Baru2² ni gua p kedai aircond. Hajat dihati nk mintak suruh cek gas aircond sbb mane la tau dh kurang ke psl gua rse cm ada yg xkene. So gua pn di promote kn dgn product baru. Iaitu aircond treatment..ala mcm oil treatment la. dia blh jaga compressor lu dr rosak dan dlm mse yg same blh bg proper circulation supaya aircond lu org berfungsi seperti yg sepatutnya. Gua pun cuba la. Dtg dgn 2 botoi. 1 panjang 1pendek. Hasilnye......ada perbezaan! adalah dlm 20-30% sejuk dr biasa. So why not lu org try? gua pun xpasti benda ni baru ke dh lme psl gua pn bz manjang. Since gua dh try&berpuas hti, lu org better try...
To meet&share interests about car. Hope we can improve our knowledge as well!
Thursday, May 26, 2011
Treatment for compressor??
Baru2² ni gua p kedai aircond. Hajat dihati nk mintak suruh cek gas aircond sbb mane la tau dh kurang ke psl gua rse cm ada yg xkene. So gua pn di promote kn dgn product baru. Iaitu aircond treatment..ala mcm oil treatment la. dia blh jaga compressor lu dr rosak dan dlm mse yg same blh bg proper circulation supaya aircond lu org berfungsi seperti yg sepatutnya. Gua pun cuba la. Dtg dgn 2 botoi. 1 panjang 1pendek. Hasilnye......ada perbezaan! adalah dlm 20-30% sejuk dr biasa. So why not lu org try? gua pun xpasti benda ni baru ke dh lme psl gua pn bz manjang. Since gua dh try&berpuas hti, lu org better try...
Saturday, May 14, 2011
Renungan Hari Ibu...
Suatu hari, seorang bayi menerima oerintah daripada Penciptannya: "Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia."
Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya. Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya: "Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?" Lalu Tuhannya menjawab: "Jangan takut. Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan megasihimu di dunia itu nanti."
Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi: "Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurga ini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Janganlah takut. Malaikat yang kupilih itu akan menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuatkan engkau berasa hangat dan dicintai!" Namun, bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi. "Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikat yang kupilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi dengan kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia akan mengajarmu untuk berbicara."
Bayi itu bertanya lagi: "Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?". Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti!"
Bayi itu masih terus bertanya: "Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat. Jadi, siapa yang akan melindungiku nanti?". Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!".
Dengan sedih, bayi itu bertanya lagi: "Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi." Lalu Tuhannya menjawab: "Usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya Aku sentiasa berada disisimu!"
Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir: "Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Ibu!....Ibu yang melahirkan engkau!"
sumber mastika...
Moral of the story: Sayangi ibu yang melahirkan anda. Congrats untuk bini gua yang telah bersalin pd hari ibu.