Sunday, July 10, 2011

Renungan Bersama



Mat, aku tahu bangsa kamu, bangsa Melayu sakit hati dengan aku sbb bangsa aku attack saudara engkau di Palestin! Mat, aku juga tahu bangsa engkau, orang Melayu memang bencikan kami sejak azali mcm benci anjing dengan babi! Kami tahu bangsa engkau ada yang bijak pandai mcm Tun Dr. Mahathir. Sebab itulah orang mvm Mahathir sahaja dapat fikir mcmana nk tembusi sekatan kami di Gaza.

Tapi, Malaysia cuma ada seorang Dr. Mahathir. Itu belum cukup. Nanti kamu lihat Mat, berapa ramai bijak pandai yang kami ada. Kamu jangan sesuka hati nak maki hamun aku, Mat. Aku ni bangsa terpilih, Mat.

Kau kena tahu Mat, bukan semua orang Yahudi bersetuju dengan tindakan Zionis penganut Yahudi berfahaman sekular. Aku dan kaum keluarga aku penganut Yahudi Ortodoks, semua penganut yang sealiran dengan aku tak suka dengan golongan sekular.

Engkau tahu tak Mat, antara agama engkau Islam dan agama aku tak banyak bezanya. Ajaran agama Yahudi dibawa oleh Nabi Ibrahim yang merupakan nabi engkau juga.

Aku mempercayai Tuhan Yang Esa yang aku panggil Yahweh begitu juga agama engkau yang mempercayai Tuhan Yang Satu yang disebut Allah.

Ensiklopedia aku adalah Taurat sedangkan kamu al-Quran. Kitab kita cuma satu Mat, satu sahaja. Tiada dua atau tiga. Kamu tahu sebab apa aku kata bangsa kami adalah bangsa yang terpilih?

Sebabnya kami semua percaya bahawa Yahweh telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim, bahawa Yahweh akan memberi berkat sekiranya keturunan Ibrahim mentaati Yahweh. Pegangan kami ialah wujudnya Yahweh Yang Esa, Pencipta dunia yang menyelamatkan Bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang -undang Yahweh kepada kami dan memilih kami sebagai cahaya kepada manusia sejagat.

Kepercayaan kami dikuatkan lagi apabila agama kami diteruskan pengembangannya oleh Nabi Ishak dan Nabi Yaakub dan akhirnya Nabi Musa yang sebangsa dengan kami. Ketika Musa menjadi ketua kami, masa itulah Yahweh menurukan kitab Taurat di bukit Tursina sebagai panduan dan rujukan untuk kami.

Kamu kaum Melayu, Mat, kaum aku Bani Israel. Kamu tahu apa maksud Bani Israel? Bani Israel berasal dari bahasa Arab yang bermaksud 'orang yang berjalan dimalam hari'. Gelaran ini diberikan kerana Nabi Yaakub gemar memulakan pengembaraannya pada malam hari. Jadi salasilah Bani Israel berasal dari keturunan Nabi Yaakub.

Kalau kaum kamu ada adat, begitu juga dengan kaum kami, Mat. Kehidupan kami banyak bergantung dengan kitab Taurat, nak makan pun ikut Taurat. Taurat melarang campuran susu dengan daging, makan daging babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Daging juga perlu disembelih oleh pihak Rabbi, daging ini yang kami sebut Kosher.

Budak-budak lelaki juga disunat sewaktu bayi lagi, ini selaras dengan perjanjian Nabi Ibrahim dengan Yahweh. Apabila seorang budak lelaki sudah cukup umur dia akan diraikan dalam satu upacara dipanggil Bar Mitzvah kerana dia telah menjadi sebahagian ahli masyarakat Yahudi.

Selepas kematian, kami akan berkabung selama seminggu dan akan membacakan Kaddish. Macam kamu juga Mat, kalau ada kematian kamu akan bacakan talkin, Yasin.

Agama dan perkauman saling kait-mengait dalam masyarakat kami, contohnya mengambil riba adalah berdosa sesama kaum Yahudi, tetapi dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi.

Aku tengok kaum kamu lemah Mat, lemah! Tak ada apa yang boleh dibanggakan dengan kaum kamu Mat. Setakat cedok ilmu dan idea orang lain adalah, lepas tu kamu bangga mcmlah kamu hebat sangat.

Engkau tahu Mat, mcmana kaum aku boleh jadi orang cerdik pandai dan boleh cipta macam-nacan benda? Semuanya bermula dengan cara pemakanan dan adat resam agama yang kami amalkan sehingga ke hari ini.

Kalau ibu mengandung kami akan galakkan mereka bermain alat-alat muzik seperti piano. Kami juga galakkan ibu yang mengandung untuk menyelesaikan masalah matematik. Jadi tidak hairanlah bila dapat tahu ibu mengandung maka buku-buku matematiklah yang akan kami beli. Si ibu ini akan terus menyelesaikan masalah matematik dan bermain muzik sehinggalah dia melahirkan anak itu.

Tujuan kami untuk merangsang dan melatih minda anak di dalam kandungan dengan harapan bila dewasa nanti anak itu akan menjadi orang yang pintar dan genius.

Bab pemakanan kami sangat titik beratkan, bukan mcm kamu semua telan, tolak batu dengan kayu sahaja. Sejak awal mengandung, si ibu akan disuruh makan kacang badam dan buah kurma bercampur susu. Tengah hari makanan utama kami roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai-bagai jenis kekacang. Daging ikan sangat baik untuk perkembangan otak, kami tak makan kepala ikan sebab mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak terutama anak di dalam kandungan.

Inilah adat kami orang Yahudi, Mat. Untuk makan malam kami biasanya makan ikan. Biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika sudah ada ikan. Sebabnya campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang pula sudah jadi kemestian kami terutama badam. Satu lagi yang kamu tidak tahu Mat, sebelum makan hidangan utama, kami akan makan buah-buahan terlebih dahulu sebabnya kami percaya kalau kita memakan hidangan kabohidrat seperti roti atau nasi terlebih dahulu, kemudian buah-buahan, ia akan menyebabkan kita rasa menganntuk dan lemah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Senang cerita otak akan jadi lembap Mat! Lembap! Sebab itu sejak di tadika lagi kami sudah menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Hebrew, Arab dan bahasa Inggeris.

Seperkara lagi aku nak pesan dengan kamu Mat, kalau dekat Israel merokok adalah satu perkara yang sangat dilarang. Jadi kalau engkau datang ke rumah kami, kemudian kamu merokok alamatnya kamu pasti dihalau: "Get out!"

Kami benci dengan rokok sebabnya kajian kami mendapati nikotina yang terkandung di dalam rokok dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan secara tidak langsung juga keturunan perokok akan rosak otaknya atau menjadi lemah dan lembap. Kerosakan ini akan melekat dan kekal pada DNA dan genetik perokok sampai bila-bila.

Tapi aku tengok bangsa engkau paling kuat merokok Mat. Tak habis-habis merokok sampai dalam dan luar tandas berkepul asap! Kalau kamu datang ke Jerusalem jangan harap dapat merokok! Walaupun rokok-rokok itu dicipta oleh bangsa kami. Kami hanya nak kaut untung sahaja! Kami tidak mahu penyakit tembakau meragut keturunan kami.

Hah...! Sebab itulah kaum aku semuanya bijak pandai, terkenal diseluruh dunia. Buktinya kau lihat sahaja Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut dalam majalah Time sebagai 'Manusia Abad Ini' seorang Yahudi, Sigmund Freud, bapa psikoanalisis dengan teorinya id, ego dan superego adalah seorang Yahudi.

Begitu juga dengan Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Kesemua mereka adalah orang Yahudi, Mat! Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang telah menghasilkan pelbagai keperluan untuk kita semua dengan hasil kebijaksanaan mereka.

Benjamin Rubin misalnya telah memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mencipta vaksin polio yang pertama, Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik.

Gertrude Elion telah menghasilkan sejenis ubat untuk melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin hepatitis B sementara Paul Ehrlich pula telah menemukan rawatan untuk sifilis. Bukan itu sahaja Mat, Aaron Beck misalnya telah menemui terapi kognitif, satu terapi untuk rawatan sakit mental, kemurungan dan fobia. Gregory Pincus pula telah berjaya membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama.

Sementara itu Mat, George Wald telah memenangi Anugerah Nobel untuk kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahkakan Hadiah Nobel dalam kajian embriologi, satu kajian mengenai janin dan perkembangannya. Semua orang Yahudi, Mat! Yahudi! Kalau kau nak tahu lagi, Stanley Mezor adalah orang yang pertama mencipta mikrocip yang ada sekarang ini. Leo Szilards adalah orang yang telah membangunkan reaktor rangkaian nuklear yang pertama, Peter Schultz menghasilkan kabel gentian optik, Charles Adler menghasilkan lampu isyarat, Benno Strauss hasilkan besi tahan karat (stainless steel), Isador Kisee mencipta sistem suara di pawagam, Emile Berliner mencipta mikrofon untuk telefon dan Charles Ginsburg pula mencipta alat pita rakaman.

Semua orang Yahudi cipta Mat, terlalu banyak orang Yahudi buat untuk kepentingan dunia ini sampai tak larat nak sebut. Dalam bidang perniagaan kami tak pernah kalah Mat. Cuba kau tengok jenama-jenama produk dan barangan terkaya di dunia juga dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Micheal Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Semuanya milik orang Yahudi, perniagaan kami hebat, besar dan luas. Kau tahu kenapa Mat? Sebab kami tak mcm kamu, suka hasad dengki sesama sendiri, pantang tengok orang lain senang sikit mulalah sakit hati, lepas tu jumpa bomoh sana sini. ishhhhkkk...apa ni Mat, mcm tak ada tamadun lah kamu ni.

Lihat sahaja Richard Levin, presiden univesiti tersohor, Yale University. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright semuanya bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, kah..kah..kah...

Maxim Litvinov bekas Menteri Luar Soviet Union, David Marshal, bekas Ketua Menteri Singapura yang pertama,, Benjamin Disraeli seorang negarawan dan penulis Britain terkenal. Ishh...banyak lagi la Mat. Tak larat aku nak sebut semuanya satu per satu. Dalam dunia media, orang Yahudi juga yang 'pegang' dan berkuasa. Nak bukti?

Nampak tak sekarang Mat? Kau apa yang ada Mat? Apa bangsa engkau nak banggakan? Bahasa Melayu, Utusan Melayu? Itu sahaja yang tinggal nama bangsa Melayu! Baju Melayu, Kereta Api Tanah Melayu....

Kah..kah..kah... kami lagi hebat Mat, kau lihat betapa berkuasanya orang Yahudi. Terlalu banyak yang hendak aku banggakan Mat. Di Olimpik pun kami hebat, lihat sahaja Mark Spitz, dia berjaya membolot tujuh pingat emas, Lenny Krayzelburg pula pemegang tiga kali pingat emas Olimpik, Spitz Krayzelburg dan Boris Becker semuanya Yahudi, Mat.

Lagi satu aku nak tanya dengan kamu Mat, kamu tahu tak pelakon pujaan ramai seperti Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Micheal Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi!

Hollywood tu hah! Siapa yang punya Mat? Siapa Mat? Siapa lagi kalau bukan milik kami, orang Yahudi, Mat!

Tengok juga pengarah dan penerbit filem, Steven Spielberg, Mel Brooks, oliver Stone, Aaron Spelling (Baverly Hills 90210), Neil Simons (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1-2-3), Micheal Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief of Baghdad), dan Ivan Reitman (Ghostbusters) semuanya orang Yahudi, Mat.

Mat...aku minta maaf kalau engkau rasa aku berlagak dan cakap besar tapi inilah hakikat bangsa kami, bangsa pilihan Tuhan. Kalau kau nak mengata aku terpulanglah Mat, sudah menjadi kebiasaan orang-orang Melayu memang suka mengumpat, mengata!

Aku tahu jumlah umat Islam memang besar Mat, nisbah orang Islam dengan Yahudi cuma 1:100 Mat. Bilangan orang Yahudi terlalu kecil, tapi kami tak gentar Mat sebab dunia dalam tangan kami! Apa ada pada angka Mat? Walaupun angka kami kecil, jumlah kami sedikit tapi kami mampu menggoncang dunia.

Mat aku cabar engkau datang lagi bawa kapal Flotila ke Gaza. Kalau kamu betul anak jantan silakan datang. Kami akan pastikan engkau dan bangsa kamu Melayu tidak dapat berlabuh di pelabuhan kami.

Kah...kah..kah..! Kami bangsa pilihan Tuhan Yahweh!

____________________________________________________________________

Wahai Bangsa Yahudi kami tidak akan mengalah selagi tidak berjaya memecahkan benteng kepungan kamu di Gaza. Suatu hari kamu akan kalah jua wahai Yahudi. .Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!


Sumber Mastika

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails