Friday, August 13, 2010

Cermin Tinted

Salam Ramadhan. Ah'ha..baru 3 hari puasa beb. dugaan kena tahan. jgn ada yg ponteng dah la. kepada mereka..mereka dan mereka yg xpernah pose dr kecik smpi dh tua atau yg minat manjang mengelak bila pose dtg, bawak2 la beringat& bertaubat. Ada yg gua jumpa umur dh 40++ pun dok syok2 makan mcm bukan bulan pose. kpale hotak dia...Ok, gua nk sembang kali ni pasal tinted glass kat keta lu org tu. Pada yg ada tinted, okla. Apa fungsi tinted eh? Pendapat gua la, tinted ni berfungsi menebat haba atau menghalang haba & cahaya yg berlebihan masuk ke dalam kereta. Kenapa nk halang dia masuk dlm keta? (skema cm penceramah la plak)

Ok, stiap haba yg masuk kedalm kereta lu org, akan menjadikan kereta lu org panas dek kerana dlm kereta lu org tu dh cukup compact. So pengaliran udara kurang maka bertambah panas la kereta lu org. (yg gua sembang ni dlm kereta ye, bukan luar). Utk mengelakkan dlm kereta lu tu panas, dan hati lu org pun jadi panas bila kena plak jalan jem, apa yg biasa org akan buat? dh tentu la pasang aircond tul x? Tak kira la kereta lu org baru ke lama ke, blh rasa perbezaan kalau pasang tinted dengan tak. Bila penebat haba ni dipasang dan mengurangkan cahaya serta haba masuk kedalam kereta, akan sejuk la kereta lu org. So tak perlu la bukak aircond blower atau cooler tu sampai maksimum. Dlm masa yg sama akan menjimatkan petrol serta mengurangkan beban kereta tersebut (force) pd enjin & compressor dan memanjangkan jangka hayat menatang tersebut.

Namun ada sesetengah berita yg gua dengar pemasangan tinted ni dikawal oleh pihak berkuasa atas alasan ia blh jadi punca berlakunya jenayah. kalau nk pasang kat kereta blh, tp jgn lebih dr 60-70% tahap kegelapan tinted tu. (betul ke?). Kalau lebih mmg silap besar la kalau kena tahan dengan jpj atau trafik. Tu 4-5 tahun dlu. Skang ni lain kes plak. gua tgk sume selamber je sume brani pakai yg gelap melampau2 mmg confirm kalau beromen tak nampak punyer lah. Bak kata member gua "tinted jahat". Ada yg gua dengar dorg skg ni tak kuatkuasakan akta tinted ni lagi. Gua pun xfaham. Apa yg menarik minat gua nk citer pasal tinted-meninted ni? Smlm balik umah gua terbaca dlm paper ni. ada la sorg mamat ni komplen. Gua rasa ada kebenaran gak dia cite psl tinted ni. Apapun lu org baca. So, harap dpt info serba sedikit. Credit utk brader tu. Baca artikel ni:

Benarkan kereta cermin gelap

Saya telah menghabiskan ribuan ringgit memasang plastik tapis cahaya yang terbaik mengikut spesifikasi telus cahaya yang dibenarkan pada cermin kenderaan saya sebelum ini. Baru-baru ini saya telah membeli sebuah kenderaan MPV import terpakai dari Jepun yang menggunakan cermin gelap. Sekarang barulah saya sedar kebaikan memandu kenderaan bercermin gelap. Selama ini kita, rakyat Malaysia, berhadapan dengan undang-undang penggunaan cermin gelap dengan alasan kononnya cermin gelap boleh menaikkan kadar jenayah. Juga memandu di waktu malam boleh mengakibatkan kemalangan kerana tidak nampak. Padahal ia boleh dinikmati oleh golongan-golongan tertentu tanpa sebarang masalah. Kalaulah penjenayah hendak menggunakan cermin gelap, mereka hanya perlu memasang plat kenderaan Singapura atau Thailand dan kemungkinan besar kenderaan itu tak akan ditahan. Itulah realiti. Di waktu malam pula pemandu dapat melihat dengan jelas sama seperti cermin cerah biasa, bukan seperti yang didakwa selama ini. Saban hari sering diperkatakan di media cetak dan elektronik mengenai pemanasan global dan kenaikan suhu bumi, tambahan lagi iklim khatulistiwa di Malaysia di mana kita mendapat panas terik sepanjang tahun. Banyak negara di dunia ini termasuk negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika, Jepun, Korea, negara-negara Eropah, Timur Tengah termasuk negara jiran kita Thailand dan Singapura membenarkan penggunaan cermin gelap. Malah ia terus dipasang di kilang sebagai aksesori standard kerana mereka sedar akan kebaikannya. Sudah tentulah mereka telah menjalankan ujian terlebih dahulu dan meluluskan penggunaannya kerana sesetengah dari negara tersebut megamalkan undang-undang jalan raya yang lebih ketat dari Malaysia. Banyak kebaikan penggunaan cermin gelap. Tetapi yang dapat saya dapat fikirkan di sini ialah:

# Sekarang pendingin hawa saya hanya di nombor satu atau dua sahaja walau pun memandu di waktu tengah hari pada hal dulu di nombor empat atau lima. Ini mengurangkan penggunaan petrol yang semakin hari semakin mahal dan pengurangan gas karbon monoksida di udara. # Saya merasa lebih segar memandu kerana terik matahari boleh membuatkan pemandu merasa mengantuk dan letih. # Saya tidak lagi merasa terburu-buru ketika memandu kerana ketidakselesaan membuatkan pemandu ingin cepat sampai ke destinasi, seterusnya boleh mengakibatkan kemalangan. # Panas terik juga boleh mempengaruhi sikap pemandu itu sendiri di mana boleh menyumbang kepada sikap panas baran. # Sekarang saya dapat balik kampung bersama keluarga dalam keadaan selesa dan anak-anak saya tak perlu lagi meletakkan pelindung cahaya matahari di cermin (kadang-kadang kain pelikat atau tuala) yang boleh menghalang penglihatan pemandu. Banyak lagi kebaikan yang tak dapat saya nyatakan di sini. Oleh itu saya berharap pihak berkenaan perlulah mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan membenarkan penggunaan cermin gelap. Janganlah hanya segelintir golongan tertentu sahaja yang menikmati keselesaan itu kerana cermin gelap itu adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara Malaysia kita ini. Pemandu Biasa Seremban

(Sumber UTUSAN MALAYSIA - 12/08/2010; 3Ramadhan1431)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Keratan artikel:



1 comment:

Unknown said...

Syarikat BUMIPUTRA.
Harga promosi hebat, cepat sebelum terlambat...
Tinted kereta serendah rm80.00, Made in Korea & US.
Safety tinted serendah rm600.00, Made in US.
Tinted rumah dan pejabat, rm5.00 ke rm7.00/ 1kaki. Made in US.
B9-G-01,
Block 9 Jalan PJS 2B/1,
Desa Mentari2 Taman Medan,
46150 Petaling Jaya,
Malaysia.
Call/WhatsApp/Viber: 0182818651, Najib

https://www.facebook.com/castello.tintwindow?ref=tn_tnmn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails