Mula diumumkan secara rasmi pada 1 Januari 2008, model Saga yang berasaskan Mitsubishi digantikan dengan pengganti yang direka semula sepenuhnya, dikodkan sebagai Proton BLM (Base Line Model), juga dikenali sebagai Model Gantian Proton Saga, yang terus menggunakan nama Saga. Model generasi terdahulu akan dihentikan pengeluarannya pada Mei 2008.
Kelibat kereta tersebut mula kelihatan seawal pertengahan 2007 semasa ujian di jalan raya Malaysia, dilitupi tengan pita pelekat samaran hitam, sebelum sesi pra-tonton model tersebut mula ditawarkan pada awal 2008, diikuti dengan pelancaran rasminya pada 18 Januari 2008. Proton Saga baru ini adalah model Proton paling rendah, dengan harga dalam lingkungan RM31,400 dan RM39,800 semasa pelancarannya.
Seperti generasi pertama Saga, kereta ini merupakan model kereta subkompak sedan 4 pintu dengan reka bentuk konservatif, dan turut mengekalkan sebahagian kecil reka bentuk daripada Proton Saga model tahun 2007 serta Proton Savvy, dan ia dibina berasaskan platform Proton Savvy yang dipanjangkan. Beberapa bahagian pada kerangkanya turut dibina khas bagi meningkat prestasi keselamatan semasa perlanggaran - bahagian zon remuk atau bahagian yang menyerap kebanyakan tenaga semasa perlanggaran. Kereta tersebut digerakkan dengan enjin Campro yang diubahsuai, dilengkapi dengan Modul Masukan Udara Bahan Api (IAFM), serta ditawarkan dengan transmisi manual atau automatik. Terdapat dua pilihan enjin bagi Proton Saga generasi kedua iaitu enjin 1.3 liter dan 1.6 liter.
Menurut seorang jurutera Proton, Proton Saga generasi kedua ini direka bagi membolehkannya ditukar kepada kenderaan gas asli (NGV) tanpa perlu banyak mengorbankan ruang but belakang bagi menempatkan tangki NGV.
Sejak generasi kedua Proton Saga ini dilancarkan pada Januari 2008, model ini telah memenangi 3 anugerah automotif utama. Autocar Asean, edisi Malaysia bagi majalah kereta yang paling lama bertahan dalam sejarah telah menganugerahkan Saga baru sebagai "Pemenang Kategori Sedan / Hatchback Kecil" pada tahun 2008. Tidak lama kemudian, kereta ini dipilih sebagai "Kereta Rakyat Terbaik" oleh Anugerah Industri Asian Auto - VCA 2008. Pada bulan November tahun yang sama, model generasi kedua Saga juga telah memenangi satu lagi anugerah besar dalam bidang automotif di Malaysia apabila diisytiharkan sebagai "Pemenang Kategori Kereta Peringkat Permulaan" semasa Anugerah Kereta Tahunan New Straits Times/ Maybank 2008.
Rujukan
- Wikipedia Bahasa Melayu
- ↑ First National Car Reborn - dari YouTube.com, asalnya dari The Star. Dicapai pada 20 Januari 2008.
- ↑ 2.0 2.1 Beri Proton peluang -- Teruskan program pemulihan tanpa rakan strategik – PM Utusan Malaysia, 21 November 2007.
- ↑ "The New Proton Saga: Details, Photos, and Test Drive". Paul Tan. Capaian January 18, 2008.
- ↑ "Proton to unveil new sedan". thestar.com. January 1, 2008. Capaian 2008-01-01.
- ↑ 5.0 5.1 5.2 "Proton BLM Step-By-Step Build Up Teaser". paultan.org. Capaian 2008-01-09.
- ↑ http://www.star-motoring.com/news/story.asp?file=/2008/7/23/motornews/20080808201129&sec=motornews
- ↑ http://blog.autoworld.com.my/index.php/tag/proton-saga/
No comments:
Post a Comment