Model terbaru Preve mampu lonjak syarikat automotif negara ke tahap baru – Najib
KUALA LUMPUR 16 April – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelancaran model terbaru Proton Holdings Berhad (Proton), Preve mampu melonjakkan syarikat automotif negara itu ke satu tahap yang baru.
Kata Perdana Menteri, pelancaran Preve itu juga merupakan sumbangan Proton yang amat signifikan sebagai sebuah syarikat yang menjadi ikon kepada negara serta sebuah badan korporat yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
“Pelancaran ini juga menandakan Proton kini berada di ambang, gerbang dan pembuka tirai kepada usaha menempa sejarah baru dalam memenuhi cita rasa pelanggan tempatan dan global seterusnya membawa bendera Jalur Gemilang di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan model kereta terbaru keluaran Proton, Preve di Sri Kembangan di sini malam ini.
Pada masa sama, Najib turut melahirkan rasa bangga kerana proses reka bentuk dan kejuruteraan Preve dibangunkan sepenuhnya oleh anak tempatan.
Kata beliau, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh pakar-pakar di kalangan anak tempatan itu bertujuan menjadikan Preve sebagai kereta milik seluruh rakyat Malaysia.
“Bagi pihak kerajaan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua warga Proton yang terlibat dalam pengeluaran kereta ini,” katanya.
Dalam pada itu, Najib turut mengajak seluruh rakyat Malaysia memandu uji kereta tersebut dan memberi jaminan mereka akan mendapat kepuasan yang tinggi.
“Saya tidak mendapat apa-apa komisen daripada Proton, tetapi saya meminta seramai mungkin rakyat Malaysia untuk cepat-cepat mencuba kereta ini kerana anda semua akan mendapat pengalaman baru seterusnya meyakinkan anda untuk memilih kereta ini,” katanya.
Menyentuh mengenai kerjasama antara DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) dan Proton pula, Najib berkata, ia merupakan kerjasama perniagaan terbaik dalam memacu Proton ke tahap yang lebih unggul.
Katanya, pemilihan DRB-Hicom sebagai pemilik baru Proton dibuat kerajaan menerusi proses dan penilaian yang begitu objektif oleh kerajaan.
“DRB-Hicom memiliki sinergi yang begitu menguntungkan dan perancangan korporatnya adalah yang terbaik.
“Ini adalah satu perkahwinan yang saya kira akan membawa kepada natijah yang begitu menguntungkan Proton dan negara dengan sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat Proton,” katanya.
Menurut Najib, dari sudut kerajaan, Dasar Automotif Negara (DAN) sedia ada akan diperkemaskan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri supaya ia dapat bersaing dalam dunia automotif yang semakin kompetitif.
-Sumber -Utusan Malaysia; 17 April 2012
aku nak beli set powwer steering utk proton saga magma...ada sesapa nak jual? pastikan bawah harga kedai potong. brapa rm boss? email niezam_male@yahoo.com
ReplyDeleteada soalan email lah aku...aku budget harga vbarang power steering shaja rm300
ReplyDelete