org dh biasa dgn mesin uji minyak ni dia akan tau yg FPO ni blh pegi sampai 12pound geseran&masih lagi bergerak. Bermakna piston lu org dijaga tak rosak.

Kebiasaan minyak biasa blh pegi sampai 5000km. tp minyak ni blh pegi sampai 8000-10,000km. klu sengkek sgt blh sampai 12,000km. tp perlu diingat yg kemampuan penapis minyak kereta blh pegi sampai 8000-10,000km shj. jd lbh baik tukar bila dh sampai 8000km untuk performance kereta lu org maintain.

Minyak ni blh pkai untuk smua jenis kereta n/a atau turbo even diesel pn blh. mls nk ckp byk. blh cuba sndr. spe yg dduk area lembah klang blh contact ejen dia En. Hashim (017-299 8858).

p/s: bkn nk puji, tp mmg puas hati pkai sbb gua sndr dh pkai.


Thursday, February 13, 2014

D'agri expo 2014



Salam semua, agriculture expo 2014 di PWTC. Semua dijemput hadir. Ada pelbagai barangan makanan serta minuman produk bumiputera dijual disana. DriveM7 turut serta dibawah KPDNKK menjual minuman produk keluaran mereka. 

Vanue: PWTC
Date : 13-16 February 2014
Time : 10am - 6pm
Booth no. : B4


Monday, January 6, 2014

New Year 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.

Haish...mcm2 suda gua bikin dgn kereta yg gua baru angkat. bila kereta bertukar tgn, mcm2 benda nk kne amik tau since pd pandangan gua mungkin owner lama tak amik tau psl kereta yg dia guna atau mungkin kereta dia guna banyak simpan dari guna.

benda pertama yg gua kne driveshaft. keta modify mcm2 sudah jadi rojak. bila tanya driveshaft apa guna dia pn sndr xpasti. mcmana guna kereta tp xtau apa benda yg dipakai? atau pakai jenis main blasah je? tak heran pn sbb kebanyakan kita byk guna kereta tak tau apa yg dia guna. bila dh rosak baru garu kepala.

benda kedua tukar radiator. kereta jenis turbo sbnrnya sesuai untuk negara yg beriklim sejuk. klu nk guna pd negara2 yg cuaca tak tentu atau negara yg panas, lbh elok amik extra cautious sbb enjin mmg sentiasa panas. kereta standard walaupn panas, tp masih blh tahan dgn cuaca especially malaysia. so tak heran klu takat kereta kne time panas mcmana pn, ia direka utk kesesuaian negara kita. so kereta yg gua dpt pd mulanya guna standard proton saga radiator. utk kasi dia tampung kepanasan enjin, dia modified kasi bikin direct fan. bermakna kipas radiator akan sentiasa hidup sebaik kunci on. (kereta biasa guna auto fan. bermakna kalau panas, fan akan hidup untuk sejukkan air dlm tangki. bila air dah sejuk air akan circulate masuk ke enjin. blh tgk entry gua ttg perjalanan air dlm enjin kat sini . so gua ganti radiator aluminium 2layers & buat auto fan. bermakna panas baru fan akan hidup. hopefully jangkahayat fan akan tahan lebih lama.

benda ketiga kong compressor. mula2 pakai cantek je. tp mana kita nk tau benda nk jadi. so 2/3mggu pkai gas asyik habis je. cek tgk kompressor kong. trus pegi halfcut dpt brg, trus psg.

benda keempat bearing. skli rosak 3tayar bearing out. bukak2 tgk grease dlm bearing smpi jd pekat&kental. agak2 ntah dh brapa kurun tak pernah bukak&ganti. malas nk tanya sbb klu gua tanya owner lama confirm taktau. ganti..

benda kelima fuel regulator. beza antara brg cap ayam yg org guna asal boleh je dgn brg yg pakai utk selesa&slamat supaya tak jadi masalah adalah 2 benda yg berbeza. org yg xamik port&guna brg asal boleh atau asal ada je ni jnis yg kurg amik tau psl kereta. pd dia janji brg ada, ada fungsi dh cukup. while yg jnis amik tau psl brg skligus pstikan brg takda mslh terutamanya klu travel jauh2.

benda kelima yg gua kne fuel pump. ni salah satu brg yg mahal jugak. kereta ni ada pkai extension pump utk kasi tarik minyak lebih cpt&tak sangkut2. extension pump yg dia pakai ni dari jenis Mercedes. first2 dpt keta tgk pn agak kurang kemas. sbb pump tu dia modify sblh bawah tgh2 terjuntai. kalau kena lalu bump yg tinggi, confirm sangkut&akan touching ground cable. gila&bahaya punya kerja. since pump kong, gua disarankan cari kat halfcut dpt murah. gua mls nk cari halfcut. sbb brg belum tentu ok. kalau ok pn belum tentu jangka hayat pump tu brapa lama. gua cari baru. mahal sket, tp puashati&harap takda mslh. amik masa sehari jugak utk alihkan pump ketempat yg selamat kasi sorok tak nampak.

benda keenam kena spark plug. bru2 pkai tukar. sbb sbijik kong. ganti 1set. xsampai bpe bulan kong lagi. beli lagi. ada dgr2 pomen kata coil dh nk kong. and i say..wtf??#%*

benda ketujuh plak alternator. kebanyakan kita smua tau yg klu alternator tak cantik kasi cabut kpala bateri enjin akan mati. so gua plak tak try cabut kpala bateri, tp gua perhati kat voltage meter. gua pernah kasitau dulu, kereta yg gua guna kena ada voltage meter supaya gua blh tau alternator charge cantik atau tidak terutama masa high peak usage. maksud gua high peak usage tu bila kita guna smua current dlm 1masa. SEMUA: aircond, radio, lampu even yg kecik2 skali pn termasuk charger handphone, wiper, power window, signal, lampu brake. klu jalan terlalu lama, enjin panas fan radiator akan kerap hidup&current pn akan guna lbh juga. So gua prasan voltage tak stabil. sbb gua nampak bila buka aircond je voltage jatuh sampai 11.8v dan kadang2 sampai 10.7v.... bateri baru tu.
last skli bru gua cabut kpala bateri. mmg btul alternator problem. so gua mls nk ke halfcut takut brg xtau plak boleh tahan brapa lama lps ganti, gua just pegi spare part angkat yg recond punya. atleast ada warranty. lps ganti baru la voltage stabil. masa enjin idle 14.5v so selesai.

**byk benda yg gua kne maintain balik mcm kereta pertama gua. kereta buruk gua tu even mcm tu, xde mslh klu nk travel jauh2. start enjin jalan je. sbb gua sentiasa maintain bila ada masa lapang. jd xde mslh klu takat nk blasah travel 9-10jam non-stop. apapn, pengajarannya kereta apapn lu pkai, tlg lah jaga. even kereta tu lu bkn nk pakai sampai mati sklipn&berharap nk jual lps 5-10thn kurg2 jaga la baik2. jgn bila ada masalah je, cari buyer jual. pastu gebang berapi2 mcm kereta 100% perfect xde mslh. tu kan menipu namanya...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails