Wednesday, August 25, 2010

Bearing


Bulan lepas, gua p Melaka ada urusan penting. Telinga gua dpt tangkap 1 bunyi yg cukup memekak kan telinga terutama bila tingkap sume tutup. Akan kedengaran la bunyi dengung yg cukup menyakitkan telinga sesapa je yg naik 1 kereta dgn gua. Pada mulanya gua x suspect langsung bearing sbb dua minggu sebelumnya bearing blakang sblh kiri mmg gua dh ganti bila gua dengar bunyi smcm. Then gua "jack" kereta kasi goyang2 tayar mmg confirm bearing dh out. So gua tukar sblh blakang kiri tu kat bengkel. Balik dr Melaka dlm kpala gua dok pk mungkin tayar yg bising sbb xblh nk detect langsung bunyi tu dr depan atau belakang.


Kat sini gua dpt sikit info ttg fungsi bearing. Mana2 yg tak faham omputeh tu, cari la kamus. tak larat gua nk explain pjg2. Kesimpulan fungsi bearing ni adalah utk mengurangkan geseran pd putaran shaft tu sendiri.

The purpose of a bearing is to reduce friction, most often on a rotating shaft. It may be made of many different materials including sintered bronze, which holds oil to reduce friction, and various metals which are cast in place to make a soft slippery surface for really heavy shafts. A bearing can also use balls or rods between two hardened metal surfaces, the balls or rollers convert what would be a sliding contact to a rolling point contact.

Harga? Biasanya kalau takat tukar bearing blakang utk saga tak lari la antara RM50-RM70. Tgk pd pomen, dan tgk jugak pada keakraban lu org dgn encik pomen. Nk bagus, cari barang kat spare part, then upah pemasangan je. lagi murah.



Bearing blakang dlu gua pernah ganti kiri&kanan. So bila kiri buat hal, gua takde la bajet kanan pun akan jadi masalah. Sekali gua check2 mmg confirm sblh blakang kanan sudah out. So dengan pantas esoknya gua bawak bengkel kasi tukar. Encik pomen tu cakap, proton saga pakai kalau; bearing blakang mmg xtahan. tak dpt dipastikan kenapa. Tp bearing blakang mmg tak blh tahan lama. Mula2 gua suspect takut mangkuk drum brake tu ke yg problem, tp so far depa check sume ok. Pengajaran, kena la berhati2 dengan kenderaan anda bila ada sesuatu yg tak kena. Gua pun xtau pe benda yg gua sembang, tp gua harap lu org paham. mungkin sbb pose kot..hahaha

Friday, August 13, 2010

Cermin Tinted

Salam Ramadhan. Ah'ha..baru 3 hari puasa beb. dugaan kena tahan. jgn ada yg ponteng dah la. kepada mereka..mereka dan mereka yg xpernah pose dr kecik smpi dh tua atau yg minat manjang mengelak bila pose dtg, bawak2 la beringat& bertaubat. Ada yg gua jumpa umur dh 40++ pun dok syok2 makan mcm bukan bulan pose. kpale hotak dia...Ok, gua nk sembang kali ni pasal tinted glass kat keta lu org tu. Pada yg ada tinted, okla. Apa fungsi tinted eh? Pendapat gua la, tinted ni berfungsi menebat haba atau menghalang haba & cahaya yg berlebihan masuk ke dalam kereta. Kenapa nk halang dia masuk dlm keta? (skema cm penceramah la plak)

Ok, stiap haba yg masuk kedalm kereta lu org, akan menjadikan kereta lu org panas dek kerana dlm kereta lu org tu dh cukup compact. So pengaliran udara kurang maka bertambah panas la kereta lu org. (yg gua sembang ni dlm kereta ye, bukan luar). Utk mengelakkan dlm kereta lu tu panas, dan hati lu org pun jadi panas bila kena plak jalan jem, apa yg biasa org akan buat? dh tentu la pasang aircond tul x? Tak kira la kereta lu org baru ke lama ke, blh rasa perbezaan kalau pasang tinted dengan tak. Bila penebat haba ni dipasang dan mengurangkan cahaya serta haba masuk kedalam kereta, akan sejuk la kereta lu org. So tak perlu la bukak aircond blower atau cooler tu sampai maksimum. Dlm masa yg sama akan menjimatkan petrol serta mengurangkan beban kereta tersebut (force) pd enjin & compressor dan memanjangkan jangka hayat menatang tersebut.

Namun ada sesetengah berita yg gua dengar pemasangan tinted ni dikawal oleh pihak berkuasa atas alasan ia blh jadi punca berlakunya jenayah. kalau nk pasang kat kereta blh, tp jgn lebih dr 60-70% tahap kegelapan tinted tu. (betul ke?). Kalau lebih mmg silap besar la kalau kena tahan dengan jpj atau trafik. Tu 4-5 tahun dlu. Skang ni lain kes plak. gua tgk sume selamber je sume brani pakai yg gelap melampau2 mmg confirm kalau beromen tak nampak punyer lah. Bak kata member gua "tinted jahat". Ada yg gua dengar dorg skg ni tak kuatkuasakan akta tinted ni lagi. Gua pun xfaham. Apa yg menarik minat gua nk citer pasal tinted-meninted ni? Smlm balik umah gua terbaca dlm paper ni. ada la sorg mamat ni komplen. Gua rasa ada kebenaran gak dia cite psl tinted ni. Apapun lu org baca. So, harap dpt info serba sedikit. Credit utk brader tu. Baca artikel ni:

Benarkan kereta cermin gelap

Saya telah menghabiskan ribuan ringgit memasang plastik tapis cahaya yang terbaik mengikut spesifikasi telus cahaya yang dibenarkan pada cermin kenderaan saya sebelum ini. Baru-baru ini saya telah membeli sebuah kenderaan MPV import terpakai dari Jepun yang menggunakan cermin gelap. Sekarang barulah saya sedar kebaikan memandu kenderaan bercermin gelap. Selama ini kita, rakyat Malaysia, berhadapan dengan undang-undang penggunaan cermin gelap dengan alasan kononnya cermin gelap boleh menaikkan kadar jenayah. Juga memandu di waktu malam boleh mengakibatkan kemalangan kerana tidak nampak. Padahal ia boleh dinikmati oleh golongan-golongan tertentu tanpa sebarang masalah. Kalaulah penjenayah hendak menggunakan cermin gelap, mereka hanya perlu memasang plat kenderaan Singapura atau Thailand dan kemungkinan besar kenderaan itu tak akan ditahan. Itulah realiti. Di waktu malam pula pemandu dapat melihat dengan jelas sama seperti cermin cerah biasa, bukan seperti yang didakwa selama ini. Saban hari sering diperkatakan di media cetak dan elektronik mengenai pemanasan global dan kenaikan suhu bumi, tambahan lagi iklim khatulistiwa di Malaysia di mana kita mendapat panas terik sepanjang tahun. Banyak negara di dunia ini termasuk negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika, Jepun, Korea, negara-negara Eropah, Timur Tengah termasuk negara jiran kita Thailand dan Singapura membenarkan penggunaan cermin gelap. Malah ia terus dipasang di kilang sebagai aksesori standard kerana mereka sedar akan kebaikannya. Sudah tentulah mereka telah menjalankan ujian terlebih dahulu dan meluluskan penggunaannya kerana sesetengah dari negara tersebut megamalkan undang-undang jalan raya yang lebih ketat dari Malaysia. Banyak kebaikan penggunaan cermin gelap. Tetapi yang dapat saya dapat fikirkan di sini ialah:

# Sekarang pendingin hawa saya hanya di nombor satu atau dua sahaja walau pun memandu di waktu tengah hari pada hal dulu di nombor empat atau lima. Ini mengurangkan penggunaan petrol yang semakin hari semakin mahal dan pengurangan gas karbon monoksida di udara. # Saya merasa lebih segar memandu kerana terik matahari boleh membuatkan pemandu merasa mengantuk dan letih. # Saya tidak lagi merasa terburu-buru ketika memandu kerana ketidakselesaan membuatkan pemandu ingin cepat sampai ke destinasi, seterusnya boleh mengakibatkan kemalangan. # Panas terik juga boleh mempengaruhi sikap pemandu itu sendiri di mana boleh menyumbang kepada sikap panas baran. # Sekarang saya dapat balik kampung bersama keluarga dalam keadaan selesa dan anak-anak saya tak perlu lagi meletakkan pelindung cahaya matahari di cermin (kadang-kadang kain pelikat atau tuala) yang boleh menghalang penglihatan pemandu. Banyak lagi kebaikan yang tak dapat saya nyatakan di sini. Oleh itu saya berharap pihak berkenaan perlulah mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan membenarkan penggunaan cermin gelap. Janganlah hanya segelintir golongan tertentu sahaja yang menikmati keselesaan itu kerana cermin gelap itu adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara Malaysia kita ini. Pemandu Biasa Seremban

(Sumber UTUSAN MALAYSIA - 12/08/2010; 3Ramadhan1431)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Keratan artikel:



Wednesday, August 4, 2010

Apa Yg Lu orang type??

waaahhh..diam tak diam lama gak gua senyap tak post pape. bukan pe, lately mmg gua bz sket. dengan kenduri sana sini, dengan travel sana sini. keta gua tu pun tak de pe benda yg bikin selain tukar bearing. Lagipun gua skang tengah sengkek beb. tgh kumpul modal mau cari power steering, rim sama tayar baru. ada modal kalu, sebelum raya la mau sambar. Topik yg gua bg kali ni menarik sket. kdg2 gua nk tergelak pun ada sbb tgk viewer2 kita tak kira dr luar ke ataupun malaysia, nk cari something dorg akan type kat google search which is yg kdg2 ntahapaapa yg ditype. kdg2 benda2 yg tak masuk akal org type, kat google tu then masuk kat kelabsaga ni. paling banyak berkenaan dengan part2 kereta la. mana gua tau?? hehehe..ada laaaa

Apapun, gua nk ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Pose jgn tak pose!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails