Thursday, May 20, 2010

Out of topic sket..


Sapa minat iphone? Yg original la, bukan china punye. Kalau lu org nk menang iphone ori, blh join contest member gua. mana la tau ada rezeki ke. cara gak kalau menang. Gua tak sempat nak post panjang2 psl kereta sbb gua mmg bz gile lately. Apapun layan.....


http://rezekiknenterprise.blogspot.com

http://rezekiknenterprise.blogspot.com

Thursday, May 13, 2010

Driveshaft Cover

gambor Spider Journal



Alahai, sedar xsedar dh bpe hari gua x on nk post blog dek kerana bz. Kali ni gua nk sembang psl driveshaft cover. Apa jadahnya driveshaft tu? Ok, driveshaft tu alat yg menghubungkan enjin dgn tayar, yg membawa tenaga drpd enjin untuk nak gerakkan tayar. Sesapa ada ayat yg cun, blh tlg gua explain. Kalau cek kat google pun ayat lebih kurang la jugak. Gua nk sembang psl cover getah yg ada kat driveshaft tu. Cover tu teramatlah penting. Bagi mengelakkan benda2 yg tak diingini masuk dlm tu yg menjadikan kereta lu org akan dtg la penyakit lain plak. Ramai org tak perasan atau pun xpernah amik tau sbb benda tersorok. Kena dok usha2 bru la nampak.

Alkisahnya nak dijadikan cerita, gua ni jenis kalau 1 hari cuti tu mmg gua suka dok usha2 luar dlm keta gua. Sebabnya kita dpt tau benda2 yg patut kena repair. Kalau benda tak penting, mungkin blh tunggu ckup bulan atau bila ada sen. Tp kalau benda2 yg melibatkan part2 yg penting, mmg kena immediate ganti. Gua punye jenis, tak suka time nk travel jauh2, barula terhegeh2 nk cek keta. Gua punya style, start enjin jalan. Oleh sebab tu, bile ada masa lapang, gua akan belek2 keta supaya gua dpt tau apa masalah keta supaya senang bile time nk travel. Lg 1, gua kalau boleh, ckup tak suka breakdown tgh jalan. Mmg la org ckp malang tak berbau. Tp kalau kita alert gua yakin xde hal. Kalau bujang xpe, tp kalau yg dh ada anak bini? Kesian tgk keta breakdown tgh jalan dgn ank isteri berpanas tggu org dtg tlg. Kalau yg ok, xpe. Tp kalau yg jenis cekik darah? Sure ratus2 terbang. So, gua seboleh2 nak elakkan breakdown tgh jalan atau tepi highway. Apapun kita hanya merancang. So far selama keta yg gua pakai, Alhamdulillah la mmg xpernah breakdown kat highway. Sbb gua akan cek habis2 bila ada mase lapang.


Ok, critanya hritu gua terperasan la pulak cover driveshaft cover sblh kanan tu koyak. Tp sebelum tu nk kasitau, biasanya driveshaft cover ni ada 4. Means dr kiri sampai la kanan ada 4 cover. 2 untuk yg dekat dgn tayar kiri kanan dan 2 lagi yg dkt dgn gear box sama gak kiri kanan. Yg gua maksudkan cover koyak tu yg sblh kanan dkt dgn gearbox. Yg kiri&kanan dkt tayar tu dlu gua dh ganti gak sblm tu. Gua tgk 1 kali sudah koyak. Gua pun pegi bengkel tanya untuk mintak ganti sbb gua tools xckup. Kalau wiring kecik2 mungkin xde hal. Lepas ganti, gua balik. Xsampai seminggu gua saja cek2, ayyaakk..tgk yg sblh kiri plak la koyak. yg kat gearbox jugak pulak tu. Pulak tu gua baru terperasan 1 lg cover steering rack gua sblh kanan sudah koyak jugak! Tepuk dahi gua tgk. Mcm2 hal. Gua tak prasan lgsung sbb bila steering lurus, mmg nampak mcm cun je cover tu. Tp kalau kita pusingkan kiri atau kanan, nampak la koyak. Waduh2..So, gua pun pe la ganti 2 benda tu. Memandangkan yg sblh kiri punye cover tu dkt dgn gearbos, so time dia bukak tu kluarla minyak gearbox. Kena la pau lagi gua sbb minyak gearbox kena tambah. Bermakna skg ni keempat2 cover gua baru. So puashati la sket. Lama la tahannya. Xde la gua riso.

cover kat steering rack. ada kiri kanan

Mcm entry yg gua sembang masa awal2 dlu, selalu tgk apa yg pomen bikin kat kereta lu org. Sbb kita blh blajar apa yg patut kita tau. Ok, berbalik pd driveshaft td, kat hujung driveshaft tu dia ada cm roller utk memusing dipanggil "spider journal". ada org kata CV joint. Gua pun confius. Lps masukn menatang alah tu, untuk kasi ikat jgn bagi tanggal, dia ada clip atas tu. Clip tu dia panggil "snap ring". Lu org blh bayangkan tak, dia dh siap2 pasang cover, dh nak masukkan driveshaft tu tiba2 gua terperasan yg snap ring tu dia tak pasang! Gua punya la hati panas, kasi sound itu pomen. Benda cm tu walaupun kecik, penting. Kalau la gua tgh2 rembat tiba2 tanggal, tak ke naya. So, pesanan gua rajin2 la tgk2 kalau pomen bikin keta lu org. jangan main tinggal je. tak tau apa dia bikin. tau2 kena byr beratus2. Benda dlm enjin takkan nampak melainkan lu org punye keta problem baru tau apa dh jadi. Kesimpulannya..berhati2 serta alert. Sbb tu keta lu org jugak. apapun, tgk la gamba2 yg berkenaan. Chiow!


steering rack cover yg warna biru tu

Monday, May 10, 2010

wiring for player

wayar kuning tu ada fius, utk memory. wayar tu ke battery

Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas radio player gua tak hidup. Gua ni bukan la jenis tiap kali nak naik keta je kena on radio. So gua pun xamik port sgt la hidup ke tak. Kdg2 xsedar pun. Selalu yg rajin on kan radio anak gua. Kalau dok depan, dia la yg on radio nk layan lagu. Bila tekan2 je xhidup. Gua pun pelik. Try la gua tekan reset button, sbb slalu kalau xhidup mmg kena reset dlu sblm on. tu pun kalau ada cabut bateri. Tp yg gua pelik dh reset pun xmau gak on. Tension punye psl, bsoknya gua try lg. Masih gk xblh. Aduhai, lps satu2 masalah. Gua roger ke accessories dan tanya apahal radio gua xleh hidup. Lepas check2, dia kata nak kena tgk satu2 dlu. mungkin player gua yg dh rosak, mungkin kabel gua, mungkin wayar api&mcm2 lagi mungkin. Dia kata wiring dh lama kena bikin balik. Untuk wiring baru sahaja dlm RM70 atau mungkin lbh. Takut ada yg terputus. Termsuk la kabel ke speaker gua skali. Dlm hati gua kata, pejadah kena mengena player gua dgn speaker?? Then, gua ckp xpela. kasi psg balik, nanti gua dtg. Sempat gak dia pesan kat gua, jgn lama2 sbb takut wiring problem blh kasi rosakkan benda2 lain. Gua angguk je. Dlm kple gua pk mana nk cri sen repair. Kurang2 dkt serat tu. Belum lagi yg lain2 rosak.

wayar oren yg gua connect tu wayar suis wayar merah lak wayar speaker kiri

Sampai umah, gua xpuas hati gua bukak sendiri player tu. Gua check satu2 wayar kot2 blh tau ada yg putus ke. termasuk la fius luar&dlm. Utk pengetahuan lu org, fius keta gua bukan takat dlm kat bwh steering tu je, kat luar pun berlambak2 dgn wayar bersepah2nya. Dlm tu pun siap ada fius. Gua pun xtau la wireman bodo mana yg kasi bikin wiring itu mcm. Ni sume betapa terernya owner lama dlu membikin keta tu. Habis gua check sume, jumpa la 1 fius ke bateri terputus. Gua ganti fius pun masih gk xhidup. Gua tension xpuas hati, gua cbut itu player kasi bwk p kedai member gua. Takut la gak kalau player gua yg bermasalah ble teringatkan kata wireman tu. Sblm tu pun gua da gak la survey kat internet kalau2 ada org mau jual player murah2 ke nk ganti. Untuk pengetahuan, member gua ni ada kedai membaiki brgan elektronik. So mcm2 la brgan elektronik yg dia repair termasukla player kereta. Kdg2 wiring keta pun dia blh bikin, menjadikan kos repair lg murah banding dengan hantar accessories. Gua ckp dgn dia, tlg checkkan player gua. Blh hidup ke x. Boleh on kalu, means ada something wrong kat wiring keta gua tu. Kalau xblh, tlg check atau repair kalau btul player gua rosak. Dia pun kasi try, blh hidup! aha.., means gua dh dpt detect yg something wrong kat wiring keta gua.


Hitam lak wayar grounding putih hitam tu plak speaker blakang

Gua pun balik umah, try la check balik wiring. satu2 gua check, dpt la detect ada 1 lg fius tersorok dh putus. sama wire kat suis gua yg problem. Lps ganti, adalah dlm sejam, radio gua sudah blh hidup! So gua kasi kemas balik&pasang siap2. So save la duit gua yg gua tak tau mau korek mana kalau kena beratus2. Sume ni kne try&error dgn berhati2. Kalau silap mmg blh jd masalah kalau wiring shot yg blh kasi rosak wire2 yg lain. Mula2 nk bukak pun gua cuak gak sbb takut slh psng wire. Sbb diagram kat player tu x match sgt dgn wiring sbnr keta gua. Apa yg gua buat, gua mark satu2 wyar so that blh ingat&xsilap psang lps gua bukak. Apa yg penting ada 3 cable yg menghidupkan player tu. Once dh blh on, yg lain2 xde mslh nk smbung. Apapun, gua nk ucap terima kasih kat anak gua sama bini gua sbb bg gua sedar yg ada something wrong kat keta gua. So pasni blh la layan...Cargas!


Friday, May 7, 2010

Lu orang pakai minyak apa?

Wa nk sembang psl minyak petrol yg lu org pakai seharian. Bukan apa, setiap minyak yg lu isi tu dh tentu menggunakan duit. Ada stgh org isi minyak tak kisah. Mana ada dpn mata, tu la dia akan berhenti&isi minyak. Tak kisah pun Shell ka, Mobil ka, even Caltex skali pun ok. Janji kereta ada minyak, blh rembat mana2 je yg lu suka. Sementara ada stgh org plak, begitu perihatin ttg stesen minyak yg dia pegi, minyak apa yg dia isi. Manakala kategori yg lg 1 ni plak, dia kejar reward. rewad sana, reward sini. REWARD. Jesse Labu..hehehe...Bg mereka, reward ni yg akan bg keuntungan pd pengguna dgn menebus mata ganjaran bermacam2 pesen.


Gua plak termasuk dlm kategori setia pd yg satu. Masa awal2 kemunculan kereta proton gua tu, banyak isi minyak Mobil. Salah satu sebabnya, dkt dgn area umah gua. Dlm setahun cmtu la pakai, enjin gua bunyi lain mcm. Tp sblm tu, kepada peminat mobil mclaren, jgn hati panas k. Gua bg pendapat. xde kena mengena pn antara yg hidup atau yg tak hidup. Lain org lain citarasa dia. So, berbalik pd minyak yg gua pakai. Ni gua cite psl kereta gua. Maklum la, kereta old school. Kena la extra care. Tiap kali dh travel sana sini, bila smpi destinasi nk of enjin je, lain mcm. enjin takkan off mcm tu je. srupa mcm pakai turbo timer plak. So gua bajet yg minyak tak sesuai blend dia dgn enjin menjadikan kaburator gua jd kotor. Kemudian gua tukar jenama lain plak. Jenama yg disyorkan oleh doktor2 gigi seluruh dunia..heehe..pun sama gak..bau minyak dia naik srupa mcm bau minyak tanah. Serious gua mmg tak tahan. Blh dikatakan smua jenis jenama minyak yg gua dh try tp sama je masalah.


Dipendekkan cerita, minyak petrol yg last skali gua try Petronas. Yeah..bukan nk banggakan dorg la, sehari dua pastu enjin gua dh ok. nk off pn sng. xde menggigil2, nk start pn sng. Ada stgh org kalau keta old school (yg jenis enjin standard mcm gua), kalau nk start mesti nk tekan2 minyak dlu konon nk bg naik minyak kat kaburator supaya sng hidup. Tp keta gua maksimum 2x start. Tanpa tekan2 pedal minyak. Sampai la ni. Gua pun bukan nk kondem stesen2 minyak yg ada kat Malaysia ni. Masing2 ada pendapat sendiri dengan kenderaan yg dia guna seharian. Tp kalau nk tanya psl gua, Petronas mmg sesuai dengan enjin kereta gua. Minyak pn jd jimat, kereta pun bunyi smooth enjin jd bersih. (katanya la) Citenye cmni, mula2 gua xtau apahal keta gua bila off enjin je jd menggigil. Mengikut kata member gua sbg pomen, valve gua dh kotor. Hitam berkeladak mcm kuali. Tu sbb jd cmtu. Secara tak sengaja, gua terpandangla gambor kat stesen petronas tu ada gambor valve sblm pakai minyak dia kotor valve nya, lps tu bersih. So gua pun try la pkai. Mmg ada beza. Lps pd tu xde lg dh menggigil so gua yakin yg valve gua dh bersih. Mungkin xmcm baru, atleast kurangkan msalah gua. Kesimpulannya, minyak Petronas mmg sesuai dgn kereta gua. Produk terbaik dr ladang. Bangga jugak la produk negara sendiri yg blh selesaikan msalah gua.

Mmg tak dinafikan petronas pn ada bikin rewards sana sini, la loyalty card la. Gua tak nafikan jugak gua mmg ada card tu. Tp gua tak amik pusing pun reward2 pejadah ni. Bg gua, gua nk isi minyak, jalan...Takat dpt payung, beg, apa la sgt. Lain la kalau dpt BMW ke, Honda ke cm yg dorg wat contest dlu tu. Ke dpt RM100,000 ke mau gak terbeliak mata gua. Tp tak dpt menda pun, so better diam2 sudah. Kalau takat menang RM100 sbg pemenang bertuah, toksah la nk kecoh2. Beribu duit habis isi minyak, tp dpt RM100 pe barang? Isi sekali je dh penuh..hahaha


*lupa plak, ada msa gua upload gmbar valve yg gua citer tu
** cite ni xde kne mengena dgn sesapa pun

Wednesday, May 5, 2010

Meter

Untuk entry kali ni, gua nak sembang psl meter. Ala meter yg kat dashboard lu org tu la. yg ada fuel, tempreture sume tuh. Masa mula2 keta dpt, meter kat dashboard mmg out. RPM xhidup, meter minyak jd xbetul kejap ok kejap x, dan yg paling gua risau temperature. Naik kereta, benda yg paling utama kalau memandu kena dok rajin perhati tempreture. kalau overheat, sendiri mau ingtla. dr gasket sampai la ke benda2 lain jahanam. So watchout. Meter asal kete gua tu bukan takat RPM je xhidup, trip meter lgsung xberfungsi. Bg gua, trip meter pn 1 benda penting kena ada. Senang kita blh tau bpe kilometer kita dh berjalan, bila minyak hitam nk kena tukar, bila timing belt kena ganti. Jangan tiba2 tgh drive belting putus masak la jwbnya. Disebabkan trip meter gua mmg xjln, lu tau apa gua buat? tiap2 bulan gua tukar minyak hitam sbb keta gua byk pusing2 tiap2 hari. Hehehe..Disebabkan RPM gua xhidup, gua tergerak la plak psg meter tambahan utk RPM. tp meter tu xsesuai sbb berat sgt. dh adjust pn still berat sbb meter tu utk enjin turbo.

yg sblh kanan tu RPM gua

Lama gak gua pk cmne nk settle kan masalah ni. Sbb payah jugak kalau nk adjust timing kalau xde meter. Dlm pd tu gua try2 la usha kat internet mana la tau kalau2 ada yg jual murah2 ke. Tiba2 gua terpandang 1 meter ni. Ada sorg mamat ni nk jual, dia kata mmg ngam utk saga. tp kena modified sket. Meter tu lain dr yg lain sbb digital. Gua pun berkobar2 dengan pantas p jumpa mamat tu&tgk2. Yeap, mmg sama meter digital kereta member gua which is kereta asal adalah Mazda. Tp blh ke ngam? dh la wiring pn lain. Beria2 brader tu yakinkan gua yg mmg ngam sbb org dh byk pakai. (even org yg byk pakai tu gua xpernah nmpak pn) Gua pn angkat la itu meter. Dlm pd tu dia try promote kat kwn dia yg blh modified meter tu. Sabtu, gua turun jumpa mamat tu. Mmg gua respect mmat tu mmg terer bikin brg2 eletronik. Tp mmg lama giler. tghari gua sampai, mlm baru siap. Apapun, credit pd "org kita" yg ada kelebihan tersendiri..




Meter yg gua dpt ni mmg rare. sbb pe gua ckp cmtu? Mengikut kata pomen yg pasangkan meter ni, smua berfungsi. Maksud gua tempreture, minyak, RPM, termasukla jugak trip meter. Sbb kebanyakan kereta2 yg dia modified kan meter utk masuk kat dashboard mmg takkan dpt meter minyak. Maknanya meter minyak kalau isi banyak mana pun signal takkan ada. So bergantung pd warning yg muncul kalau minyak dh kurang. Parah jugak kalau kena mcm tu. Kita susah nak jangka kalau tiba2 tmpt yg kita lalu tu stesen minyak dia jauh lg. pdhal warning dh menyala2. Apapun kalau sesapa yg berminat, gua blh rekemenkan pomen power ni. So tak malu la yg org kita pn ada yg berkemampuan. cuma jarang jumpa je org2 mcm ni...jumpo laie

Tuesday, May 4, 2010

Alternator

wiring diagram

Ok, harini gua nk bercerita ttg alternator. Apa tu alternator?? ok, alternator adalah power generator iaitu penjanakuasa elektrik untuk menukar AC kepada DC serta control voltage yg dikeluarkan. Selain drpd tu, ada voltage regulator pada alternator tersebut untuk control output voltage pd 14V +- DC. Lebih kurang gitu la. Nampak skema sket la pulak. Nak cite psl alternator ni psl kat keta gua. Sblm ni gua mmg xamik port lgsung pn psl alternator ni. Apa lg nk tau psl mentang alah ni sbb yg gua tau sume punca drpd bateri!! hehehe. Tp anggapan gua silap bila 1 hari gua tergerak untuk psg voltage meter kat dashboard keta gua. (tgk gambor)

sblh kiri tu voltage meter(ayam brand je)

Lps psg meter tu, gua asyik dok perhati je meter tu yg jadikan gua sedikit pelik sbb gua tak faham masa mula2. Mmg la kalau ikut logik, meter tu jgn smpi kat merah tak kira la yg bawah ataupun atas. (ikut teori gua la) sbb akan berlaku something pd keta gua. Tp tu zaman2 tak arif ttg menatang tu. So tiap kali gua drive xkira siang ke malam, ada perbezaan tp penunjuk meter tu. Mula2 tu gua anggap biasa. Sampai la satu hari gua buat kesimpulan yg ada kaitan dengan alternator. Xmungkin bateri, sbb bateri gua mmg baru ganti. Kalau kat highway gua rembat dot naik smpi 12V. Kalau long distance, ada satu masa dimana meter tiba2 drop jd 10V! Tak lama lps tu, naik balik ke 12V. Bila psg aircond, lampu dia akan ke 11V. Gua jd heran knp tak blh naik 13V atau 14V? Gua pun cek la alternator sbb dlm kepala gua bajet alternator dh nk kong & sbb tu tak blh cas & voltage jd sewel. Gua takde bwk p kedai sbb kalau hantar bengkel dh tentu merepek2 digantinya. So gua buat keputusan utk cek sendiri dlu. Tgh dok gua belek2 tetiba ternampak wayar cable kecik yg ke alternator tu dh luka. Kalau lu org prasan ada 1 skru terkeluar kat alternator tu utk ikat cable kecik pakai nut size 8. Cable tu la dh koyak. No wonder la meter dia sewel & alternator xdpt charge dgn betul. (tgk gambar)

skru kecik tu (gmbar ni gua jumpa kat internet)

So gua pn try la nk bukak skru utk bawak kuar cable tu. Punye la ketat skru bersaiz 8 tu. Mgkin sbb xpernah bersentuh. Tgh dok try bukak tetiba patah lak skru tu. Waduh2..cmana ni sih. Gua dh pening. Mmg patah dlm. Cmne gaya lak nk ikat cable tu? Gua pn dgn pantas amik la gam heavy duty, konon igt blh la lekat. Lps repair cable gua try gam kat batang skru tu. blh lekat tp xtau bpe lama sbb gerenti akan cair sbb alternator tu panas. So gua mintak tlg bapak gua tlg hantar kat bengkel kawan dia sbb gua kerja. Tp sebelum tu gua dh tunjuk siap2 yg alternator xde problem. yg problem batang skru tu patah. So bengkel blh modified bukak alternator tu&ganti dgn skru lain yg sama jenis. Mmg kalau gua banyak masa kat umah, gua bajet confirm gua blh bukak sendiri. Pg sok bapak gua hantar bengkel. tghari pomen tu sendiri call gua. Dia ckp alternator tu dh rosak. Skru dh patah. Pastu gua ckp la mmg la gua dh tau sbb tu la gua suruh bapak gua hantar kat lu. sengal btul.. Pstu dia ckp mmg tak blh modified sbb dia patah dlm. Kena ganti seketul alternator baru. Pergh, gua menyirap. Nak suruh bapak gua bawak balik dia dh bukak alternator tu. Batang skru yg gua gam tu pn dia dh cabut. Nak tak nak terbang la RM180 gua!

Gua ada pesanan la utk kwn2 kat luar sana tu tak kira apa jenis kereta especially "org kita" la. JANGAN terlalu percaya dengan kata2 pomen 100%. Sbb lu org mungkin kena kencing. Setiap org yg pakai kereta, bg gua lu org kena tau sket2 psl jentera yg lu org pegang. Jangan 0%. Kat sini la dtg pentingnya knowledge sket2 psl kereta. Tak perlu la jd terer mcm pomen. atleast tau apa msalah kereta supaya bila pomen ckp A, kita dh tau yg sbenarnya B yg problem bkn A. Kena igt tu. Org meniaga mesti mau untung. Untung plak takmau yg kecik2. Untuk apa dia bersusah2 untung RM20 kalau dia blh untung RM200 ye tak?? Gua banyak belajar ttg kereta yg gua pegang dr kwn2 sedara mara dan jugak pengalaman sendiri. Jd gua tau la serba sedikit tentang sakit kereta gua. Kalau pn tak tau cara nak repair sekalipun, janji kita tau apa sakitnya pn dh ckup supaya tak kena kelentong dgn bengkel. Seperkara lagi,, selalu2 la survey harga barangan sblm beli. Lu org bayangkan alternator gua tu original mitsubishi tu. Gua mmg yakin yg alternator xde mslh. Selang seminggu, gua kenal ada sorg pomen ni "org kita" yg blh bkin alternator. Bukan takat tu je, mcm2 gak dia blh bikin. Kalau berminat, gua blh rekemen.

Lps ganti alternator baru sama cable yg telah dirawat, voltage meter gua naik pd 14V which is yg gua harap2 kan. Sbb gua caya yg kalau alternator cantik, plus wiring ok, mmg confirm voltage akan cun. Kalau normal tanpa aircond, voltage meter akan menunjukkan 14.4V which is standard. Manakala kalau bukak aircond, lampu dan lain2 current akan turun ke 13V. Kalau bawah pd 12V akan jd tak normal. Mungkin ada problem pd alternator yang tak blh cas dgn betul. Itu la pentingnya voltage meter untuk pemantauan bg kelancaran alternator. Kita blh cek brapa voltage yg kita gunakan setiap kali sesuatu suis atau butang ditekan. Contohnya aircond, radio, lampu, waima signal sekalipun akan menampakkan penggunaan voltage. So kita akan lebih alert pd kenderaan yg kita pakai sehari2.

Untuk maklumat lu org, alternator terdiri daripada komponen2 gabungan kutub magnet yg dinamakan "rotor" dan didalamnya terdapat gelungan kawat magnet yg dinamakan "stator". Alternator ni akan mula berfungsi time enjin dihidupkan untuk disalurkan serta mengubah AC kepada DC. Alternator diputarkan oleh crank pulley yg disambung ke alternator melalui belt. (tgk rajah). Masa enjin hidup, alternator pn akan berputar untuk cas bateri. Selagi enjin hidup, selagi tu bateri akan di cas. Bateri takkan overcharge dengan adanya regulator kerana tugas regulator tu plak sbg alat pengatur atau voltage limit. Dlm regulator tu ada diod yg dinamakan rectifier. Alternator blh rosak dan ada 2 tanda yg berlaku:
1- Undercharge - dimana alternator tak mampu nak cas bateri
2- Overcharge - bateri akan di cas berlebihan


Disitu la pentingnya voltage meter yg gua ckp td tu. Supaya blh tgk samada overcharge atau undercharge. Kalau overcharge, meter akan lebih dr 14.4V manakala undercharge meter akan kurang dr 11V. Kalau voltage meter xde, blh tgk pd meter dashboard. Kalau indicator bateri tu menyala, maknanya bateri tak ckup cas atau alternator tak mampu nk cas. Ni yg biasa berlaku kalau alternator dh kong. Tp tak membahayakan kereta lu org. Mcmana plak kalau overcharge?? indicator bateri takkan menyala, dan mungkin anda tak sedar pn. Benda ni membahayakan litar elektrik & alat elektronik pd kereta lu org. Kalau sesapa yg pakai bateri jenis basah, bateri akan jd cair&blh meletup. Pendapat gua, tu la pentingnya voltage meter dipasang supaya blh tau.

Tp, bg yg jenis tak berminat nak psang voltage meter, blh kenalpasti kalau alternator overcharge. Antaranya:
1- Lampu kenderaan dan semua lampu tiba2 menjadi terang dan kemudian normal semula.
2- Wiper kenderaan bergerak laju walaupun menggunakan suis yg paling perlahan.
3- Air Con tiba2 blow angin kuat.
4- Fius blow beberapa kali .


Mcm2 lagi perkara pelik blh berlaku kalau anda alert sbb smua ni pakai arus elektrik drpd bateri. Alternator sebenarnya ada built in auto voltage regulator untuk mengontrol nilai output voltage iaitu 14.4V. Jika auto voltage regulator ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam, serta menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow atau terputus disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan. Jadi, kesimpulannya setiap bahagian2 didalam kereta lu org perlu alert. Jangan smpi dh jd msalah besar baru nk jumpa pomen. Time tu sendiri mau ingt la bro...
* kepada pembaca2 kat luar tu, kalau gua slh bg info tlg la betulkan. gua bukan pomen.

Monday, May 3, 2010

Transformasi


bonet keta pn dh tahap gaban bwh bumper tu xde ketuk langsung. Main simen je

Untuk entry kali ni, gua nk sembang psl transformasi kereta gua. Senang citer body paint la. Kalau nk ikutkan gua lebih suka rileks dlu utk bikin body&cat kereta gua. Prinsip gua, selagi kereta belum cun "sepenuhnya", mmg gua takkan sentuh utk tembak kaler lain. Gua cukup mementingkan performance enjin dlu, baru pk psl body. Cuba lu bayangkan kalau keta dh cun2, tetiba masuk bengkel. Kena plak pomen dok pegang2. Aduh, sedih gua rasa bile tgk bertompok2 hitam melekat. Masa kaler lama dlu, seingat gua banyak jugak la bekas2 cop mohor diraja oleh pomen yg ada setengahnya gua tembak pakai chemical pn xnk ilang! nasib baik la kaler lama, kalau dh cat? lu bayangkan betapa sedih dan pilunya gua tgk. kalau nak ikutkan masa tu dh 60% la keta dh ok pd pandangan gua. Ok dr segi performance la. Maksud gua kalau nk travel jauh2 dh xde mslah. Xde banyak ragam. Cuma target gua nk sumbat VR4 sama masuk sunroof. Tp apakan daya. Modal tak pernahnya ckup. Tgh gua dlm process mencari port2 yg murah2 wat enjin, bapak gua lak ckp suruh buat body sama cat baru. Sbb buruk sgt. Kena plak dia dh ada keta baru. Jd nampak sgt la keta proton gua tergolong dlm ranking yg paling corot antara keta2 adik beradik gua.


pandangan sisi lps kena barai, kena gosok ler body tu

Masuk minggu kedua bapak gua bising, gua dh tak tahan. Gua pun dgn pantas p usha kedai2 cat area tempat gua. sume mahal gile. tetiba gua jumpa 1 kedai bikin body. Gua pn wat appointment dgn brader tu supaya dia dpt nilai brapa agak2 body yg gua kne byr sbb dh teruk sgt. Tgk lebih kurang halal, dia ltak harga RM300 utk simen body dlm masa 2 hari. Time tu gua tak mintak cat lagi. Gua bajet mau simen body dlu. Lepas 2 hari, gua dtg nk amik keta. Lu org blh bayangkan tak yg keta gua serupa mcm tak bikin simen. Gua diam dlu. Rileks. Gua belek2 tgk mana yg dia buat. Pergh..mmg sakit hati. Kalau lu org tgk, kat spoiler tu sblh hujung ada bekas kemek kena langgar. Tp lu org tau apa dia bkin? bukan ketuk bagi sama balik mcm asal, tp dia tutup dgn simen mcm tu je. Dlm hati gua dok maki2 sbb yg bikin tu pekerja dia. Terbang RM300. Balik umah gua cek balik mmg banyak tempat2 yg gua tunjuk suruh buat, tp dia tak sentuh langsung.


pandangan sisi dh siap di gosok. Keje mmg teliti

Rupa2nya keta gua parking 2 hari kat bengkel tu ada member2 gua nampak. Sume dok pakat suruh gua tarik kuar kereta hantar dgn kawan yg diaorg kenal tak jauh dr bengkel bodoh tu. Lps gua bincang2 dgn tuan bengkel tu, gua stuju la dgn harga yg diberi utk repair body sama tembak kaler baru. Ada la dkt 2 minggu. So sepanjang kereta kat bengkel, mmg gua tiap2 hari balik keje akan singgah tgk apa yg dia bikin. Dari start dia barai sapai la dia polish, gua mmg ada. Bengkel ni mmg ok, dari segi body repair termasuk la ke tembak kaler. No wonder la bengkel ni pernah masuk malajah kereta sbb banyak warna yg pelik2 dia pernah bikin. Cuma yg sedikit kecewakan gua tang finishing. Bukan finishing utk body paint, tp finishing dr segi pemasangan semula accessories2 yg berkaitan. Kurang kemas. Adakalanya yg sampai koyak getah2 gua. Gua kalau benda2 melibatkan kereta ni, mmg smpi yg kecik2 pn gua cek. Maklum je la, kita dh byr 1 hal, lg 1 plak tau je la takkan kita dh kuar beribu2, tp bile kuar bengkel kena kuar lg duit psl benda yg tak sepatutnya kita ganti ye tak? Banyak la jugak part2 lain yg kena ganti sbb dh sezen benor. Seblum gua terlupa, untuk pengetahuan, cermin dpn gua pn dorg kasi bukak&letak silicon baru. Kalau lu org nk tau dlu mmg kalau musim ujan, lantai dpn keta gua blh banjir sbb air masuk dr cermin dpn. Ada lubang karat betul2 kat dpn mata gua sblh atas. So tak nak 2x keje, kasi buat sekali ler. Apa pun, lu org tgk je la gambar2 yg berkenaan. Chiow!




ok, lps proses gosok, dia akan letak simen utk tutup lubang. Then gosok balik. warna ni is a based color




ok, ni kaler yg aku request. "Metallic light green. Code G09"

Saturday, May 1, 2010

Aircond

Aircond layout utk pemahaman lu org

Benda pertama sekali yg gua sentuh pd kereta gua tu adalah aircond. Ya, aircond adalah salah 1 benda penting yang bg gua semua kereta MESTI ada. Diulangi, MESTI. sebabnya? Ada sesetengah org tak kisah kalau kereta mereka takde penghawa dingin lebih2 lagi kebanyakannya org2 veteran. Tapi aircond ni penting bila time hujan. Sapa yg larat nak dok mengelap kabus kat cermin time2 hujan lebat dek oii? Lu org sanggup ke? Bahaya dh satu hal, kena plak jalan sesak blh mengundang kemalangan. So, aircond la gua pegang dlu. Mula2 gua ni jenis tak suka sgt nk amik port psl part2 kereta ni sbb bg gua leceh&terlalu complicated utk fhm. Tapi persepsi gua jd berbeza bilamana gua dh start amik alih keta yg gua kena pakai hampir setiap hari. Gua dok pk2 apa sbnrnya yg buatkan aircond keta gua ni tak pernah sejuk langsung. Dahla blower slow gile, tak sejuk pulak tu. Gua tak puas hati, gua bwk bengkel. Terbang RM200 gua kena servis aircond. Semua tu termasuklah servis blower, ganti tabung, servis penapis dan baru la masuk gas smula.


ni kipas kedua yg gua ganti. kipas pertama ada 4 bilah je


Lepas siap, gua masih lagi tak puas hati. Masih jugak masalah yg sama jadik. Dlm hati gua dh dok maki2 pomen yg bikin keta gua tu. Gua bawak pi bengkel lain 2minggu lps tu (sbb tgh kering). Lps diperiksa, dikatanya pulak kipas aircond yg gua pakai local. Sbb tu tak blh nk sejukkan condenser gua. Tukar la kipas yg dikatakan "ori" tu dengan bayaran RM50. Tp masih jugak gua tak puas hati. Boleh sejuk dlm sminggu dua. tu pun xde la sejuk mcm keta baru. tp ada la beza sket dr yg sebelum ni. Sakit hati dah 1 hal, duit terbang pun 1 kes jugak! Lama sket pd tu, gua teringat 1 pomen aircond ni. Gua try la tanya, boleh ke aircond keta gua tu mau bikin sejuk&power blower dia mcm iswara. Kalau boleh "ngam" iswara punye blower, kasi sumbat je. Gua bayar. Dia ckp "xngam" nk sumbat blower iswara, tp blh bikin kasi ok aircond. Gua pulak kebetulan byk kje luar. So gua pun mintak tlg la bapak gua hantarkan kereta esoknya. Pastu bapak gua balik umah sbb katanya 1 hari keta kena tinggal bengkel. Gua diam. Nak tau jugak sejauh mana power nye pomen tu.


Petang...gua balik tgk2 keta dh ada kat umah. Gua tgh resit terkejut beruk gua. Dia tukar blower yg dulu gua pernah tukar, servis cm biasa gua pernah bikin dulu. Arrghh..syial! kena RM200...Gua hati panas. Tp apa mau bikin?? benda dh jd de..Seminggu gua menyumpah2 pomen tu. Moral of the story; Tiap kali kalau mau hantar kereta repair, setkan masa yg kita btul2 free. yg paling penting "TUNGGU" & tgk apa yg pomen tu bikin. Itu yg gua buat tiap kali p bengkel sampai la skg ni. Gua mmg cukup2 tension bile kenangkan psl aircond. Kdg2 terbayang2 bile naik keta member2 especially yg keta baru aircond dorg mmg power. Mmg ler doh..keta baru. tentu la aircond bagus...hehe. Tp gua masih tak puas hati!! Mmg tak dinafikan, kalau kita duduk depan boleh rasa aircond tu. Tp apa jd kalau kita duduk belakang? Gua dh pernah try dh, suruh bini gua drive dan gua dok blakang . Mmg xrasa sgt. Kalau rasa pn sket2 je, tu pun bukak full. Lu org bygkan betapa azabnya kalau tgh jammed, panas pulak tu. Gua pernah alami. Mmg perit sey!!


Ada sorg budak masa gua tgh lepak2 borak tetiba lak blh sembang psl aircond. Dia kata ada sorg mmg pomen power psl aircond. Kat KL. Mmg dia specialist bab2 aircond. Gua pun apa lagi, dgn pantas p survey esoknya. Jumpa je kedai tu, gua dtg esoknya sbb masa gua survey tu naik motor je. Tghari gua sampai dlm kul 12.30 punye la ramai makhluk. Gua tunggu lama gile, dlm kul 4 baru la gua dilayan. Mmg kedai dia sentiasa penuh. So gua pun yakin la sket kali ni sure pueh hati. Gua pun cite kat pomen tu masalah gua:


- Aircond tak sejuk

- Selalu cut off belum sempat sejuk even bukak full cooler especially time jln sesak


Habis sume dia kasi barai. Dia ckp sama gua yg aircond mmg akan cut off secara automatik bile terlampau panas utk elakkan kompresor rosak. Ada 1 soket dkt dgn tabung gas tu yg akan bertindak sebagai cut off bila condenser tak dpt disejukkan. Ok, lu org perasankan kipas sebelah radiator tu. Kipas aircond tu bertindak utk menyejukkan condenser. Search kat google kalau xtau pe tu condenser..hehehe. Berbalik pd pomen tu. Gua tgk setiap benda yg dia bikin. Pertama sekali kompresor gua dia kasi bukak. Dia servis. Cuci pkai air. Lps servis, dia bgtau gua yg kompresor gua ok. Xde bocor..Feewwhh..lega. Selamat!! Benda kedua yg detect kipas condenser gua yg dulu gua ganti tu. Dia kata kena tukar yg banyak blade. So dia tukar kipas wira yg ada 7 bilah. Sblm ni 5 je. So, dengan siapnye kerja2 tersbut terbanglah lagi duit gua RM180. Lps pd tu, ok la sket sbb motor kipas tu pun dh bertukar dengan harga Rm120. Original Japan katanya. Boleh laaa...Tp still tak boleh cover kalau jalan sesak, kalau panas terik.

kipas wira ganti. motor dia still pakai yg asal


Nak dijadikan cerita, gua outstation. Pergi ok, xde mslh. Time balik tu boleh la pulak dlm kurang 10KM nk sampai umah tetiba aircond keta gua jd panas smcm. Xde rse sejuk langsung. Dgn blower2 skali panas. Nasib baik dh dekat dgn umah beb. Sampai umah, gua letak2 barang pastu gua kuar balik trus p bengkel dkt area umah gua. sampai2 je bengkel hidup balik la pulak kipas aircond gua!! hampeh btul. Pomen cek, kata mungkin kompresor dh nk kong. Aduhai, gua dh berkira2 masak oo kalau kompresor problem. Maklumla, gua selagi blh economy, mmg economy habis sbb gua ni pun bukannya byk duit. Balik umah gua dh berkira2 dh bpe bjet nk ganti mentang alah tu. Dlm masa yg sama, gua pun dok layan la internet psl aircond ni. Ada la sorg mamat ni post kat web dia kata kena tmbh kipas kalau nk bg aircond sejuk. Gua pun dok usha la kat mana ada jual kipas2 aircond second yg blh gua projekkan. Dptla sbijik kipas aircond wira dgn harga RM30. So gua pun kasi modified sendiri, blakang kasi bwk kedai dia wiring je. Ada la dlm RM20. Kalau nk suruh dorg buat, dh tentu upah lagi. hehehe..So gua bikin 1 suis manual. Bermakna, kalau jalan sesak, baru pasang. Kalau jalan highway, tak perlu pasang kipas yg kedua tu. So far skg ni ok la kalau nk bandingkan dgn yg dulu2. Cuma dia lmbt sket la nk sejuk. Xde la bagus mcm aircond keta baru2. Tp eksperimen gua ni kira berjaya la. Atleast gua blajar sesuatu tentang kereta gua. Jadi kesimpulannya senang; condenser perlu sentiasa sejuk bagi memastikan aircond dlm kenderaan sejuk&berfungsi dengan baik.


anak panah tu tunjuk kipas tmbahan yg gua modified.


Kalau lu org perasan, kenapa tiap kali kalau kita p kedai aircond utk cek, pomen dh standby bwk air & curahkan kat condensor? sbb nak bg sejuk. Bila cuaca panas, cara terbaik nk bg aircond sejuk dengan mencurahkan air pd condenser. Bila condensor basah, kipas akan sedut angin sejuk. Jadi akan sejuklah aircond lu org. Gua buat benda yg sama especially kalau long distance. Kereta jenis mcm kita ni, kena extra concern, extra care. Bila extra care, akan datang la performance walau standard mana pun keta kita. Sblm gua terlupa, "resisitor" pun slh satu punya blh jd kan aircond lu org tak sejuk. Apa tu resistor? ala, cooler yg kat panel aircond tu. Kalau dh longgar, dia blh jd tak stabil&akan cpt cut off sblm tiba waktunya. So kena cek. Apa pun, gud luck. Cargas!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails