Salam Jumaat.
Sape pernah tgk Kembara Bumi Suci kat Astro Oasis? Gua caya ada yg pernah layan&gua salah sorg peminat rancangan tu. Niat dan semangat yg murni untuk redah berpuluh ribu kilometer untuk tunaikan Umrah dan membuktikan Malaysia juga boleh hadapi pelbagai cabaran dalam mengharungi perjalanan ke destinasi. Selain dari tu salah satu tujuan ekspidisi untuk merasa sendiri mcmana kepayahan Nabi kita sebarkan Islam merentasi ke serata benua. Bezanya kita zaman moden ni gua kenderaan berenjin.
Untuk pengetahuan sume, Kembara Bumi Suci yg pertama pada 2010 yang diwakili oleh wira2 yg punya semangat yg kental untuk hadapi cabaran seramai 15orang. selama 54 hari sejauh 18,000km. Mereka menggunakan 11buah kenderaan bermotor yang berkuasa tinggi merentasi Thailand, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Syria, Jordan dan berakhir di Arab Saudi. Walaupun ekspidisi ni tak ramai, tapi dari maklumat yang diselidik group dorang ni complete serba-serbi. So dalam 15 orang tu ada yang doktor, ada yang pomen dan sebagainya bagi memudahkan perjalanan mereka jika berlaku masalah. Sepanjang yang gua ikut rancangan tersebut, ada masalah2 yang berlaku seperti kemalangan kecil, kerosakan pada kenderaan dan macam2 lain. Ia salah satu cabaran dan dugaan bagi menempuh perjalanan dlm menuju ke rumah Allah yg utama di Mekah. Atas kecekalan masing2, mereka berjaya menjejakkan kaki di Mekah serta menunaikan Umrah.
Dengan berjayanya ekspidisi tersebut, kini berbekalkan pengalaman yang ada Israq Adventure sekali lagi telah bukak peluang pd yg berminat untuk sertai untuk Kembara Bumi Suci 2. Pada 21 April 2012 baru2 ni, mereka telah memulakan perjalanan mereka menuju ke Mekah. Ekspidisi kali ni melalui jalan yg berbeza dari kembara yang pertama selepas keluar dari sempadan China. Laluan barat China yang mereka akan lalui selepas melepasi sempadan ialah memasuki utara Kazakhstan dan Rusia sebelum turun ke Georgia, Azerbaijan, Turkey, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Kali ni mereka menggunakan 12kenderaan motor berkuasa tinggi serta 2 kenderaan pacuan 4roda 4x4. Selain dari 12 negara yg bakal di lalui, mereka menganggarkan perjalanan yg sejauh 20,500km berakhir selama 60hari. Berbeza dengan musim lalu, ekspidisi kali ni seramai 20orang termasuk 3orang wanita. Kita nantikan perkembangan mereka dan mendoakan mereka berjaya.
Kenapa gua minat nak sembang pasal ekspidisi dorg?
Gua tetiba terfikir kalau kereta gua bikin ekspidisi mcm tu. Sebelum ni dorg menggunakan motor berkuasa tinggi dan gua berpendapat kita boleh cuba bawak kereta pertama Malaysia ke Mekah!! Tapi perlu la mcm dorg. Kena ada yang tau pasal enjin, boleh baiki kenderaan, ada future planning standby sparepart2 yg patut dan masalah2 pd kereta yg mungkin berlaku serta cara menangani masalah. Bukan blh main redah jek. Ada sesetengah laluan yg dorg redah (masa musim pertama) tu jenis "off road". Jadi tak sesuai kalau jenis yg guna rim besar, tayar nipis. Tapi untuk kembara yg baru2 ni gua tak tau la pulak kalau laluan dia mungkin lebih cantik dari yg sebelumnya.
Selain dari niat menunaikan Umrah, gua minat nak tau ketahanan Proton Saga selain cipta kelainan dan bawak kereta pertama kebanggaan Malaysia ke sana. Ada idea? meh kongsi dengan gua as a future planning. Dengan gua jangan...klu gua kata mau bikin gua boleh bikin..just nak kongsi pendapat ke. mana tau ada yg sekepala dengan gua...
info:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rekreasi&pg=rk_01.htm
http://www.israqadventure.com
boleh follow twitter salah sorg peserta yg aktif update @smoheeb
4 comments:
boleh saya pun memang berminat sangat.pasal enjin jangan risau saya boleh sumbangkan kepakaran dan kemahiran...tapi mesti kena ada ramai yang nak sertai br boleh kita tubuh group...
hubungi saya.boleh kita berbincang panjang
amir
0124552603
inshallah boleh berjaya
Kbykn motor yg pegi musim2 yg lepas smua guna motorsikal bmw. Dan ada sumber2 yg gua dpt personally kluarkn duit sndr tmasuk insurans rm40k seorg. Kita blh je cri sponsor utk itu tp group xblh ramai2.
Assalamu'alaikum
Post a Comment