Lu org pakai saga? xkira la saga lama ke, iswara, wira, blm, lmst dan sebagainya smua tu termasuk dlm kategori proton saga. Tak sah rasanya kalau lu org pakai saga tp xtau serba sedikit sejarah ttg proton saga. Gua ada kumpul sket2 info untuk kita smua sbg pengetahuan bersama.
Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaituPROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali diShah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan padaJanuari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara. Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton. Varian Saga amat popular di kalangan pemandu teksi kerana harganya yang murah serta kos penyelenggaraan yang rendah.
Generasi pertama
Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad,Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjinSOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.
Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.
Proton Iswara
Pada tahun 1992, model facelift Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara, atau Proton Iswara yang dinamakan sempena spesis rama-rama di Sarawak. Model tersebut sangat popular di kalangan pemandu teksi dan ada di antaranya yang diubahsuai sebagai kenderaan gas asli. Di UK, model Iswara pula menggunakan sistem suntikan bahan api dan penukar bermangkin serta dinamakan sebagai Proton MPi.
Penamaan semula
Pada tahun 2001, Proton mengubahsuai sedikit bahagian luaran Iswara untuk menampakkan imej sporty dan model tersebut hanya boleh didapati dalam warna perak sahaja. Pada tahun 2003 pula, Proton sekali lagi mengubahsuai bahagian luaran Iswara dan bahagian dalamannya diberikan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta Lotus Elise dengan panel digital yang memuatkan tolok suhu, tolok bahan api serta odometer. Enjinnya juga ditala untuk menaikkan kuasa kudanya kepada 83 bhp. Model tersebut yang hanya didapati dalam pilihan enjin 1.3L dinamakan semula sebagai Proton Saga LMST.
sesekali layan iklan2 lame syok jugak. atleast kita blh imbau sejarah produk kereta ni. apapun, layan..
to be continued...
Source: wiki
No comments:
Post a Comment