Sunday, July 10, 2011

Renungan Bersama



Mat, aku tahu bangsa kamu, bangsa Melayu sakit hati dengan aku sbb bangsa aku attack saudara engkau di Palestin! Mat, aku juga tahu bangsa engkau, orang Melayu memang bencikan kami sejak azali mcm benci anjing dengan babi! Kami tahu bangsa engkau ada yang bijak pandai mcm Tun Dr. Mahathir. Sebab itulah orang mvm Mahathir sahaja dapat fikir mcmana nk tembusi sekatan kami di Gaza.

Tapi, Malaysia cuma ada seorang Dr. Mahathir. Itu belum cukup. Nanti kamu lihat Mat, berapa ramai bijak pandai yang kami ada. Kamu jangan sesuka hati nak maki hamun aku, Mat. Aku ni bangsa terpilih, Mat.

Kau kena tahu Mat, bukan semua orang Yahudi bersetuju dengan tindakan Zionis penganut Yahudi berfahaman sekular. Aku dan kaum keluarga aku penganut Yahudi Ortodoks, semua penganut yang sealiran dengan aku tak suka dengan golongan sekular.

Engkau tahu tak Mat, antara agama engkau Islam dan agama aku tak banyak bezanya. Ajaran agama Yahudi dibawa oleh Nabi Ibrahim yang merupakan nabi engkau juga.

Aku mempercayai Tuhan Yang Esa yang aku panggil Yahweh begitu juga agama engkau yang mempercayai Tuhan Yang Satu yang disebut Allah.

Ensiklopedia aku adalah Taurat sedangkan kamu al-Quran. Kitab kita cuma satu Mat, satu sahaja. Tiada dua atau tiga. Kamu tahu sebab apa aku kata bangsa kami adalah bangsa yang terpilih?

Sebabnya kami semua percaya bahawa Yahweh telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim, bahawa Yahweh akan memberi berkat sekiranya keturunan Ibrahim mentaati Yahweh. Pegangan kami ialah wujudnya Yahweh Yang Esa, Pencipta dunia yang menyelamatkan Bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang -undang Yahweh kepada kami dan memilih kami sebagai cahaya kepada manusia sejagat.

Kepercayaan kami dikuatkan lagi apabila agama kami diteruskan pengembangannya oleh Nabi Ishak dan Nabi Yaakub dan akhirnya Nabi Musa yang sebangsa dengan kami. Ketika Musa menjadi ketua kami, masa itulah Yahweh menurukan kitab Taurat di bukit Tursina sebagai panduan dan rujukan untuk kami.

Kamu kaum Melayu, Mat, kaum aku Bani Israel. Kamu tahu apa maksud Bani Israel? Bani Israel berasal dari bahasa Arab yang bermaksud 'orang yang berjalan dimalam hari'. Gelaran ini diberikan kerana Nabi Yaakub gemar memulakan pengembaraannya pada malam hari. Jadi salasilah Bani Israel berasal dari keturunan Nabi Yaakub.

Kalau kaum kamu ada adat, begitu juga dengan kaum kami, Mat. Kehidupan kami banyak bergantung dengan kitab Taurat, nak makan pun ikut Taurat. Taurat melarang campuran susu dengan daging, makan daging babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Daging juga perlu disembelih oleh pihak Rabbi, daging ini yang kami sebut Kosher.

Budak-budak lelaki juga disunat sewaktu bayi lagi, ini selaras dengan perjanjian Nabi Ibrahim dengan Yahweh. Apabila seorang budak lelaki sudah cukup umur dia akan diraikan dalam satu upacara dipanggil Bar Mitzvah kerana dia telah menjadi sebahagian ahli masyarakat Yahudi.

Selepas kematian, kami akan berkabung selama seminggu dan akan membacakan Kaddish. Macam kamu juga Mat, kalau ada kematian kamu akan bacakan talkin, Yasin.

Agama dan perkauman saling kait-mengait dalam masyarakat kami, contohnya mengambil riba adalah berdosa sesama kaum Yahudi, tetapi dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi.

Aku tengok kaum kamu lemah Mat, lemah! Tak ada apa yang boleh dibanggakan dengan kaum kamu Mat. Setakat cedok ilmu dan idea orang lain adalah, lepas tu kamu bangga mcmlah kamu hebat sangat.

Engkau tahu Mat, mcmana kaum aku boleh jadi orang cerdik pandai dan boleh cipta macam-nacan benda? Semuanya bermula dengan cara pemakanan dan adat resam agama yang kami amalkan sehingga ke hari ini.

Kalau ibu mengandung kami akan galakkan mereka bermain alat-alat muzik seperti piano. Kami juga galakkan ibu yang mengandung untuk menyelesaikan masalah matematik. Jadi tidak hairanlah bila dapat tahu ibu mengandung maka buku-buku matematiklah yang akan kami beli. Si ibu ini akan terus menyelesaikan masalah matematik dan bermain muzik sehinggalah dia melahirkan anak itu.

Tujuan kami untuk merangsang dan melatih minda anak di dalam kandungan dengan harapan bila dewasa nanti anak itu akan menjadi orang yang pintar dan genius.

Bab pemakanan kami sangat titik beratkan, bukan mcm kamu semua telan, tolak batu dengan kayu sahaja. Sejak awal mengandung, si ibu akan disuruh makan kacang badam dan buah kurma bercampur susu. Tengah hari makanan utama kami roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai-bagai jenis kekacang. Daging ikan sangat baik untuk perkembangan otak, kami tak makan kepala ikan sebab mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak terutama anak di dalam kandungan.

Inilah adat kami orang Yahudi, Mat. Untuk makan malam kami biasanya makan ikan. Biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika sudah ada ikan. Sebabnya campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang pula sudah jadi kemestian kami terutama badam. Satu lagi yang kamu tidak tahu Mat, sebelum makan hidangan utama, kami akan makan buah-buahan terlebih dahulu sebabnya kami percaya kalau kita memakan hidangan kabohidrat seperti roti atau nasi terlebih dahulu, kemudian buah-buahan, ia akan menyebabkan kita rasa menganntuk dan lemah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Senang cerita otak akan jadi lembap Mat! Lembap! Sebab itu sejak di tadika lagi kami sudah menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Hebrew, Arab dan bahasa Inggeris.

Seperkara lagi aku nak pesan dengan kamu Mat, kalau dekat Israel merokok adalah satu perkara yang sangat dilarang. Jadi kalau engkau datang ke rumah kami, kemudian kamu merokok alamatnya kamu pasti dihalau: "Get out!"

Kami benci dengan rokok sebabnya kajian kami mendapati nikotina yang terkandung di dalam rokok dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan secara tidak langsung juga keturunan perokok akan rosak otaknya atau menjadi lemah dan lembap. Kerosakan ini akan melekat dan kekal pada DNA dan genetik perokok sampai bila-bila.

Tapi aku tengok bangsa engkau paling kuat merokok Mat. Tak habis-habis merokok sampai dalam dan luar tandas berkepul asap! Kalau kamu datang ke Jerusalem jangan harap dapat merokok! Walaupun rokok-rokok itu dicipta oleh bangsa kami. Kami hanya nak kaut untung sahaja! Kami tidak mahu penyakit tembakau meragut keturunan kami.

Hah...! Sebab itulah kaum aku semuanya bijak pandai, terkenal diseluruh dunia. Buktinya kau lihat sahaja Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut dalam majalah Time sebagai 'Manusia Abad Ini' seorang Yahudi, Sigmund Freud, bapa psikoanalisis dengan teorinya id, ego dan superego adalah seorang Yahudi.

Begitu juga dengan Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Kesemua mereka adalah orang Yahudi, Mat! Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang telah menghasilkan pelbagai keperluan untuk kita semua dengan hasil kebijaksanaan mereka.

Benjamin Rubin misalnya telah memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mencipta vaksin polio yang pertama, Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik.

Gertrude Elion telah menghasilkan sejenis ubat untuk melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin hepatitis B sementara Paul Ehrlich pula telah menemukan rawatan untuk sifilis. Bukan itu sahaja Mat, Aaron Beck misalnya telah menemui terapi kognitif, satu terapi untuk rawatan sakit mental, kemurungan dan fobia. Gregory Pincus pula telah berjaya membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama.

Sementara itu Mat, George Wald telah memenangi Anugerah Nobel untuk kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahkakan Hadiah Nobel dalam kajian embriologi, satu kajian mengenai janin dan perkembangannya. Semua orang Yahudi, Mat! Yahudi! Kalau kau nak tahu lagi, Stanley Mezor adalah orang yang pertama mencipta mikrocip yang ada sekarang ini. Leo Szilards adalah orang yang telah membangunkan reaktor rangkaian nuklear yang pertama, Peter Schultz menghasilkan kabel gentian optik, Charles Adler menghasilkan lampu isyarat, Benno Strauss hasilkan besi tahan karat (stainless steel), Isador Kisee mencipta sistem suara di pawagam, Emile Berliner mencipta mikrofon untuk telefon dan Charles Ginsburg pula mencipta alat pita rakaman.

Semua orang Yahudi cipta Mat, terlalu banyak orang Yahudi buat untuk kepentingan dunia ini sampai tak larat nak sebut. Dalam bidang perniagaan kami tak pernah kalah Mat. Cuba kau tengok jenama-jenama produk dan barangan terkaya di dunia juga dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Micheal Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Semuanya milik orang Yahudi, perniagaan kami hebat, besar dan luas. Kau tahu kenapa Mat? Sebab kami tak mcm kamu, suka hasad dengki sesama sendiri, pantang tengok orang lain senang sikit mulalah sakit hati, lepas tu jumpa bomoh sana sini. ishhhhkkk...apa ni Mat, mcm tak ada tamadun lah kamu ni.

Lihat sahaja Richard Levin, presiden univesiti tersohor, Yale University. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright semuanya bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, kah..kah..kah...

Maxim Litvinov bekas Menteri Luar Soviet Union, David Marshal, bekas Ketua Menteri Singapura yang pertama,, Benjamin Disraeli seorang negarawan dan penulis Britain terkenal. Ishh...banyak lagi la Mat. Tak larat aku nak sebut semuanya satu per satu. Dalam dunia media, orang Yahudi juga yang 'pegang' dan berkuasa. Nak bukti?

Nampak tak sekarang Mat? Kau apa yang ada Mat? Apa bangsa engkau nak banggakan? Bahasa Melayu, Utusan Melayu? Itu sahaja yang tinggal nama bangsa Melayu! Baju Melayu, Kereta Api Tanah Melayu....

Kah..kah..kah... kami lagi hebat Mat, kau lihat betapa berkuasanya orang Yahudi. Terlalu banyak yang hendak aku banggakan Mat. Di Olimpik pun kami hebat, lihat sahaja Mark Spitz, dia berjaya membolot tujuh pingat emas, Lenny Krayzelburg pula pemegang tiga kali pingat emas Olimpik, Spitz Krayzelburg dan Boris Becker semuanya Yahudi, Mat.

Lagi satu aku nak tanya dengan kamu Mat, kamu tahu tak pelakon pujaan ramai seperti Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Micheal Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi!

Hollywood tu hah! Siapa yang punya Mat? Siapa Mat? Siapa lagi kalau bukan milik kami, orang Yahudi, Mat!

Tengok juga pengarah dan penerbit filem, Steven Spielberg, Mel Brooks, oliver Stone, Aaron Spelling (Baverly Hills 90210), Neil Simons (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1-2-3), Micheal Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief of Baghdad), dan Ivan Reitman (Ghostbusters) semuanya orang Yahudi, Mat.

Mat...aku minta maaf kalau engkau rasa aku berlagak dan cakap besar tapi inilah hakikat bangsa kami, bangsa pilihan Tuhan. Kalau kau nak mengata aku terpulanglah Mat, sudah menjadi kebiasaan orang-orang Melayu memang suka mengumpat, mengata!

Aku tahu jumlah umat Islam memang besar Mat, nisbah orang Islam dengan Yahudi cuma 1:100 Mat. Bilangan orang Yahudi terlalu kecil, tapi kami tak gentar Mat sebab dunia dalam tangan kami! Apa ada pada angka Mat? Walaupun angka kami kecil, jumlah kami sedikit tapi kami mampu menggoncang dunia.

Mat aku cabar engkau datang lagi bawa kapal Flotila ke Gaza. Kalau kamu betul anak jantan silakan datang. Kami akan pastikan engkau dan bangsa kamu Melayu tidak dapat berlabuh di pelabuhan kami.

Kah...kah..kah..! Kami bangsa pilihan Tuhan Yahweh!

____________________________________________________________________

Wahai Bangsa Yahudi kami tidak akan mengalah selagi tidak berjaya memecahkan benteng kepungan kamu di Gaza. Suatu hari kamu akan kalah jua wahai Yahudi. .Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!


Sumber Mastika

Thursday, July 7, 2011

Battery / Bateri

Bagi sume yg follow entry2 gua, rasenye sume dh tau yg keta gua ada sbijik volt meter kt terjojol kt dashboard keta gua tu kn? Nk dijadikan cite, ada la 1hari tu gua blk dari kje sampai umh gua pun start membelek keta. Dlm pada mase yg sama, gua plan nk tukar minyak hitam since kalau ikut due, mmg dh kne tukar. Memandangkan kereta gua ni old school dan banyak travel, gua akan tukar minyak hitam setiap 3000/4000km atau 3bulan yg mane sampai dlu. Itu pn ikut keperluan gua travel jugak. By the way, minyak hitam&oil filter gua mmg akan bikin sendiri.

Sebelum tukar minyak hitam, gua start enjin dlu sbb mau bagi minyak ronda2 dlu dlm tu psl rsenye dh 3/4hari xstart keta gua tu. Mse gua nk start, ada rse mcm berat sket. Tp gua xamik port psl pk mgkin lme xstart kot? Selesai tukar minyak hitam, gua try start lg, same jugak! Gua dh rse lain mcm. Terpandang la gua volt meter gua tu. Gua pelik apsal reading dia 10V jek? dlm pikiran gua dh agk mmg bateri nk kong. So gua cek2 bateri gua mmg sah la dh expired. Mcmana gua tau expired? tu ler pentingnye ada volt meter tu ha. yg kedua plak, tgk bateri lu org. Kalau tepi dh gelembung tu cpt2 la tukar.


By the way, dr maklumat2 yg gua dpt kalau bateri cantik, alternator cantik, voltage reading mase enjin tgh hidup adalah 14.5V. Enjin hidup sahaja ye. Bukan mse pasang aircond, atau lampu dihidupkan. Kalau lebih dr 15V tu overcharged, meaning that ada something wrong. (tgh meter gua). Manakala kalau enjin dimatikan dan biarkan 3/4hri pun (kalau bateri cun la), voltage dia tetap pd 12V. Mungkin akan berkurangan smpi la low kalau lg lame lu org xstart. So cara terbaik nk jaga bateri, kne rajin2 la usha meter mcm gua. Cap ayam pn xpe, janji ada petunjuk utk lu org tentang kondisi bateri lu. Jangan dh jln jauh2, keta xblh start hanya kerana benda yg lu dh blh agak problem.

Dr meter tu jugak lu org blh tau kondisi alternator lu org mcmana. (tgk entry gua psl alternator)
Gua rse2 dh agk lme pakai bateri yg free maintenance, so kali ni gua nk try pakai bateri yg air punye plak. Kata org blh tahan lame pakai bateri tu.
Kesimpulannya, samada keta lu org baru ka, lama ka, kalau lu org pandai jaga sendiri puas hti. Ni gua attach sket info utk lu org.

Memahami Fungsi Bateri

Bateri kereta adalah sebahagian dari kenderaan yang memainkan peranan penting pada kereta. Fungsi utama pd bateri kereta adalah untuk menyimpan tenaga elektrik. Tenaga ini mula memainkan peranan bilamana kunci diputarkan untuk menghidupkan enjin. Tujuan bateri pd kenderaan adalah semata-mata untuk menyimpan tenaga yang mencukupi untuk menghidupkan semula enjin dengan mewujudkan percikan elektrik untuk menyalakan campuran udara-bahan api didalam silinder. Semasa enjin sedang bergerak, alternator akan mengambil alih. Pulley yang disambungkan pd crankshaft engine melalui belting akan berputar pd pulley yang lain pd alternator. Dengan cara ini, alternator akan menghasilkan tenaga elektrik semasa enjin sedang berjalan. Tenaga elektrik ini digunakan untuk menghidupkn pencucuh (ignition), lampu dan lain2 aksesori berkuasa elektrik dan elektronik. Pengatur voltan (voltage regulator) akan mengarahkan alternator untuk mengagihkan jumlah elektrik bateri supaya tenaga akan berada di situ menanti untuk menghidupkan enjin pd mse akan datang.

Friday, July 1, 2011

Power Amp

Sbln je lg mau sambut pose. amcm, lu org dh ready ke? kali ni gua bkn mau sembang psl pose, tp psl power amplifier. Ada member gua bg gua amp kecik utk gua sumbat kt keta gua. So gua excited since keta gua mmg perlukn amp. bkn branded pn, amp cap ayam jek. anyway, ape tu amp?

klu tgk pd penerangan yg gua dpt, amplifier ni atau amp adalah alat untuk meningkatkan kuasa isyarat. Dalam penggunaan popular, istilah biasanya menggambarkan penguat elektronik, di mana input "isyarat" biasanya voltan atau arus. Dalam aplikasi audio, penguat pemacu pembesar suara yang digunakan dalam sistem PA untuk membuat kuat suara manusia atau bermain muzik direkodkan. Amplifier boleh dikelaskan mengikut input (sumber) mereka direka bentuk untuk menguatkan(seperti penguat gitar, untuk melaksanakan dengan gitar elektrik),peranti mereka adalah bertujuan untuk memandu (seperti headphone), julat kekerapan isyarat (Audio, JIKA, RF, VHF dan amplifier, misalnya), sama ada mereka terbalikkan isyarat (amplifier menyongsang dan bukan menyongsang), atau jenis peranti yang digunakan dalam penguatan itu (injap atau tiubamplifier, amplifier FET, lain-lain).


So, apa benda yg diperlukan utk pemasangan amp ni? amp, power cable, ground cable, fuse 60amp. Klu ikutkn, gua sbnrnya mls nk pasang sndr. tp disebabkn gua berbulu dgn ada 1 kedai accessories ni yg letak harga melampau2 utk psg 1 amp cap ayam, gua jd sakit hati la. So benda pertama yg gua buat adalah dengan cari maklumat2 penting mcmana nk pasang power amp. Once, dh ckup maklumat gua akan terjah kedai elektronik plak utk beli power cable&fuse. biasanya power cable ni klu kedai elektronik 1meter dlm 5-6ringgit je. tp klu lu p kdai aksesori dibalunnya lu org 3meter RM80. fuse plak dlm RM10 & kt kdai tu jual RM25. bpe banyak lu kne sembelih sbb benda2 bodoh nih? belum upah pasang lg. So, the idea is that how you try to source out the product and how to find a better way to save money.


Mengikut kata dlm internet, benda pertama lu org kne tau adalah kt mne letaknya bateri lu org sbb lu nk kne tarik power cable tu nnti xde la jauh sgt. kemudian, kasi pasang fuse dlu&JANGAN sambung pd bateri dlu. Fuse tu last nanti baru kasi pasang.
PENTING: Fius ini melindungi kenderaan lu org daripada terbakar dalam hal pendawaian kuasa pintasan keluar. Ia bukan untuk melindungi peralatan audio, ianya ada untuk melindungi kereta lu org. Wayar di antara fius dan terminal bateri akan dilindungi dari terbakar.

Once dah tarik power cable, kasi bukak plak radio lu org dan cek mana satu wayar speaker blakang&tarik pi ke power amp. manakala soket audio cable yg dh sedia ada pd radio tulis "output" kasi sambung je & terus ke amp.

Ok skg, the tricky part pd amp tu adalah 3tanda pd produk tu. 12v, Rem & GND. yg 12v tu wayar bateri yg lu org tarik fuse td guna power cable kasi masuk kt 12v. GND adalah ground yg mana lu org kne tarik 1 wayar p ke body. since gua letak power amp bwh seat, gua akan tarik wayar ground ke skru seat gua. Last part is REM tu bermakna "remote". Remote ni guna dia untuk kasi hidup itu amp skali bila radio on. Biasanya org akan tarik dari radio yg ada tulis "auto antenna" kasi masuk kat REM tu. Kalau mcm radio gua, warna wayar auto antenna gua biru. So lu org kne cek mane 1 wayar auto antenna. Kalau antenna biasanya dh sedia ada socket sendiri. Once dh siap pasang, lu org blh sambung fuse yg kat bateri td ke positive (+). Dan selesai&selamat la bajet lu org.


Apa2hal, blh usha kat web bwh utk maklumat:


p/s: Kdg2, ilmu yg kita dpt bila kita kongsi, sume org akan dpt manfaat sbb lu dgn gua sama. bkn anak org kaya yg blh kasi org mcm tu je ye x? Berjenama atau tidak sesuatu brg tu bergantung pd cara kita handle. Klu pakai audiobahn sklipun tp xtau guna pun sia2 gak...hahaha