Wednesday, December 29, 2010

APA AZAM TAHUN BARU??



Salam!

Setiap org punya azam bila munculnya tahun baru. Kdg2 kita dpt capai apa yg kita inginkan, manakala bg yg tak dpt kita masih lagi blh usaha supaya cita2 atau azam kita tercapai. InsyaAllah...


Orait, gua pun mcm tu jugak. Bg gua, setiap yg gua bikin gua ada target. Untuk kereta gua a.k.a saga orient gua tu pun ada target jugak de..Bg gua target yg sebelum2 ni consider success jugak la sbb kalau nk ikutkan kira banyak jugak yg gua dh projek kan keta saga gua tu. Kat sini gua nk huraikan apa yg bakal gua bikin in future:


Engine : Gua bercita2 utk 2011 ni gua ada modal utk convert enjin gua dr 1.5 ke turbo.
Memandangkan enjin kereta gua mmg dh consider teruk since banyak dh leaking sana
sini, so gua bercadang alang2 nk tukar enjin ada baiknya convert turbo sahaja.
Cadangan ada 2. Antara Mirage atau VR-4..pergh!! angan2 tinggi tuuu.huhu!


Transmission : Gua bercadang nk tukar transmisi Mitsubishi Super Touring 1.6 Flywheel. Skg
ni gua masih pakai lagi standard orient transmission. Sementara clutch plate
plak, gua nk pakai 8" 4puck MMC Racing.

Braking System : Kalau blh gua nk tukar master pump&servo Mitsubishi Lancer. Since skg ni
pakai disc brake asal, gua plan nk tukar suma disc brake VR4 atau Mirage.

Hood : Gua masih dok berkira2 nk tukar jugak. Kalau ikutkan mmg patut hood depan gua tu
kena tukar dah masa nk cat dulu. Tp memandangkan bajet kekurangan, so terpaksa
tangguh dulu.

Sunroof : Yeap, ini target gua 2tahun lepas actually. Tp memandangkan dh banyak perabih
ke benda2 lain yg gua rasa penting, so gua postponed dlu. Apapun mmg gua target nk
kasi masuk sunroof jugak.


Perghh..banyak gak lagi benda nk bikin. Tu belum kira yg kecik2 lagi tu. Audio? Sorry ler, gua bukan kaki audio mcm mamat sorg tu..dok dentam-dentum sana sini. Bg gua, asal ada bunyi bass2 sket dh kira ok. sendiri yg mau dengar. Apapun, doa2 la supaya gua dpt capai azam gua. Kalau xdpt semua, sket2 pun ok dah. Jadi ada progress ye tak? Tapiiii....semua diatas tu takkan menjadi kalau income tarak!! hahaha...

Selamat Tahun Baru 2011. Moga tercapai azam kalian.

p/s: mamat yg pakai saga warna brown metallic kt atas tu bila nk kawin? dh nk 2011 dh ni oii..takkan tgn mau simpan dlm poket je? huhu!!

** credit to proton saga blogger. pinjam gambar lu org jap

Wednesday, December 22, 2010

Rim (part 2)

Hah! finally gua dpt gak bikin entry. bukan apa, bz gile. last week baru je balik dr terengganu. Letih tuu....Ok, kali ni gua nk sembang psl rim jugak. Tu hari gua kebetulan cuti sbb ada kerja luar, then gua p masuk highway "tembak" sampai 100km/j. Gua rasa mcm ada yg xkena bila gua dpt tau yg tayar depan gua gegar semacam bila rembat 80km/j ke atas. Gua jadi pelik sbb seblum ni ok je. Takat 160 tu selamaba jek. Gua dh start sangsi sbb gua pk msti ada benda yg xkena. Gua try bawak ke kedai tayar. Lepas dia bikin balancing termasuk onview balancing, gua try sama gak problem! arghh..gua tension. Gua p balik kedai td, then lepas dia cek2 then dia bgtau yg sbnrnya rim gua ada masalah. Klu tgk pd luaran, mmg rim tu cantik siap dengan bibir tebal ala2 angelina jolie gitu. tp bila tgk sebelah dalam rim, jeng..jeng..jeng!! rim depan gua (kiri&kanan) telah di gosok keliling pada bahagian tepi bibir rim tu.

Gua xpuas hati, kasi tukar rim depan ke belakang. Then gua try rembat. xde pape! sah la mmg rim gua problem. Lu org bayangkan, balancing gua dh bikin dekat 7 kali, alignment 5 kali tapi result tetap sama. Tu belum kira lagi rim tu gua tebuk sebab konon ingat pakai spacer yg jadi tayar gua gegar. Abis rosak rim gua. Mamat kedai tayar yg gua bikin balancing tu pn ckp yg rim gua kalau dh ada kesan gosok, mmg jual balik xkan laku. Dengan hati yg berapi, gua terjah balik kedai tayar yg gua beli rim tu&komplen balik dengan sales person yg jual rim kat gua tu. Lepas berbakul2 dia kena sumpah seranah dengan gua, dia kasi tukar rim lain. So far paling jauh gua pergi ke terengganu last week dengan tukar rim lain, alhamdulillah rembat pun xde masalah. So tgk gambar rim gua snap. Atleast gua dpt blajar sesuatu..


Moral: selalu check rim kalau nk beli yg secondhand sbb kebanyakkan peniaga ni menipu sbb nk kasi brg dia cepat keluar. Jgn tgk cun je trus2 nk stuju angkat. Kalau ada sen lebih, lg elok kalau angkat rim baru dr secondhand.

Monday, November 22, 2010

Tips penjagaan&pemilihan tayar


Tips Penjagaan Tayar

1- Penting sekali memilih tayar yg bersesuaian dengan keupayaan kenderaan. Jika kereta berenjin 1.3, memadai jika menggunakan sport rim bersaiz 14"(35cm). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15", kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak mampu merekodkan bacaan dengan tepat, memendekkan jangka hayat absorber serta meningkatkan penggunaan petrol.

2- Jika sudah memilih tayar yg bersesuaian, perhatikan pula bahagian tepi tayar. Terdapat rangkaian nombor yg dicetak pada bahagian tepi tayar tersebut. Sebenarnya, rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat tarikh tayar dikilangkan (minggu&tahun). Mengikut piawaan antarabangsa, tayar hanya blh bertahan selama 2tahun selepas dikilang. Jesteru, anda dinasihatkan membelek tarikh tayar dikilangkan.

3- Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor serta huruf pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh: 205/50 VR 16 membawa maksud tayar tersebut berkelebaran 205mm, ketebalan tayar drpd rim ke permukaan jalan adalah 50% dr kelebaran 205mm dan utk kegunaan rim bersaiz 16inci. VR pula bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan 240km/j tanpa menjejaskan kekuatan&ketahanan tayar.

4- Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap 3bulan? Caranya; tayar depan kiri ditukar ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukar ke kiri belakang (sesuai utk tayar bersaiz sama).

5- Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali sekala. Jika bunga pada bahagian tepi tayar cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara didalam tayar tidak bersesuaian. Jika dibahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi dan jika haus dibahagian luar sahaja, bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Manakala jika bunga tayar yg haus tidak sekata (turun naik), maka absorber perlu diganti.



Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.

Sumber:

Berita Harian

http://www.sioloon.com/accessories-diy-f87/kaedah-pemilihan-tayar-t12585.htm

Wednesday, October 27, 2010

Tayar


Mcm yg gua janji, utk entry kali ni gua nk sembang psl tayar. Ni kira sinambungan dr rim yg gua beli. Cmni, mse gua dh beli rim tu gua xpuas hati sbb hari2 tgk&pk bila agaknya nk pasang tayar. Tp, dlm kepala gua dok pk yg tayar saiz besar2 ni mmg mahal gila. Mula la gua dok usha dlm internet mana nk cari tayar murah. Dlm masa yg sama dok merayau2 kat kedai2 tayar area kelang kalau2 ada yg murah2 ikut kemampuan bajet gua. Lepas dok merayau, masih gak gua tgk tayar2 ni harga dia mmg mahal.

Dlm pada tu gua tiba2 teringat ada sorg member gua (yg pnh gua repair keta dia dulu tu) psl dia pakai rim 16". Gua ingat ada la dlm 2minggu gua dok jumpa dia&collect info psl tayar ni sbb masa tu mmg gua kurang pengetahuan psl pemilihan tayar ni. Hujung minggu, dia bawak gua p kedai tayar secondhand. Katanya utk sementara waktu sebelum gua ada bajet, better pakai tayar second dlu. Tapi kena hati2 pilih tayar terpakai ni sbb ada stgh kedai tayar mmg suka kencing pelanggan kata tayar elok, tp sbenarnya tayar yg diorang jual tu tayar toreh. Then gua diajar mcmana nk tgk tayar toreh dengan tayar secondhand yg tak ditoreh. Mula2 pening gak sbb gua jenis xtau pape,, tp lama2 dh paham dh.

So, gua pun p la kedai tayar&start mencari tayar secondhand utk masuk kat rim gua. Ada 1 kedai tayar ni bg gua 2biji dpn brand lain (195/50) & blakang 2biji brand lain (205/45). Bila dok tgh pasang, tokey tu ckp kena beli special nut 1 set sbb rim gua xbleh pakai nut yg lama. Pergh..kena kuar lg duit. Terpaksa la jugak beli, termasuk jugak la kepala utk pam tayar tu 4biji. (cam haram)..Once dh pasang je, 1 lg plak halnya jd. Kena tambah spacer sbb kalau x, blh sangkut. Argghh..tension2. Lps setel masuk sume, gua byar&berambus.

Petang....
Rim gua ditebuk sblh dlm

Bila dh masuk tayar dgn rim mmg nmpak ok la. Tp dlm pd gua dok belek2 tu gua ternampak la plak ada benda yg menyakitkan mata&hati gua. Nampak tayar dpn terkeluar sket dh rupa mcm keta zmn dulu2 plak. Gua kol member gua, dia kata mmg kalau pakai spacer akan nampak tayar terkeluar sket. Nk buang space blh je, tp kena p kedai tayar&suruh dia tebuk lubang rim tu bagi kasi dlm sket. Lgpun kalau pakai spacer mmg bawak xsedap langsung. (mmg betul pun kata gua). So terbangla lagi duit pd hari berikutnya gua p kedai kasi tebuk rim. Lepas buang spacer, ok sket tp ada benda lg yg buat gua sakit hati. Bila bawak 90km/j je gegar semacam. Nak kata balancing...xmungkin sbb dh bikin 2x. Mmg rasa xsyok langsung. Masa gua pakai rim lama dulu 160km/j slamber gua rembat xde gegar pun.


tayar ada terkeluar sket

Mula2 skali gua suspect tayar la. sbb brand ni mmg mcm haram sket (psl tayar dpn ni brand lain). Dulu member gua dh kena pakai brand ni (sorry xbleh ckp). Then lepas dia tukar je tayar brand lain, ok la plak. So dlm kepala gua dh set mmg nak tak nak kena tukar gak tayar baru depan sbb gua takut kalau2 kena long distance msak la nk bawak 80km/j je sepanjang jalan.

pandangan dr depan tgk tayar ada keluar sket

Cukup bulan..

Lupa gua nk bgtau, sesapa yg nk beli tayar baru murah2 blh contact gua. Tp serious buyer sahaja. Gua tak minat kaki kencing. Kata nk beli, tetiba2 last minit cancel. Lu ada duit baru lu blh sembang nk beli tayar. Cousin gua mmg ada lubang utk tayar murah. Brand yg biasa ada jual sime tyre, falken&continental. Lain2 tarak. bercakap psl falken ni plak, yg kat kedai lu org tgk tu ada yg jual murah. Tp kebanyakkannya made in thailand. So bising dah satu hal, pulak tu xde warranty. Tp falken yg cousin gua jual ni original punye ada warranty 3tahun. So lu pk la sendiri..


tayar baru

Ok, berbalik pd tayar gua tu. Gua pun order la 2biji utk depan punye tayar tu. So dpt la gua tukar tayar baru utk belah depan. Ptg tu gak gua p kedai tayar&kasi suruh pasang. Lps siap2 balancing sume, dia suruh gua test. (sbb gua komplen goyang teruk). Gua pun try la rembat kat highway. Tp kali ni bukan 90km/j goyang, tp 100km/j baru goyang...arrgghhh..tension2 gua. Dlm masa yg sama gua dok try2 la contact member2 yg blh bg pandangan psl kes gua ni. Akan gua update dlm blog lps tau msalah sbnar keta gua. So keputusannya; tayar baru, rim baru, penyakit baru...adeh...

Tuesday, October 26, 2010

sport rim

Rim 16" gua blakang

Hah! memandangkan gua bz giler mmg xsempat nk post entry. So kali ni gua nk post sket jek. 2minggu lps tu hari, gua cuti dok umah. xde bikin apa...So gua pun naik motor merayau area bandar jap utk survey sport rim sbb dlm bajet gua mmg nk usha sport rim. Ada la 1 kedai ni gua tgk mmg banyak dia jual sport rim secondhand. Gua pun bajet xde la tinggi sgt, so dlm pd gua tgk sport rim baru2 yg bersusun tu gua ternampak la ada 1 side tu rim yg terpakai. Gua try tanya pekerja tu rim 16". Ada la 5 atau 6 jenis rim size yg gua nak tu. Gua terpandang 1 rim tu mmg smart la gak. Tp yg slack nyer gua tgk bibir rim tu chrome, tp tang jejari dia hitam. Ada la kesan2 lelehan cat. Gua rasa2 owner lama sengal main bantai spray tangan je kot. Lepas discuss2 dgn tokey tu, gua pun tanya la harga yg dia jual tu apa yg gua dpt? dia offer gua siap skimming chrome lagi. Agaknya tersalah bajet, lepas gua kuar p cucuk sen dia mintak gua tambah lg duit utk skim rim tu. Gua ckp "pehal lu nk mintak2 plak sbb td lu kita dh sembang setuju harga yg awal td. Last2 gua bengang gua nk blah dia panggil gua balik. Then dia pun stuju jual dgn harga yg asal termasuk skimming. Gua mintak dia skim bibir dgn jejari dia bg chrome. So lps 3hari gua dtg amik rim. Dlm kepala gua dok pk plak cmne nk beli tayar sbb tayar utk saiz rim yg besar2 ni mahal gile. Tp xpe, gua bwk balik dulu rim&simpan. Ada kesempatan nanti gua sembang psl tayar plak. So gambor gua tak snap banyak. Gua akan sembang utk entry psl tayar nanti. Chiow!
Rim dpn

Tuesday, September 28, 2010

exhaust/ekzos

Tu hari gua p kenduri umah cousin gua kawin. Gua tgk dia dh pakai keta standard baru. Gua pun dok tanya la mana ekzos lama dia sbb gua tau dia rajin tukar2 ekzos. So dok mencari dlm stor terjumpa la 1ekzos ni. Gua tanya dia nk jual ke? Dia ckp ekzos tu dulu dia beli mahal sbb mmg original Japan tabung dia. Takde la memekak sangat bunyi dia. Lps nego2, gua dpt la beli tabung RS-Japan dia tu dgn harga yg amat berpatutan. Sminggu sblm raya gua p kedai ekzos, kasi pasang. Okla, ada la pickup sket kalau nk banding dgn ekzos standard which is berat giler kalau nk top.
Original RS-Japan katanya

Apa itu ekzos?
Ok, ni dr banyak2 info yg gua dpt which is ekzos di reka untuk meningkatkan laluan angin ekzos serta mengurangkan suhu gas ekzos kereta lu org. Sekaligus menjadikan pembakaran enjin anda bersih dan mampu meningkatkan jangkahayat enjin lu org.

ekzos standard

Ni plak info yg gua dpt:

An exhaust system is usually tubing used to guide reaction exhaust gases away from a controlled combustion inside an engine or stove. The entire system conveys burnt gases from the engine and includes one or more exhaust pipes. Depending on the overall system design, the exhaust gas may flow through one or more of:

Piping extension baru siap sblm tabung dipasang

Lain info yg gua dpt plak banyak yg komen kalau pakai (4-1) akan increase pickup, manakala (4-2-1) plak blh bg lu org maximum speed. Kereta lu org, better test sendiri apa kelebihannya. Mcm keta gua, lps pasang menatang tu ok la ada beza kalau nk banding ekzos standard. Sistem (4-1) ni ada yg pakai&bagus utk pickup. Tp blh menjadikan ekzos jd bising sbb direct piping. FC pun kurang kalau takat pickup biasa, tp kalu luarbiasa?? sendiri mau ingat la. Kena plak minyak makin lama makin naik.

So tau dh kan. apa guna menatang nih? Kalau blh jgn la dok pakai jenis tabung yg memekakkan telinga yg kdg2 blh gak menyakitkan hati org bila dengar. Tu pun salah 1 polution tu. Silap2 kalau dok berjiran mau pecah cermin keta lu org sok. Kalau enjin tu turbo xpe la gak. ni takat enjin standard toksah la acah2 turbo nk pakai ekzos yg memekakkan telinga.

p/s: gua pakai 4-2-1

Tuesday, September 21, 2010

Front Bearing/Bearing Depan

Bearing set termasuk oil seal

Yeah, Selamat Hari Raya!

Kali ni gua nk sembang psl tajuk yg kat atas tu ha. Tp bahagian dpn. Last time gua buat entry psl bearing blakang. Untuk pengetahuan, bln pose tu hari mase gua bikin project power steering, gua mmg dh tukar dua2 bearing depan sbb dlm kple gua dok pk, kalau dh pasang power steering nk kena adjust chamber dgn bikin alignment. So dek kerana tak mau buat 2kali keje, tak nk kuar modal 2 kali, gua pun suruh skali pomen tukar bearing depan. Barang gua beli. Pengalaman yg gua dpt (sbb sblm ni bearing dpn xpernah tukar) bila gua p kedai sparepart. Dorg bgtau gua bearing depan sblh kena pakai 2biji. Gua pun dengan confident, beli 2set biji bearing dgn menyangka dlm 1kotak tu ada 2biji bearing. Then gua beli 1oil seal (sbb kata pomen; 2biji bearing 1 oil seal utk sblh bearing)..Gua yg tak tau pape ni, ikut je ckp dia. Then lps passing brg, dia bwk p bengkel lain sbb bearing dpn katanya kena pam kalau nk bukak..(kalau nk tau fungsi bearing, blh tgk entry gua "bearing")

Knuckle orient gua. Klu problem menatang ni mmg ganti bearing pun xguna

Tak sampai sejam, pomen kol gua kata bearing yg gua beli tu tak cukup sbb dlm kotak tu ada sbijik je bearing. So, dia suruh gua beli lg 2bijik bearing sama 1 oil seal. Gua dok garu kepala gua yg tak gatal. Kalau tak cukup bearing, knp dia tak sound awal2 sbb pomen sendiri yg bukak kotak tu tgk bearing yg gua beli tu. Dgn pantas, gua runner beli brg yg dia suruh. Siap je pasang bearing, bila dh setel sume gua kasi try ok. Senyap la keta gua. Ada takder pun bunyi tayar je la yg memekak. Tapi xde la bising mcm bunyi bearing.


Bearing bahagian blakang & Bearing bahagian dpn

Xsampai 2minggu keta gua running sana sini, gua dgr bunyi yg memekak dlu tu ada balik! Aduh, tension gila bila bunyi tu lg kuat yg sebelum2 ni. Dlm 2/3hari gak la gua dok try ronda dkt2 utk cek bunyi tu dpn ke blakang. Mustahil bunyi dpn sbb bearing kiri dan kanan gua dh tukar. Takkan blakang? Sng cite bearing utk empat2 tayar keta gua dh tukar. Takkan bunyi tayar kuat gua?? Gua makin tension bila raya dh nk dekat. Confirm bengkel banyak yg cuti panjang, tambah plak keta gua raya nk jalan jauh.

Grease diletakkan pd bearing

1hari sebelum raya: Gua jack blakang, gua cek. Xde masalah. Then gua jack dpn plak. Aduhai, payah nk pusingkan tayar sbb ketat. So, gua masuk gear kasi tayar pusing. Gua terdengar bunyi tu dtg dr tayar sblh kiri. Gua pun ada konfius sket sbb xkn dh ganti xsampai 2minggu blh bunyi? Tghari, gua bwk p bengkel dkt area tmpt gua. Bg pomen cek. Confirmed! Bearing dpn kiri yg bunyi. Dia ckp kalau gua tak caya, blh bukak. Nk taknak, dek kerana memikirkan sok nk raya, gua pun suruh la dia bukak. Oh ya, sblm tu pg2 sblm cek, gua dh lari jp p sparepart beli bearing siap2. So operasi barai bermula. Memandangkan pomen ni expert bukak bearing depan TANPA guna pam, gua dptlah tgk dia buat manual. Terkejut gua tgk bearing yg gua ganti tak sampai 2minggu tu blh pecah. Tension gak. Gua tanya amcm blh pecah sbb baru ganti. Then lps dia cek2, rupanya oil seal lama gua dia pakai balik. Nak dimaki tmpt yg dulu hantar p pam tu tak guna sbb gua tak nampak pe benda dia buat. Dia pun tak mintak brg xcukup ke apa, main balun je. Sudahnya, kena la gua adjust balik chamber dgn alignment. So, gua dpt blaja benda baru yg bearing dpn dgn blakang mmg xsama. Dpn utk 1side, perlukan 2bearing dan 2oil seal. Utk pengguna2 kereta, kalau dpt cari bengkel yg blh buat bearing dpn tanpa guna pam&tgk dia buat menual dpn mata lu org, tu adalah lebih baik. bak kata member gua, kalau bengkel yg blh buat bearing dpn pakai manual tu mmg pro la pomen tu...

p/s: bearing brand yg ok bg gua NTN atau NSK. Sbb gua rasa ni yg jenis tahan lama utk kereta2 old school mcm gua. Lu org cmne lak?

Wednesday, September 1, 2010

Power Steering Project




Salam 1 Malaysia!! Selamat menyambut hari kemerdekaan. Alahai, bila la kereta gua nak dpt pakai manatang alah ni..geram plak gua tgk..Gua punye entry kali ni tajuk lain sket. Knp gua letak "project"? Knp xletak title power steering jek since kereta gua mmg nk kena masuk power steering? Ok, sblm paperhal..gua nk bgtau yg gua namakan power steering ni as a project sbb gua dh merayap mana2 bengkel mahupun jumpa pomen secara personal, takder sorang pun yg ckp pernah bikin power steering utk saga orient. Magma, megavalve, iswara, mmg standard org pasang. Tapi orient, mmg TAK PERNAH ada org bikin. (gua sembang berdasarkan survey area tempat gua termasuk KL. Kalau ada tempat lain blh bkin, blh kongsi dlm blog ni supaya dorg blh dpt info. mana tau dkt2 dengan kawasan lu org duduk).


Untuk pengetahuan, utk pemasangan power steering bg kereta saga selain orient (magma, megavalve&iswara) takde masalah sebab mounting & bracket mmg ngam2. Berbeza dengan saga orient, banyak yg perlu di modify supaya barang tersebut blh ngam&berfungsi sepenuhnya. Tak nk sembang banyak, Jom baca kronologi projek power steering:

17.8.2010 - survey beberapa halfcut sekitar lembah kelang utk cari power steering set.
4.30pm dpt beli set tersebut.

18.8.2010 - discuss dgn member utk set appointment bg penghantaran kereta ke bengkel serta discuss
harga.

21.8.2010 - -9.30am, kereta dihantar ke bengkel&tepat jam 10am projek membaraikan dijalankan. Dlm masa yg sama member gua ckp yg dia ada tanya 5 org dr kedai halfcut&bengkel lain tentang pemasangan power steering pd saga orient gua. Sekali lagi gua nk bgtau, saga gua adalah first model “orient”. SEMUA pelik&geleng kepala sebab kebanyakkan mereka tak pernah psang power steering melainkan magma&megavalve. Kepala gua dh start serabut bila 1 masalah timbul which is sblm ni gua xpernah terfikir plak sampai kesitu. Bajet sume saga sama!! Then, member gua ckp "rileks", kita cuba..tp mungkin makan masa sket. Dalam masa yg sama pomen lain dh start membarai utk psang bracket kat area water pump.
- 11.00am lepas mounting dibukak dan bracket utk ikat power steering pump siap dipasang, time mounting nk pasang, 1 lagi masalah timbul bila mounting yg nk dipasang tak ngam dengan bracket. Waduh, gua dah pening. Then lepas cuba mcm2 cara, then pomen cadangkan mounting magma dicari. Kebetulan sebijik saga magma masuk bengkel utk tukar bearing. lepas diacu bagai sume, nampak "ngam", gua dengan pantas cari sebijik mounting saga magma. Lupa nk bgtau yg bearing depan gua kiri kanan ganti sekali. so, sekali jalan supaya tak nak banyak kali bukak&buat alignment since bearing depan gua pun dkt 2 tahun tak pernah ganti.
- 3.00pm gua bwk ke bengkel sbijik mounting baru saga magma. Lps di cuba, blh ngam steering rack mula dimasukkan. 1 lagi msalah timbul bila steering rack xmuat dimasukkan kerana perbezaan saiz rack yg menjadikan susah nk masuk. Mounting blakang terpaksa dibukak utk masukkan rack. Bila rack dah masuk, masalah lain timbul bila mounting blakang yg dibukak tadi tak blh psang sbb tapak lari. Puas cuba masih gak xblh. Sementara mounting baru tu di acu samada blh ngam, enjin kena jack sket&mounting blh masuk. Tapi....bracket yg melekat pd enjin utk ikat mounting tu plak pendek since magma punye bracket panjang. Waduh2..

-5.30pm sekali lagi gua ke halfcut utk tanya kalau2 bracket tu blh dibukak&jual sama gua. Lepas menyatakan hajat gua, orang kat halfcut tu ckp blh bukak&jual itu bracker sama gua, tapi rugi sbb enjin tak blh jual since bracket tu mmg melekat kat enjin. Betul jugak. Apsal la gua tak fikir awal2. Tidak takde la gua penat2 ulang alik dah la dengan pose lagi, panas semacam. Sampai bengkel gua bgtau dorang & masing2 duduk berfikir mcmana nak setelkan.

- 7.00pm balik umah(buka pose)

- 9.30pm dtg balik ke bengkel. Dtg sorg otai pomen yg mmg dipanggil utk setelkan msalah. Mula2, mounting bhagian blakang yg tak blh nk pasang skru sbb tapak lari. Lepas dibelek2, diperhatikan sebab apa mounting tu tak blh ngam lps masuk steering rack, dia pun try kasi pasang balik. Kurang dr 15minit setel! Masalah kedua plak melibatkan tapak utk pump power steering. Mmg xblh pakai tapak yg sedia ada since xblh ngam. Sekali lagi mounting baru diacu, tak blh masuk plak dah. Last2 baru prasan siang td blh masuk sbb mounting blakang tak masuk lagi. Kalau masukkan mounting baru tu enjin jadi senget. So, pomen otai masukkan mounting asal & tapak pump dibukak balik. Besi plet lain terpaksa di cari utk buat tapak lain untuk power steering pump. Cuma bracket pump je yg guna, utk tapak kena pk cara mcmana nk bentuk supaya blh pegang bracket&pump.

- 2.30am balik umah


22.8.2010 - 10.00am dtg smula kat bengkel. Tgk2 otai dah ada. Masing2 tgh dok sibuk fikirkan cara mcmana nk bikin tapak utk power steering pump. Tak banyak aktiviti selain modify tapak baru.

- 12.30pm balik umah sbb ada kje

- 5.00pm dtg smula tgk2 tapak dah siap tp belum welding. Ada 1 part kat tapak tu kena kasi twist utk pegang pump.

- 7.00pm balik umah

- 9.30pm dtg smula bengkel tgk dorg dok tgh meng”adjust” tapak pump sbb kalau silap welding sume tak blh pakai. Sok ada org welding dtg mau kasi welding itu tapak.

- 12.00am balik


23.8.2010 - tak banyak aktiviti yg gua tau dr pomen since gua keje.

- 5.30pm balik keje trus p bengkel. Lakhanat itu welding punye org tak dtg! So keje terbengkalai.


24.8.2010 - 4.00pm dpt kol dr pomen suruh cari o-ring utk paip & pump. Gua pun xtau saiz apa. Puas jugak la merayau cari. Last2 gua beli 5 jenis saiz yg berbeza. Dlm masa yg sama dia suruh gua cari belt power steering since yg gua standard punye pendek. Kena cari yg panjang sket. Kod asal standard punye (6235) & gua kena cari (6245/6250). Lps puas dok mencari dibekalkan kurang nya pengalaman, gua pun beli beli (6250).

- 5.30pm smpai bengkel bg brg. O-ring utk pump blh ngam, tp utk paip kena cari saiz yg lagi kecik. Patah la balik gua ke spare part utk beli saiz yg diperlukan.

- 6.30pm sampai smula bengkel passing barang&balik

- 9.30pm dtg balik ke bengkel. Pomen bgtau belting yg gua beli terlebih panjang plak. Terpaksa dia cari yg lain (6240) baru ngam. Rugi2...Tapak&bracket pump sume dh pasang, belting dah masuk.

- 11.00pm minyak power steering dimasukkan. Dlm masa yg sama masuk coupling steering je. Tu pun 1 hal seksa gak nk masukkan sbb rack yg dipasang tersenget sket. Lps cuba2 baru blh masuk. Dlm tgh dok excited sbb kje dh hampir siap, pomen panggil gua. Sekali tunjuk minyak meleleh kuar. Pump bocor!! Arrghhh..tidak!! terpaksa pump dibukak balik&gua kena hantar ke tempat yg gua beli tu utk tukar. Dlm hati gua dok maki2 je mamat yg jual brg kat gua tu. Dh2 nk siap ada lak halnya. Dugaan bulan pose btul!


25.8.2010 - 9.00am Gua dh terpacak dpn halfcut tunggu org tu dtg. Lps bising2&dia bg tukar pump lain, gua dgn pantas ke bengkel hantar barang & terus tembak ke tempat kerja dengan harapan dptlah setel hari ni. Lagi mau buat alignment sume lambat plak gua balik kang.

- 5.30pm Balik keje, dtg smula ke bengkel. Tgk2 keta dh kuar. Baru nk excited, tp dr jauh gua dh nampak minyak meleleh kat jalan. Aduhai...mmg confirm bocor lagi pump. Tempat yg sama! Tapi kali ni lagi banyak bocor. Kurang pahala pose gua sbb maki2 halfcut tu bg brg problem yg sama! Minyak power steering pun habis. Last2 lepas komplen, dia mintak bawak kereta terus p halfcut sok pg supaya dia blh check. Gua dh cukup bengang, tension psl mcm2 hal jadik, kena plak ulang alik smata2 psl benda ni jek.

26.8.2010 - 8.30am Disebabkan gua xblh cuti, pomen tlg hantarkan kereta gua ke halfcut tu since dia mmg kenal mamat tu.

- 1.30pm dia called gua bgtau pump dh ok, tarak bocor. Cuma kena cari hydraulic hose sbb pressure kat pump tu xblh tampung kalau guna hose biasa. 1 lg masalah yg dihadapi which is gua harap2 sgt la masalah yg terakhir sblm alignment buat. Coupling kat steering sblh dlm tu sangkut. Kalau tak buat, srupa mcm xyah pakai power steering sbb coupling yg sangkut tu menjadikan steering jd berat.

So kena pk kan mcmana nk bikin supaya tarak sangkut& blh smooth mcm steering biasa. Pomen halfcut suggest kena buang cover dlm tu. Gua ckp “wak lu!!” dah tentu la segala habuk, bau dan air akan masuk kalau cover tu buang. Tp pomen gua ckp blh pkkan cara lain. Sbb yg sangkut tu sikit jek. Samaada bukak, then gosok, ataupun carik alternatif lain.

- 5.30pm balik keje trus p bengkel. Pump dh ok xbocor&trus gerak p kedai hydraulic utk cri hose power steering pump. Oh ya, coupling yg sangkut tu dh ok since pomen kasi grind tempat yg problem&selesai masalah. Setel je, terus p bikin alignment & adjust chamber.

7.30pm terpaksa berbuka kat bengkel sbb ada balance part2 yg kena pasang.

10.00pm suruh member hantar ke bengkel & gua amik kereta terus p carwash sbb kereta banyak kotor dengan bekas2 minyak melekat2 pd body.

11.00pm balik umah.


Macam tu la serba sedikit sejarahnya. Gua pun mula2 tension gak smpi dh pikir nk tolak balik jek. Tapi mmg betul bulan pose tahun ni dugaan utk kereta gua. Hope evething will be well. Merdeka!!!

Lupa gua nk bgtau; steering rack getah cover tu kalau bocor even kecik pun kena ganti utk elakkan pasir masuk dan akan bercampur dgn minyak. (gua terjumpa ada org tanya dlm google search..hehehe)

p/s: gambor tak banyak gua snap sbb gua pun bz. tangan pun kotor dok tlg2 dorg.
Ada brg2 lama yg gua nk tolak cam steering rack saga (non-power), mounting magma (baru), power steering belt. Harga blh runding.








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails