Wednesday, June 23, 2010

Radiator


Last week gua pi Terengganu sbb konvoi cousin gua nikah. Gua gerak hari jumaat lepas&balik hari Isnin. Kira gua cuti 4 hari la. Syok gak sbb gua pun dh lama xbercuti dan yg paling penting kereta gua dh lama xtravel jauh2. Yeap, teori gua sng. Kalau nak tau performance kereta sejauh mana, try travel jauh2 supaya lu blh tau apa2 problem dr segi enjin. Cam biasa la, sminggu sblm gerak gua dh abis belek2 kereta sbb gua xnk ada problem tgh jalan. On the way balik, gua dpt detect radiator gua ada air karat keluar kat tepi penutup tu. Ikutkan mmg dh lama ada lelehan tu&gua dh pun sumbat bocor yg sebesar lubang jarum tu. Puncanya ada mamat bangang yg kat bengkel masa keta gua hantar cat dulu tu cabut getah kat penutup tu main tarik je sbb ketat sgt. of course la benda tu blh patah sbb radiator kita ni material dia tembaga. bukan kuat mana pun!
Sampi KL tghari, lps bwk kuar brg, gua p bengkel trus.

ada 3 spot lelehan air dr tangki.

Apa2hal, lu org tau apa itu radiator? Radiator adalah satu alat yg berfungsi utk sejukkan enjin kereta. Air yg ada dlm radiator tu plak befungsi sbg penyerap panas & dia akan rotate bila masuk dlm enjin once air yg dlm tangki tu dh di sejukkan. (tgk gmbar)


Air yg mengalir dr radiator tu dinamakan "water pump" dan terus pi ke mesin (yg biru tu) dan menyerap panas dan dia akan rotate pusing semula ke radiator untuk di sejukkan (yg merah tu). Biasa org akan guna air paip, air mineral atau pun coolant. Ada sesetengah coolant berupaya menyejukkan enjin berbanding air paip serta mampu mengelakkan karat berlaku pada tangki radiator sekaligus menjadikan menatang alah ni akan dipenuhi dgn karat yg akan menjadikan enjin xdpt sejuk sbb air dlm tangki xmampu disejukkan sepenuhnya. (betul ke ayat gua?cm pjg je)

Water Cooling System atau pendingin air ada beberapa komponen. Antaranya:

- Radiator : Berfungsi sebagai tempat menyimpan air serta menyejukkan air yg dtg dr enjin. Cara penyejukkannya dengan menggunakan kipas yg terdapat pada radiator.
- Water pump : fungsi nya circulate air ke dlm cooling system / pendingin
- Penutup Radiator : benda ni pun ada fungsi jugak untuk atur tekanan dan suhu air penyejuk dlm radiator.



Actually ada lg beberapa part yg penting yg xdisebut. Tp perkara kat atas tu adalah main point radiator. apapun, tgk rajah yg gua attach utk lebih paham. Bebalik pd radiator gua yg problem tu, kena la dkt RM70 siap servis memandangkan radiator gua mmg xpernah servis. So gua tunggu dkt 2jam tgk pebenda dia buat. Gua tgk mmg kotor gile radiator sbb banyak karat dan ada yg tersumbat. Tp nasib baik la takde problem spanjang gua guna kereta. Apapun, blh tgk gambar2 yg gua amik. So, harini dpt la bjar sesuatu ttg "kereta kesayangan gua". Chiow!


Tuesday, June 15, 2010

distributor



Yo..finally. dpt gua buat ini entry. lately mmg bz giler. keta gua pun jarang2 dpt start. kali ni gua nk sembang psl distributor. pejadahnye menatang ni? gua pun bukan la pandai benor, tp ada la sikit2 info yg gua dpt dr kawan2 kita untuk malumat lu org suma agar tau fungsi menatang nih. Apa tu distirbutor? distributor tu adalah alat yg berfungsi untuk menghantar aturan nyalaan pada setiap ruang pembakaran..so distributor ni lah yang akan menghantar nyalaan pada setiap spark plug sebelum ianya dipercikkan pada ruang pembakaran..distributor ni kebanyakan kereta lama saja yang pakai n sekarang kebanyakan kereta guna ECU untuk menghantar aturan nyalaan bg kenderaan. credit to forum yg bagi maklumat. gua nk explain pn susah walaupun tau pe benda tu. Ok, ni plak gua dpt info dr web, A distributor is a device in the ignition system of an internal combustion engine that routes high voltage from the ignition coil to the spark plugs in the correct firing order.



Ok, lebih kurang je la explanation dia. dlm distributor tu plak ada rotating arm. The metal part of the rotor contacts the central high voltage cable from the coil via a spring loaded carbon brush. The metal part of the rotor arm passes close to (but does not touch) the output contacts which connect via high tension leads to the spark plug of each cylinder. As the rotor spins within the distributor, electrical current is able to jump the small gaps created between the rotor arm and the contacts due to the high voltage created by the ignition coil. (pergh..ckp omputih la plak.) ni gua amik info dr web. berkenaan fungsi menatang nih. senang citer, rotor yg kat dlm tu berpusing menghasilkan tenaga electric. nak kasi lagi faham, lu org tgk gambar.


untuk pengetahuan, keta gua jenis saga orient which is menggunakan distributor jenis 8 valve. ada 1 jenis lagi 12 valve utk kereta yg model baru sikit dr saga. distributor ni gua xpenah sentuh lagi sejak beli. maknanya gua kena berjaga2 sentiasa. dengan adanya hubungkait distributor yg menghasilkan api/ voltage bersama dengan coil, pun menjadi salah 1 punca timing lu org blh jadi sewel kalau salah 1 barang ni problem. So, kena berhati2 bagi pengguna2 kereta jenis lama yg masih menggunakan distributor ni. Apa pun, blh kongsi bersama gua supaya blh tukar2 pendapat sbb proton saga ni mmg banyak yg DIY kalau nk bandingkan dengan kereta2 yg jenis model terbaru. tak kira la dr segi parts ke semuanya blh dibikin sendiri kalau ada confident. Cargas!

untuk berkongsi maklumat, blh email kat gua joey_tribianni23@hotmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails