Monday, December 19, 2011

Tayar Haus Kurang Setahun-Utusan Malaysia


Tayar haus kurang setahun

Siapa yang tidak teruja memiliki kereta baru? Lebih-lebih lagi, ia merupakan kereta pertama yang berjaya dimiliki terutamanya bagi kalangan belia yang baru memasuki alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi.

Mungkin itu yang bermain di fikiran seorang kakitangan swasta, Nawwar Wan Mansoor, 26, yang akhirnya berjaya memenuhi impiannya untuk membeli kereta jenis Toyota Vios pada Februari lalu.

Hanya perasaan gembira dan kesyukuran boleh digambarkan oleh wanita tersebut ketika pertama kali memandu kenderaan yang dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Namun selepas lapan bulan memandu kenderaan tersebut, keempat-empat tayar kereta kesayangannya itu mula menunjukkan tanda haus manakala bunga-bunga tayar pula semakin menipis.
Hairan dan tidak berpuas hati dengan masalah tersebut, Nawwar mengemukakan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara baru-baru ini.

Pada prosiding di hadapan Presiden Quaik Chong Yu, Nawwar selaku pihak yang menuntut dengan ditemani bapanya Wan Mansoor, 60, tampil mengemukakan bukti gambar tayar berkenaan.
Wanita itu dalam tuntutannya mendakwa tayar terbabit tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan kerana tayar baru tidak sepatutnya mengalami masalah permukaan cepat haus sehingga menjadi nipis dalam tempoh kurang setahun digunakan.

Wakil syarikat tayar terbabit yang dinamakan penentang dalam tuntutan tersebut pula menyatakan, pihaknya telah menawarkan 20 peratus diskaun bagi kos menggantikan tayar baru tetapi ditolak oleh Nawwar.
Chong Yu kemudian menangguhkan prosiding selama 10 minit bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mencari kata sepakat terhadap tuntutan berkenaan.
Jelas beliau, sekiranya setiap pihak tidak mencapai persetujuan, maka tuntutan itu akan diteruskan dengan perbicaraan 
penuh.

Namun ketika prosiding disambung semula, wakil syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Fitri memberitahu, pihaknya akan menggantikan keempat-empat tayar itu dengan tayar baru sekiranya Nawwar sedia menarik balik tuntutannya.
Masalah berakhir apabila Nawwar bersetuju dengan tawaran tersebut.

p/s: Lu org jaga2 klu beli tayar. Gua kalau dpt tau tayar brand apa yg minah tu pakai mmg gua banned &kasi sebar 1 Malaysia ttg keburukan tayar tu. Sesetengah peniaga mau untung cpt smpi jual tayar pn nk kencing

1 comment:

Ke-Rare Boutique said...

nice info..bleh rujuk mane2 vios baru sbb keta kuar kilang mesti tyr sama jenis kan?xtau ler plak lau vios trd ngan vios biasa tayar xsama jenis =)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails