Tu hari gua p kenduri umah cousin gua kawin. Gua tgk dia dh pakai keta standard baru. Gua pun dok tanya la mana ekzos lama dia sbb gua tau dia rajin tukar2 ekzos. So dok mencari dlm stor terjumpa la 1ekzos ni. Gua tanya dia nk jual ke? Dia ckp ekzos tu dulu dia beli mahal sbb mmg original Japan tabung dia. Takde la memekak sangat bunyi dia. Lps nego2, gua dpt la beli tabung RS-Japan dia tu dgn harga yg amat berpatutan. Sminggu sblm raya gua p kedai ekzos, kasi pasang. Okla, ada la pickup sket kalau nk banding dgn ekzos standard which is berat giler kalau nk top.
Original RS-Japan katanya
Apa itu ekzos? Ok, ni dr banyak2 info yg gua dpt which is ekzos di reka untuk meningkatkan laluan angin ekzos serta mengurangkan suhu gas ekzos kereta lu org. Sekaligus menjadikan pembakaran enjin anda bersih dan mampu meningkatkan jangkahayat enjin lu org.
ekzos standard
Ni plak info yg gua dpt:
An exhaust system is usually tubing used to guide reaction exhaust gases away from a controlled combustion inside an engine or stove. The entire system conveys burnt gases from the engine and includes one or more exhaust pipes. Depending on the overall system design, the exhaust gas may flow through one or more of:
Lain info yg gua dpt plak banyak yg komen kalau pakai (4-1) akan increase pickup, manakala (4-2-1) plak blh bg lu org maximum speed. Kereta lu org, better test sendiri apa kelebihannya. Mcm keta gua, lps pasang menatang tu ok la ada beza kalau nk banding ekzos standard. Sistem (4-1) ni ada yg pakai&bagus utk pickup. Tp blh menjadikan ekzos jd bising sbb direct piping. FC pun kurang kalau takat pickup biasa, tp kalu luarbiasa?? sendiri mau ingat la. Kena plak minyak makin lama makin naik.
So tau dh kan. apa guna menatang nih? Kalau blh jgn la dok pakai jenis tabung yg memekakkan telinga yg kdg2 blh gak menyakitkan hati org bila dengar. Tu pun salah 1 polution tu. Silap2 kalau dok berjiran mau pecah cermin keta lu org sok. Kalau enjin tu turbo xpe la gak. ni takat enjin standard toksah la acah2 turbo nk pakai ekzos yg memekakkan telinga.
Kali ni gua nk sembang psl tajuk yg kat atas tu ha. Tp bahagian dpn. Last time gua buat entry psl bearing blakang. Untuk pengetahuan, bln pose tu hari mase gua bikin project power steering, gua mmg dh tukar dua2 bearing depan sbb dlm kple gua dok pk, kalau dh pasang power steering nk kena adjust chamber dgn bikin alignment. So dek kerana tak mau buat 2kali keje, tak nk kuar modal 2 kali, gua pun suruh skali pomen tukar bearing depan. Barang gua beli. Pengalaman yg gua dpt (sbb sblm ni bearing dpn xpernah tukar) bila gua p kedai sparepart. Dorg bgtau gua bearing depan sblh kena pakai 2biji. Gua pun dengan confident, beli 2set biji bearing dgn menyangka dlm 1kotak tu ada 2biji bearing. Then gua beli 1oil seal (sbb kata pomen; 2biji bearing 1 oil seal utk sblh bearing)..Gua yg tak tau pape ni, ikut je ckp dia. Then lps passing brg, dia bwk p bengkel lain sbb bearing dpn katanya kena pam kalau nk bukak..(kalau nk tau fungsi bearing, blh tgk entry gua "bearing")
Knuckle orient gua. Klu problem menatang ni mmg ganti bearing pun xguna
Tak sampai sejam, pomen kol gua kata bearing yg gua beli tu tak cukup sbb dlm kotak tu ada sbijik je bearing. So, dia suruh gua beli lg 2bijik bearing sama 1 oil seal. Gua dok garu kepala gua yg tak gatal. Kalau tak cukup bearing, knp dia tak sound awal2 sbb pomen sendiri yg bukak kotak tu tgk bearing yg gua beli tu. Dgn pantas, gua runner beli brg yg dia suruh. Siap je pasang bearing, bila dh setel sume gua kasi try ok. Senyap la keta gua. Ada takder pun bunyi tayar je la yg memekak. Tapi xde la bising mcm bunyi bearing.
Bearing bahagian blakang & Bearing bahagian dpn
Xsampai 2minggu keta gua running sana sini, gua dgr bunyi yg memekak dlu tu ada balik! Aduh, tension gila bila bunyi tu lg kuat yg sebelum2 ni. Dlm 2/3hari gak la gua dok try ronda dkt2 utk cek bunyi tu dpn ke blakang. Mustahil bunyi dpn sbb bearing kiri dan kanan gua dh tukar. Takkan blakang? Sng cite bearing utk empat2 tayar keta gua dh tukar. Takkan bunyi tayar kuat gua?? Gua makin tension bila raya dh nk dekat. Confirm bengkel banyak yg cuti panjang, tambah plak keta gua raya nk jalan jauh.
Grease diletakkan pd bearing
1hari sebelum raya: Gua jack blakang, gua cek. Xde masalah. Then gua jack dpn plak. Aduhai, payah nk pusingkan tayar sbb ketat. So, gua masuk gear kasi tayar pusing. Gua terdengar bunyi tu dtg dr tayar sblh kiri. Gua pun ada konfius sket sbb xkn dh ganti xsampai 2minggu blh bunyi? Tghari, gua bwk p bengkel dkt area tmpt gua. Bg pomen cek. Confirmed! Bearing dpn kiri yg bunyi. Dia ckp kalau gua tak caya, blh bukak. Nk taknak, dek kerana memikirkan sok nk raya, gua pun suruh la dia bukak. Oh ya, sblm tu pg2 sblm cek, gua dh lari jp p sparepart beli bearing siap2. So operasi barai bermula. Memandangkan pomen ni expert bukak bearing depan TANPA guna pam, gua dptlah tgk dia buat manual. Terkejut gua tgk bearing yg gua ganti tak sampai 2minggu tu blh pecah. Tension gak. Gua tanya amcm blh pecah sbb baru ganti. Then lps dia cek2, rupanya oil seal lama gua dia pakai balik. Nak dimaki tmpt yg dulu hantar p pam tu tak guna sbb gua tak nampak pe benda dia buat. Dia pun tak mintak brg xcukup ke apa, main balun je. Sudahnya, kena la gua adjust balik chamber dgn alignment. So, gua dpt blaja benda baru yg bearing dpn dgn blakang mmg xsama. Dpn utk 1side, perlukan 2bearing dan 2oil seal. Utk pengguna2 kereta, kalau dpt cari bengkel yg blh buat bearing dpn tanpa guna pam&tgk dia buat menual dpn mata lu org, tu adalah lebih baik. bak kata member gua, kalau bengkel yg blh buat bearing dpn pakai manual tu mmg pro la pomen tu...
p/s: bearing brand yg ok bg gua NTN atau NSK. Sbb gua rasa ni yg jenis tahan lama utk kereta2 old school mcm gua. Lu org cmne lak?
Salam 1 Malaysia!! Selamat menyambut hari kemerdekaan. Alahai, bila la kereta gua nak dpt pakai manatang alah ni..geram plak gua tgk..Gua punye entry kali ni tajuk lain sket. Knp gua letak "project"? Knp xletak title power steering jek since kereta gua mmg nk kena masuk power steering? Ok, sblm paperhal..gua nk bgtau yg gua namakan power steering ni as a project sbb gua dh merayap mana2 bengkel mahupun jumpa pomen secara personal, takder sorang pun yg ckp pernah bikin power steering utk saga orient. Magma, megavalve, iswara, mmg standard org pasang. Tapi orient, mmg TAK PERNAH ada org bikin. (gua sembang berdasarkan survey area tempat gua termasuk KL. Kalau ada tempat lain blh bkin, blh kongsi dlm blog ni supaya dorg blh dpt info. mana tau dkt2 dengan kawasan lu org duduk).
Untuk pengetahuan, utk pemasangan power steering bg kereta saga selain orient (magma, megavalve&iswara) takde masalah sebab mounting & bracket mmg ngam2. Berbeza dengan saga orient, banyak yg perlu di modify supaya barang tersebut blh ngam&berfungsi sepenuhnya. Tak nk sembang banyak, Jom baca kronologi projek power steering:
17.8.2010 -survey beberapa halfcut sekitar lembah kelang utk cari power steering set.
4.30pm dpt beli set tersebut.
18.8.2010 - discuss dgn member utk set appointment bg penghantaran kereta ke bengkel serta discuss
harga.
21.8.2010 - -9.30am, kereta dihantar ke bengkel&tepat jam 10am projek membaraikan dijalankan. Dlm masa yg sama member gua ckp yg dia ada tanya 5 org dr kedai halfcut&bengkel lain tentang pemasangan power steering pd saga orient gua. Sekali lagi gua nk bgtau, saga gua adalah first model “orient”. SEMUA pelik&geleng kepala sebab kebanyakkan mereka tak pernah psang power steering melainkan magma&megavalve. Kepala gua dh start serabut bila 1 masalah timbul which is sblm ni gua xpernah terfikir plak sampai kesitu. Bajet sume saga sama!! Then, member gua ckp "rileks", kita cuba..tp mungkin makan masa sket. Dalam masa yg sama pomen lain dh start membarai utk psang bracket kat area water pump.
- 11.00am lepas mounting dibukak dan bracket utk ikat power steering pump siap dipasang, time mounting nk pasang, 1 lagi masalah timbul bila mounting yg nk dipasang tak ngam dengan bracket. Waduh, gua dah pening. Then lepas cuba mcm2 cara, then pomen cadangkan mounting magma dicari. Kebetulan sebijik saga magma masuk bengkel utk tukar bearing. lepas diacu bagai sume, nampak "ngam", gua dengan pantas cari sebijik mounting saga magma. Lupa nk bgtau yg bearing depan gua kiri kanan ganti sekali. so, sekali jalan supaya tak nak banyak kali bukak&buat alignment since bearing depan gua pun dkt 2 tahun tak pernah ganti. - 3.00pm gua bwk ke bengkel sbijik mounting baru saga magma. Lps di cuba, blh ngam steering rack mula dimasukkan. 1 lagi msalah timbul bila steering rack xmuat dimasukkan kerana perbezaan saiz rack yg menjadikan susah nk masuk. Mounting blakang terpaksa dibukak utk masukkan rack. Bila rack dah masuk, masalah lain timbul bila mounting blakang yg dibukak tadi tak blh psang sbb tapak lari. Puas cuba masih gak xblh. Sementara mounting baru tu di acu samada blh ngam, enjin kena jack sket&mounting blh masuk. Tapi....bracket yg melekat pd enjin utk ikat mounting tu plak pendek since magma punye bracket panjang. Waduh2..
-5.30pm sekali lagi gua ke halfcut utk tanya kalau2 bracket tu blh dibukak&jual sama gua. Lepas menyatakan hajat gua, orang kat halfcut tu ckp blh bukak&jual itu bracker sama gua, tapi rugi sbb enjin tak blh jual since bracket tu mmg melekat kat enjin. Betul jugak. Apsal la gua tak fikir awal2. Tidak takde la gua penat2 ulang alik dah la dengan pose lagi, panas semacam. Sampai bengkel gua bgtau dorang & masing2 duduk berfikir mcmana nak setelkan.
- 7.00pm balik umah(buka pose)
- 9.30pm dtg balik ke bengkel. Dtg sorg otai pomen yg mmg dipanggil utk setelkan msalah. Mula2, mounting bhagian blakang yg tak blh nk pasang skru sbb tapak lari. Lepas dibelek2, diperhatikan sebab apa mounting tu tak blh ngam lps masuk steering rack, dia pun try kasi pasang balik. Kurang dr 15minit setel! Masalah kedua plak melibatkan tapak utk pump power steering. Mmg xblh pakai tapak yg sedia ada since xblh ngam. Sekali lagi mounting baru diacu, tak blh masuk plak dah. Last2 baru prasan siang td blh masuk sbb mounting blakang tak masuk lagi. Kalau masukkan mounting baru tu enjin jadi senget. So, pomen otai masukkan mounting asal & tapak pump dibukak balik. Besi plet lain terpaksa di cari utk buat tapak lain untuk power steering pump. Cuma bracket pump je yg guna, utk tapak kena pk cara mcmana nk bentuk supaya blh pegang bracket&pump.
- 2.30am balik umah
22.8.2010 -10.00am dtg smula kat bengkel. Tgk2 otai dah ada. Masing2 tgh dok sibuk fikirkan cara mcmana nk bikin tapak utk power steering pump. Tak banyak aktiviti selain modify tapak baru.
- 12.30pm balik umah sbb ada kje
- 5.00pm dtg smula tgk2 tapak dah siap tp belum welding. Ada 1 part kat tapak tu kena kasi twist utk pegang pump.
- 7.00pm balik umah
- 9.30pm dtg smula bengkel tgk dorg dok tgh meng”adjust” tapak pump sbb kalau silap welding sume tak blh pakai. Sok ada org welding dtg mau kasi welding itu tapak.
- 12.00am balik
23.8.2010 -tak banyak aktiviti yg gua tau dr pomen since gua keje.
- 5.30pm balik keje trus p bengkel. Lakhanat itu welding punye org tak dtg! So keje terbengkalai.
24.8.2010- 4.00pm dpt kol dr pomen suruh cari o-ring utk paip & pump. Gua pun xtau saiz apa. Puas jugak la merayau cari. Last2 gua beli 5 jenis saiz yg berbeza. Dlm masa yg sama dia suruh gua cari belt power steering since yg gua standard punye pendek. Kena cari yg panjang sket. Kod asal standard punye (6235) & gua kena cari (6245/6250). Lps puas dok mencari dibekalkan kurang nya pengalaman, gua pun beli beli (6250).
- 5.30pm smpai bengkel bg brg. O-ring utk pump blh ngam, tp utk paip kena cari saiz yg lagi kecik. Patah la balik gua ke spare part utk beli saiz yg diperlukan.
- 6.30pm sampai smula bengkel passing barang&balik
- 9.30pm dtg balik ke bengkel. Pomen bgtau belting yg gua beli terlebih panjang plak. Terpaksa dia cari yg lain (6240) baru ngam. Rugi2...Tapak&bracket pump sume dh pasang, belting dah masuk.
- 11.00pm minyak power steering dimasukkan. Dlm masa yg sama masuk coupling steering je. Tu pun 1 hal seksa gak nk masukkan sbb rack yg dipasang tersenget sket. Lps cuba2 baru blh masuk. Dlm tgh dok excited sbb kje dh hampir siap, pomen panggil gua. Sekali tunjuk minyak meleleh kuar. Pump bocor!! Arrghhh..tidak!! terpaksa pump dibukak balik&gua kena hantar ke tempat yg gua beli tu utk tukar. Dlm hati gua dok maki2 je mamat yg jual brg kat gua tu. Dh2 nk siap ada lak halnya. Dugaan bulan pose btul!
25.8.2010- 9.00am Gua dh terpacak dpn halfcut tunggu org tu dtg. Lps bising2&dia bg tukar pump lain, gua dgn pantas ke bengkel hantar barang & terus tembak ke tempat kerja dengan harapan dptlah setel hari ni. Lagi mau buat alignment sume lambat plak gua balik kang.
- 5.30pm Balik keje, dtg smula ke bengkel. Tgk2 keta dh kuar. Baru nk excited, tp dr jauh gua dh nampak minyak meleleh kat jalan. Aduhai...mmg confirm bocor lagi pump. Tempat yg sama! Tapi kali ni lagi banyak bocor. Kurang pahala pose gua sbb maki2 halfcut tu bg brg problem yg sama! Minyak power steering pun habis. Last2 lepas komplen, dia mintak bawak kereta terus p halfcut sok pg supaya dia blh check. Gua dh cukup bengang, tension psl mcm2 hal jadik, kena plak ulang alik smata2 psl benda ni jek.
26.8.2010- 8.30am Disebabkan gua xblh cuti, pomen tlg hantarkan kereta gua ke halfcut tu since dia mmg kenal mamat tu.
- 1.30pm dia called gua bgtau pump dh ok, tarak bocor. Cuma kena cari hydraulic hose sbb pressure kat pump tu xblh tampung kalau guna hose biasa. 1 lg masalah yg dihadapi which is gua harap2 sgt la masalah yg terakhir sblm alignment buat. Coupling kat steering sblh dlm tu sangkut. Kalau tak buat, srupa mcm xyah pakai power steering sbb coupling yg sangkut tu menjadikan steering jd berat.
So kena pk kan mcmana nk bikin supaya tarak sangkut& blh smooth mcm steering biasa. Pomen halfcut suggest kena buang cover dlm tu. Gua ckp “wak lu!!” dah tentu la segala habuk, bau dan air akan masuk kalau cover tu buang. Tp pomen gua ckp blh pkkan cara lain. Sbb yg sangkut tu sikit jek. Samaada bukak, then gosok, ataupun carik alternatif lain.
- 5.30pm balik keje trus p bengkel. Pump dh ok xbocor&trus gerak p kedai hydraulic utk cri hose power steering pump. Oh ya, coupling yg sangkut tu dh ok since pomen kasi grind tempat yg problem&selesai masalah. Setel je, terus p bikin alignment & adjust chamber.
7.30pm terpaksa berbuka kat bengkel sbb ada balance part2 yg kena pasang.
10.00pm suruh member hantar ke bengkel & gua amik kereta terus p carwash sbb kereta banyak kotor dengan bekas2 minyak melekat2 pd body.
11.00pm balik umah.
Macam tu la serba sedikit sejarahnya. Gua pun mula2 tension gak smpi dh pikir nk tolak balik jek. Tapi mmg betul bulan pose tahun ni dugaan utk kereta gua. Hope evething will be well. Merdeka!!!
Lupa gua nk bgtau; steering rack getah cover tu kalau bocor even kecik pun kena ganti utk elakkan pasir masuk dan akan bercampur dgn minyak. (gua terjumpa ada org tanya dlm google search..hehehe)
p/s: gambor tak banyak gua snap sbb gua pun bz. tangan pun kotor dok tlg2 dorg.
Ada brg2 lama yg gua nk tolak cam steering rack saga (non-power), mounting magma (baru), power steering belt. Harga blh runding.