Monday, November 22, 2010

Tips penjagaan&pemilihan tayar


Tips Penjagaan Tayar

1- Penting sekali memilih tayar yg bersesuaian dengan keupayaan kenderaan. Jika kereta berenjin 1.3, memadai jika menggunakan sport rim bersaiz 14"(35cm). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15", kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak mampu merekodkan bacaan dengan tepat, memendekkan jangka hayat absorber serta meningkatkan penggunaan petrol.

2- Jika sudah memilih tayar yg bersesuaian, perhatikan pula bahagian tepi tayar. Terdapat rangkaian nombor yg dicetak pada bahagian tepi tayar tersebut. Sebenarnya, rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat tarikh tayar dikilangkan (minggu&tahun). Mengikut piawaan antarabangsa, tayar hanya blh bertahan selama 2tahun selepas dikilang. Jesteru, anda dinasihatkan membelek tarikh tayar dikilangkan.

3- Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor serta huruf pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh: 205/50 VR 16 membawa maksud tayar tersebut berkelebaran 205mm, ketebalan tayar drpd rim ke permukaan jalan adalah 50% dr kelebaran 205mm dan utk kegunaan rim bersaiz 16inci. VR pula bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan 240km/j tanpa menjejaskan kekuatan&ketahanan tayar.

4- Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap 3bulan? Caranya; tayar depan kiri ditukar ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukar ke kiri belakang (sesuai utk tayar bersaiz sama).

5- Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali sekala. Jika bunga pada bahagian tepi tayar cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara didalam tayar tidak bersesuaian. Jika dibahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi dan jika haus dibahagian luar sahaja, bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Manakala jika bunga tayar yg haus tidak sekata (turun naik), maka absorber perlu diganti.



Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.

Sumber:

Berita Harian

http://www.sioloon.com/accessories-diy-f87/kaedah-pemilihan-tayar-t12585.htm

2 comments:

Anonymous said...

Salam Bro... Tayar Yokohama @ Sime tyre 215/50/17 harga berapa?

Gua said...

Entah. Gua pn x sure sbb xpernah tnya Yokohama psl gua tau mahal. Sime & Conti toksah pakai la. Bising. Nnti bearing lu bunyi pn xprasan psl bunyi tayar dia lg memekak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails